Masa Pam Hanya Dapat 2oz Tak Henti Usaha Ibu Ini Mampu Bf Anak Sehingga Usia 2 Tahun


Kisah ibu gigih yang berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak keduanya walaupun susu badannya tidak banyak. Tidak berputus asa, Asna Omar, berusaha tanpa henti untuk meneruskan misi menyusukan anaknya secara ekslusif. Kini anaknya itu sudah berusia 2 tahun 8 bulan dan sudah berjaya wean off sepenuhnya lima bulan lepas. Ketika ditanyakan tentang pengalamannya menyusukan Daiyan Hadif Mohd Razif, dia mengatakan ia tidak mudah.
Memulakan cerita, Asna memberitahu dia nekad untuk menyusukan anak keduanya secara ekslusif selepas terlepas peluang melakukannya untuk anak sulung. Ketika anak pertama, susu Asna sangat meriah. Bahkan ada masanya sehingga bajunya lencun dek susu. Memandangkan dia tiada ilmu tentang penyusuan ekslusif, dia sendiri telah berhenti menyusukan anak sulungnya pada usia anaknya lapan bulan.
Gambar terbaharu Asna bersama anak-anaknya Susu Badan Sedikit, Anak Kelaparan “Ketika anak sulung, susu saya banyak. Sekali pam boleh dapat sehingga 10oz. Masa tu saya sibuk cara ilmu untuk penjagaan diri selepas bersalin. Ada juga mengikuti kelas, tetapi tak ada satu pun yang menceritakan tentang kepentingan menyusukan anak secara ekslusif,” kata Asna memulakan bicara. Ketika bersalinkan Daiyan, Asna sangat yakin yang susunya akan banyak seperti anak pertama. Rupanya dia tersilap. Kali ini, susunya sedikit. Sejurus selepas melahirkan, Asna terus memberi susu badan kepada Daiyan.
 
Anaknya itu nampak seperti pandai melekap tetapi semasa dalam tempoh berpantang, si kecil itu selalu nampak resah dan najisnya juga cair. Seminggu pertama, anaknya kerap menangis kelaparan dan memaksa suami Asna untuk memberi Daiyan minum susu formula.
“Waktu itu, saya fikirkan kerana pengambilan herba. Akhirya pada usianya tiga bulan, saya dah mula nak buat stok kerana anak akan dihantar ke nurseri bila saya mula bekerja semula. Bila lihat pada hasilnya memang stres, sebab hasilnya cuma 3oz untuk kedua-dua belah payudara,” tambah Asna.
Artikel Perlu Baca: [Isteri Stres & Penat, Rehat Saja Tak Cukup. Pelukan Suami Ubat Paling Mujarab]
Hasil perahan yang Asna perolehi ketika itu tidak cukup untuk satu kali sesi minum Daiyan. Ketika anaknya itu masuk usia empat bulan, Asna mula memperkenalkan teknik paced feeding kepada Daiyan. Untuk setiap sesi hanya 2oz susu akan diberikan tetapi Asna kerap menyusukan anaknya supaya Daiyan minum secukupnya.
Berulang Hantar Stok Susu Ke Nurseri Ketika Asna menghantar anaknya ke nurseri, mereka minta bekalan 15oz setiap hari. Pun begitu, Asna tidak mampu menyediakannya. Dalam sebulan, boleh dikatakan banyak kali pengasuh akan telefon dan beritahu susu tidak cukup. Disebabkan itu, Asna berulang kali terpaksa ke nurseri bagi menghantar stok susu. Semasa Daiyan berusia empat bulan, semua stok susu beku Asna yang disimpan juga habis.
Asna bersama anak keduanya, Daiyan Bagi mencari ilmu penyusuan, Asna menyertai sebuah grup ibu menyusu. Dalam grup inilah Asna belajar untuk mempraktikkan kaedah menyusukan sedikit tetapi kerap. “Pengasuh beri Daiyan minum 4oz setiap sesi. Memandangkan susu saya sedikit, saya minta jasa baiknya untuk kurangkan kuantiti susu tetapi kerap menyusukan Daiyan. Memandangkan kesukaran pengasuh untuk mengikut cara ini jadi saya tukarkan Daiyan ke nurseri lain,” kata Asna lagi.
Grup Penyusuan Banyak Membantu Asna bersyukur kerana dipertemukan dengan ahli grup penyusuan yang semuanya sangat positif dan membantu. Dia mengikut nasihat kaunselor laktasi dengan mengepam susu setiap dua jam. Walaupun hasilnya cuma 2-2.5oz setiap kali mengepam, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan Daiyan. “Paling banyak saya pernah dapat 4oz ketika mengepam untuk kedua-dua belah payudara, tapi itupun boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja, cerita Asna.
Artikel Perlu Baca: [Selalu Bawa Keluar Malam Antara Punca Anak Mudah Sakit, Ada Masalah Tidur]
Memandangkan Daiyan sudah besar, permintaannya juga meningkat. Dari pagi ke petang dia dihantar ke nurseri, sekurang-kurangnya 10oz setiap hari. Mujurlah Daiyan sudah boleh makan, jadi Asna cuba dapatkan stok susu untuknya yang mana mampu. Biasanya stok susu yang dibuat, memang untuk kegunaan hari esok.
Daiyan ketika masih menyusu badan dengan Asna Kata Asna lagi, memang sukar kerana ibu yang low supply harus berusaha lebih gigih berbanding mereka yang mempunyai susu banyak. Tambah Asna lagi, ketika usia anaknya setahun, dia cuba beri minum susu segar tetapi Daiyan tidak mahu. Masuk usianya setahun setengah baharulah dia mahu minum susu segar tetapi masih diselang-seli dengan susu badan.
Pernah Rasa Nak Give Up Asna memberitahu yang dia pernah merasa untuk putus asa. Tetapi kekuatannya adalah anak. Semasa menyusukan anaknya, Asna seronok melihat mata dan senyuman si manja dan itulah yang menjadi penguat semangat Asna. Memandangkan ketika anak sulung dahulu pernah buat kesilapan jadi tak mahu diulangi pada anak kedua. Sebab itulah Asna tidak henti-henti berusaha untuk terus menyusukan anaknya.
Kata Asna lagi, perjalanan untuk menyusukan anak tidak seharusnya dilakukan sendirian. Semua ibu memerlukan sokongan padu untuk terus semangat menyusukan anak biarpun kekuatan itu datangnya dari kawan-kawan alam maya.
Semua Ibu Mampu Susukan Anak “Saya lihat orang lain susunya meriah. Ada tu sampai terpaksa buang stok susu kerana sudah rosak. Itulah yang menjadi penguat semangat saya. Saya katakan pada diri, banyak mana susu saya, itulah rezeki anak saya. Sebagai ibu, kita harus yakin dan niatkan dalam diri untuk susukan anak. Usaha tanpa henti dan pilihlah untuk berada bersama orang yang akan memberi sokongan kepada anda.
Menyertai grup sokongan memang baik. Mereka sama seperti kita dan faham perjuangan ibu yang menyusukan anak. Ikut nasihat yang baik dan pratikkan ilmu yang kita dapat. Semua bu mampu menyusukan anak, positifkan diri. Luangkan masa untuk belajar lebih banyak supaya kita akan terus bersemangat untuk susukan anak,” kata Asna.
 
The post Masa Pam Hanya Dapat 2oz. Tak Henti Usaha, Ibu Ini Mampu BF Anak Sehingga Usia 2 Tahun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-pam-hanya-dapat-2oz-tak-henti-usaha-ibu-ini-mampu-bf-anak-sehingga-usia-2-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun Kini Ibu Goo Hara Demand 50 Harta Peninggalannya

Tinggalkan Anak Semasa Usia 9 Tahun Kini Ibu Goo Hara Demand 50 Harta Peninggalannya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 461 hits
Sebelum selebriti popular iaitu Goo Hara mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri gadis itu didedahkan telah hidup sengsara sepanjang hayatnya Bukan sahaja ditinggalkan keluarga sejak kecil bahkan bekas teman lelakinya juga pern...
Terpisah Hampir 11 Tahun Ibu Meraung Anak Pergi Lepas Sebulan Bertemu

Terpisah Hampir 11 Tahun Ibu Meraung Anak Pergi Lepas Sebulan Bertemu

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 301 hits
Ajal maut dan pertemuan adalah ketentuan daripada Allah S W T Siapa jangka pertemuan yang sangat bermakna selepas bertahun tahun tidak bertemu diakhiri dengan perpisahan yang abadi Hal ini samalah dengan situasi yang kisahnya yang dikongsik...
Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun Sibuk Mana Pun Kena Layan

Anak Hanya Rapat Dengan Kita Hingga Umur 12 Tahun Sibuk Mana Pun Kena Layan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 426 hits
Bila anak datang tunjuk sesuatu ajak main layanlah sekejap walaupun sedang sibuk Mungkin masa tu kita rasa anak ni saja nak melambatkan kerja Dengan tak sengaja terus kita menaikkan suara dan melenting suruh anak main jauh jauh Perasan tak ...
5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

5 Fakta Kasus Pembunuhan Anak Usia 6 Tahun Palaku Puas Setelah Melancarkan Aksi

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 220 hits
Pelaku mengaku melakukan pembunuhan karena terinspirasi oleh film film yang ditontonnya Bahkan Ia mengaku melakukan aksi keji itu dengan sadar dan tanpa adanya rasa penyesalan
Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

Geram Anak Kencing Atas Tilam Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 673 hits
Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu Wanita 28 ...
Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

Tak Tahan Ibu Bapa Selalu Bertengkar Anak 11 Tahun Maut Terjun Dari Bangunan Rumah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 330 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi Pas...
Hanya Berbekalkan Botol Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit Usaha Mencari Masih Diteruskan

Hanya Berbekalkan Botol Susu Kanak Kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit Usaha Mencari Masih Diteruskan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 767 hits
Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu Menurut laporan Harian Metro kanak kanak yan...
Hanya Mampu Makan Sekali Sehari Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil Siapa Sudi Silalah Bantu

Hanya Mampu Makan Sekali Sehari Isteri Pula Tengah Sarat Dengan 2 Orang Anak Masih Kecil Siapa Sudi Silalah Bantu

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 496 hits
Setiap manusia dugaan yang diterima pasti berlainan Tapi apa yang penting adalah sabar disamping terus berusaha dan bertawakal kepada yang Maha Esa Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya Seperti perkongsian ...
Anak 2 Tahun Kena Simptom Kanser Sebab Ibu Rajin Bagi Jajan

Anak 2 Tahun Kena Simptom Kanser Sebab Ibu Rajin Bagi Jajan

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 362 hits
Kita tahu semua makanan ringan ini memang tak elok untuk badan kita kalau diambil secara berlebihan apatah lagi untuk kanak kanak seawal 2 tahun yang sistem imun badannya masih lemah tak seperti orang dewasa Tapi masa ni lah fasa dimana kan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game