Hubungan Anak Lelaki Luar Nikah Dengan Ibu Dan Adik Beradik Perempuan



SOALAN:
Dalam situasi seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan selepas mereka berdua berzina. Kemudian perempuan tersebut melahirkan seorang anak lelaki. Soalan saya, apakah status anak lelaki tersebut dengan ibu dan juga adik beradik perempuan kepada lelaki yang mengahwini perempuan tersebut?

JAWAPAN:
Dalam isu ini, ada beberapa perkara yang perlu kita fahami. Pertama, sekiranya kedua pasangan yang berzina itu berkahwin, kemudian setelah enam bulan dari tempoh perkahwinan tersebut wanita itu melahirkan anak, maka adalah dibolehkan untuk anak tersebut dinasabkan kepada suami wanita tersebut.

Kedua, sekiranya anak tersebut lahir kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan, maka tidak boleh untuk anak tersebut dinasabkan kepada suami wanita tersebut. Pendapat ini terbina hasil daripada kefahaman para ulama terhadap dua ayat yang berikut. Iaitu firman Allah SWT:

وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
“(Dan ibunya) mengandungkan serta menyusukannya (anak) selama tiga puluh bulan.” [Surah Al-Ahqaf (15)]

Kemudiannya adalah firman Allah SWT:

وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ
“(Dan seorang ibu) menyusukan anaknya selama dua tahun.” [Surah Luqman (14)]

Berdasarkan kedua-dua ayat ini, ada dijelaskan tentang tempoh penyusuan serta tempoh mengandung yang berlaku kepada orang perempuan. Ayat ke- 14 dari surah Luqman menjelaskan bahawa tempoh susuan adalah selama dua tahun iaitu bersamaan dua puluh empat bulan. Manakala ayat ke-15 dari surah Al-Ahqaf pula menjelaskan tentang tempoh mengandung dan menyusukan iaitu selama tiga puluh bulan. Maka para ulama’ melakukan istinbat daripada ayat ini dalam menyatakan bahawa tempoh hamil yang paling singkat adalah selama enam bulan. Ini kerana, daripada 30 bulan tersebut, 24 bulan digunakan untuk menyusukan anak, maka selebihnya itu diiktibarkan sebagai tempoh mengandung yang paling singkat.

Imam Al-Hafiz Ibn Katsir dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini beliau berkata: “Daripada ayat ini, Ibn Abbas dan selain beliau dari kalangan para a’immah (para ulama’) mengistinbatkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat adalah selama enam bulan.” [Rujuk: Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (6/336)]

Begitu juga Imam Al-Qurthubi ada menukilkan sebuah riwayat daripada Amirul Mukminin Uthman Ibn ‘Affan R.A yang didatangkan kepada beliau seorang perempuan yang telah melahirkan anak setelah enam bulan hamil. Lalu beliau ingin menjatuhkan hukum had kepada perempuan tersebut. Kemudian Ali bin Abi Thalib R.A berkata kepadanya: Tidak boleh dijatuhkan had ke atasnya. Ini kerana Allah SWT berfirman:

وَحَمْلُهُ وَفِصالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرا


Dan firman Allah SWT :

وَالْوالِداتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كامِلَيْنِ


Maka susuan itu selama dua puluh empat bulan dan tempoh hamil (yang paling singkat) itu enam bulan. Lalu Uthman pun menarik semula pendapatnya dan tidak menjatuhkan hukuman had kepada perempuan tersebut. [Rujuk: Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurthubi (16/193)]

Penutup

Sebagai kesimpulan setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas maka kami menyatakan bahawa isu ini perlu difahami dalam dua noktah berikut:

• Sekiranya anak tersebut lahir selepas enam bulan dari tempoh perkahwinan, maka dia adalah dianggap sebagai anak sah taraf. Maka ibu dan adik beradik perempuan kepada bapanya tersebut adalah mahram buat dirinya. Implikasinya, haram untuk mereka berkahwin serta boleh untuk bersalaman sesama mereka.

• Namun jika anak tersebut lahir kurang dari enam bulan setelah perkahwinan, maka ia dianggap sebagai anak tidak sah taraf. Oleh itu, ibu dan adik beradik perempuan kepada pemilik air mani tersebut adalah bukan mahram bagi anak ini. Wallahua’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hubungan-anak-lelaki-luar-nikah-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Minta Anak Menari Gelek Sambil Minta Maaf Didenda Kerana Ketuk Kepala Adik

Ibu Minta Anak Menari Gelek Sambil Minta Maaf Didenda Kerana Ketuk Kepala Adik

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 362 hits
Pergh Lain macam budak lelaki ni kena denda dengan ibunya Korang tengok tak video yang tular di media sosial baru baru ini Hehe Bila tengok video tu Ohmedia rasa bersalah nak gelakkan tetapi rasa kesian pun ada Menurut perkongsian Rabiatul ...
Wanita Kesal Ibu Kandung Ambil Balik Anak Lepas Bertahun Serah Ke Keluarga Angkat

Wanita Kesal Ibu Kandung Ambil Balik Anak Lepas Bertahun Serah Ke Keluarga Angkat

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 540 hits
Siapa yang tidak menyayangi anak kecil yang sudah dijaga dan diasuh sedari dia bayi lagi Namun apabila tiba masa terpaksa berpisah ia adalah satu momen yang sangat menyedihkan Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dike...
Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 296 hits
Mungkin anda hanya berfikir masalah stress hanya akan berlaku pada orang dewasa sahaja Tahukah anda gejala stres juga boleh mempengaruhi kanak kanak juga tanpa anda sedari Mungkin masalah seperti ini jarang sekali kita dengar dan berlaku Je...
Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 253 hits
Pada mereka yang sudah bergelar ibu bapa pengetahuan tentang menjaga dan mendidik anda hendaklah dipelajari dan jangan melakukan semua itu sesuka hati jika tidak mahu kesan buruk yang akan anda rasai bila mereka sudah besar Kesalahan Yang K...
Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

Sering Kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 302 hits
Anak sulung adalah insan pertama yang ada dalam rahim ibu menjadikan dia cukup istimewa berbanding anak anak lain Betulkah kenyataan tersebut Menurut Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah anak pertama atau sulung mempunyai karektor yang tenang ...
Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 356 hits
Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak Tidak berputus asa Asna Omar berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif Kini anaknya itu sudah ...
5778 Ibu Tunggal Sarat Mengandung Anak Ketujuh Hilang Tempat Bergantung Baitulmal Maiwp 07 03 2020

5778 Ibu Tunggal Sarat Mengandung Anak Ketujuh Hilang Tempat Bergantung Baitulmal Maiwp 07 03 2020

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 474 hits
6 Mac 2020 Bertindak atas aduan yang diterima daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai seorang ibu tunggal 6 orang anak yang baru sahaja kematian suami Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP segera bertindak mengunjungi keluarga terse...
Awalnya Haoh Dicaci Penonton Kini Jatuh Cinta Dengan Anak Gary Puji Kepandaian Luar Biasanya

Awalnya Haoh Dicaci Penonton Kini Jatuh Cinta Dengan Anak Gary Puji Kepandaian Luar Biasanya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 336 hits
Kemunculan semula Kang Gary dalam dunia hiburan selepas mengasingkan diri selama 3 tahun nyata membuatkan para peminatnya teruja Tapi yang bestnya sebab penyanyi rap itu tidak kembali seorang diri tetapi dia turut membawa anak lelaki tungga...
Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Tinggalkan Nota Terakhir Untuk Anak Sebelum Mata Bengkak Tutup Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 572 hits
Hati anak mana yang tak sedih apabila melihat seorang ibu menanggung kesakitan Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna di Facebook Nurul Shafina Mazani bahawa ibunya menghidap kanser lidah tahap 4 sejak bulan Mei tahun lalu Baru baru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut