Hospital Sungai Buloh Jadi Hospital Khusus Rawat Covid 19


Bernama    Susulan penularan jangkitan Covid-19 di dalam negara, Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.

Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar Chidambaram berkata ini bagi memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.

“Kami maklum hospital-hospital berhadapan masalah katil tetapi pengalaman di Sungai Buloh, kami telah menyelesaikan pengurusan katil, tiada masalah kekurangan katil untuk pesakit Covid-19 di hospital ini,” kata beliau mengenai pengurusan perubatan dan persediaan negara.

Dr Suresh berkata demikian pada sesi libat urus antara Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengamal media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.

Pada masa ini, Dr Suresh berkata tingkat empat dan lima hospital itu dikhususkan untuk pesakit Covid-19 masing-masing dengan 112 katil, sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil unit rawatan rapi (ICU) akan dikhaskan kepada mangsa yang serius dan memerlukan bekalan oksigen dan rawatan rapi.

Menurut Dr Noor Hisham, jabatan sedia ada dari dua tingkat yang dikosongkan itu dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran supaya Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan kepada penyakit berjangkit seperti kes-kes Covid-19.

Apabila ditanya sama ada hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh adalah buat sementara waktu sehingga wabak itu berakhir, ketua pengarah kesihatan itu berkata: ”Ada permintaan supaya kami mendapatkan hospital bagi penyakit berjangkit, maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal.”

Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan merawat kes Covid-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.

Turut hadir, pada sesi taklimat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon dan pakar kesihatan awam Dr Wan Noraini Wan Mohamed Nor.

Dalam taklimat itu, Dr Chong berkata virus Covid-19 disebarkan menerusi titisan kecil bukannya menerusi udara dan ia boleh merebak dalam persekitaran berhawa dingin yang tertutup berbanding di bawah sinar matahari kerana suhu tinggi boleh membunuh virus berkenaan.

“Apabila titisan kecil jatuh ke atas lantai ia mati apabila kering tetapi jika anda batuk pada tangan dan tangan menjadi pembawa jangkitan. Justeru, jangan menggosok muka atau mata dengan tangan dan selalu membasuh tangan.

Sejak virus itu merebak menerusi titisan kecil dan bukannya menerusi udara, menggunakan penutup mulut dan hidung (sebagai perlindungan) sudah mencukupi. Jika virus itu tersebar menerusi udara seseorang itu memerlukan topeng N95,” katanya lagi.

Selain itu antara isu yang dibincangkan ialah mengkaji penggunaan polis bantuan untuk melakukan pengesanan kontak mereka yang diuji positif jika kakitangan perubatan awam sedia ada tidak dapat menguruskan peningkatan angka kontak rapat yang perlu dijejaki.

Orang ramai juga digesa menggunakan klinik maya atau kemudahan laman sesawang kementerian untuk mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai Covid-19 sebagai langkah mengurangkan kesesakan hospital selain daripada perkhidmatan mendapatkan sampel di rumah untuk ujian Covid-19.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/hospital-sungai-buloh-jadi-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 447 hits
Bagi menangani kes wabak Covid 19 di Malaysia satu usaha bagus daripada Hospital Sungai Buloh mempunyai katil wad dan kakitangan yang mencukupi Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihak Hospital Sungai Buloh ...
Sg Buloh Hospital To Redirect Non Covid 19 Patients To Other Facilities

Sg Buloh Hospital To Redirect Non Covid 19 Patients To Other Facilities

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 322 hits
CORONAVIRUS The Health Ministry is ramping up its preparation to receive more Covid 19 cases with the Sungai Buloh Hospital being the first to scale down on other services Sources told Malaysiakini that the hospital has started to close dow...
Hospital Sungai Buloh Bakal Dijadikan Hospital Kekal Untuk Penyakit Berjangkit

Hospital Sungai Buloh Bakal Dijadikan Hospital Kekal Untuk Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 378 hits
Putrajaya Susulan penularan jangkitan COVID 19 di dalam negara Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar Chida...
Sungai Buloh Hospital To Become Centre For Infectious Diseases

Sungai Buloh Hospital To Become Centre For Infectious Diseases

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 286 hits
PUTRAJAYA The Sungai Buloh Hospital will be developed into an infectious disease centre in light of the Covid 19 infections in the country Sungai Buloh Hospital infectious disease consultant Dr Suresh Kumar Chidambaram said this would ensur...
Pm Kerajaan Tambah Bilangan Hospital Rawat Covid 19

Pm Kerajaan Tambah Bilangan Hospital Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR 13 MAC Dalam usaha menangani penularan Covid 19 yang kini mengancam dan membimbangkan masyarakat dunia Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggariskan beberapa tindakan bagi Malaysia mendepani jangkitan itu Menyedari negara ber...
Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Hotel Miliknya Hospital Rawat Covid 19

Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Hotel Miliknya Hospital Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 320 hits
Siapa jer yang tak kenal pemain bola sepak dunia Cristiano Ronaldo yang merupakan menyerang pasukan gergasi iaitu pasukan Juventus Sepertimana yang semua orang tahu Cristiano Ronaldo merupakan seorang yang pemurah hati dan suka menolong ora...
Tni Siapkan Rumah Sakit Khusus Pasien Covid 19 Di Pulau Galang

Tni Siapkan Rumah Sakit Khusus Pasien Covid 19 Di Pulau Galang

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 214 hits
Kepala Staf Kepresidenan RI Moeldoko menyampaikan pentingnya untuk melakukan introspeksi atas berbagai upaya yang telah dilakukan untuk menghadapi dan mengantisipasi penyebaran virus corona
Covid 19 Operasi Premis Makanan Khusus Dibawa Pulang

Covid 19 Operasi Premis Makanan Khusus Dibawa Pulang

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 350 hits
PUTRAJAYA 17 MAC Premis makanan boleh beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah jangkitan penyakit COVID 19 namun ia perlu menjual makanan yang khusus untuk dibawa pulang sahaja Menteri Perdagangan Dalam Neg...
Mrt Laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya Capai Kemajuan Lebih 70 Peratus

Mrt Laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya Capai Kemajuan Lebih 70 Peratus

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR 11 MAC Pembinaan Mass Rapid Transit laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya mencapai lebih 70 peratus penyelesaian projek berikutan kejayaan penembusan terowong di bawah Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban berhampiran Sungai Besi Pen...
Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform

Elon Musk Vs Trump Elon Bongkar Trump Terlibat Kes Epstein Dan Kesan Ekonomi Dunia Terjejas

Honor 400 Series Now Free With Telco Plans Here S How To Score It

Bukan Susu Je Yang Mengalir Tapi Air Mata Juga Suami Ini Cara Nak Jadi Hero Sebenar Waktu Isteri Menyusu

Perancangan Kewangan Kepada Bakal Pesara Guru Sekolah

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Kelebihan Dan Faedah Kereta Elektrik Berbanding Kereta Konvensional


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


English Uasa Year 3

Scene Dalam Cerita Suzanna Berlaku Secara Real

Kuah Kacang Istimewa Di Bermondsey

Ustadz Yahya Waloni Wafat Saat Khutbah Jumat Ini Kata Uas

Rindu Terubat Sheila On 7 Kembali Gegar Pentas Malaysia Julai Ini

Jatuh Tingkat 30 Ibu Dan Ibu Saudara Ditahan Reman