Hospital Sungai Buloh Bakal Dijadikan Hospital Kekal Untuk Penyakit Berjangkit


Putrajaya: Susulan penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara, Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar  Chidambaram berkata ini bagi memastikan kemudahan dan persiapan yang diperlukan lengkap untuk menghadapi sebarang kemungkinan  di masa hadapan.
”Kami maklum hospital-hospital berhadapan masalah katil tetapi pengalaman di Sungai Buloh, kami telah menyelesaikan pengurusan katil, tiada masalah kekurangan katil untuk pesakit COVID-19 di hospital ini,” kata beliau mengenai pengurusan perubatan dan persediaan negara.
Dr Suresh berkata demikian pada sesi libat urus antara Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan pengamal media di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
Pada masa ini, Dr Suresh berkata tingkat empat dan lima hospital itu dikhususkan untuk pesakit COVID-19 masing-masing dengan 112 katil, sementara tingkat tiga pula dengan 14 katil unit rawatan rapi (ICU) akan dikhaskan kepada mangsa yang serius dan memerlukan bekalan oksigen dan rawatan rapi.
Menurut Dr Noor Hisham, jabatan sedia ada dari dua tingkat yang dikosongkan itu dipindahkan ke fasiliti perubatan berhampiran supaya Hospital Sungai Buloh boleh menumpukan kepada penyakit berjangkit seperti kes-kes COVID-19.
Apabila ditanya sama ada hospital untuk penyakit berjangkit di Sungai Buloh adalah buat sementara waktu sehingga wabak itu berakhir, ketua pengarah kesihatan itu berkata: ”Ada permintaan supaya kami mendapatkan hospital bagi penyakit berjangkit, maka kami akan jadikan Hospital Sungai Buloh sebagai hospital untuk penyakit berjangkit yang kekal.”   
Beliau berkata selain Hospital Sungai Buloh sebagai pusat perubatan yang dikhususkan merawat kes COVID-19, Hospital Shah Alam dan Hospital Rehabilitasi Cheras turut memainkan peranan yang sama.
Turut hadir, pada sesi taklimat itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon dan pakar kesihatan awam  Dr Wan Noraini Wan Mohamed Nor.
Dalam taklimat itu, Dr Chong berkata virus COVID-19 disebarkan menerusi titisan kecil bukannya menerusi udara dan ia boleh merebak dalam persekitaran berhawa dingin yang tertutup berbanding di bawah sinar matahari kerana suhu tinggi boleh membunuh virus berkenaan.
”Apabila titisan kecil jatuh ke atas lantai ia mati apabila kering tetapi jika anda batuk pada tangan dan tangan menjadi pembawa jangkitan.  Justeru, jangan menggosok muka atau mata dengan tangan dan selalu membasuh tangan.
Sejak virus itu merebak menerusi titisan kecil dan bukannya menerusi udara, menggunakan penutup mulut dan hidung (sebagai perlindungan) sudah mencukupi. Jika virus itu tersebar menerusi udara seseorang itu memerlukan topeng N95,” katanya lagi.
Selain itu antara isu yang dibincangkan ialah mengkaji penggunaan polis bantuan untuk melakukan pengesanan kontak mereka yang diuji positif jika kakitangan perubatan awam sedia ada tidak dapat menguruskan peningkatan angka kontak rapat yang perlu dijejaki.
Orang ramai juga digesa menggunakan klinik maya  atau kemudahan laman sesawang kementerian untuk mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai COVID-19 sebagai langkah mengurangkan kesesakan hospital selain daripada perkhidmatan mendapatkan sampel di rumah untuk ujian COVID-19.
Sumber: Bernama
The post Hospital Sungai Buloh Bakal Dijadikan Hospital Kekal Untuk Penyakit Berjangkit appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/10/hospital-sungai-buloh-bakal-dijadikan-hospital-kekal-untuk-penyakit-berjangkit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 408 hits
Bagi menangani kes wabak Covid 19 di Malaysia satu usaha bagus daripada Hospital Sungai Buloh mempunyai katil wad dan kakitangan yang mencukupi Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihak Hospital Sungai Buloh ...
Hospital Sungai Buloh Jadi Hospital Khusus Rawat Covid 19

Hospital Sungai Buloh Jadi Hospital Khusus Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 256 hits
Susulan penularan jangkitan Covid 19 di dalam negara Hospital Sungai Buloh di Selangor akan dijadikan hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar Chidambaram ber...
Sungai Buloh Hospital To Become Centre For Infectious Diseases

Sungai Buloh Hospital To Become Centre For Infectious Diseases

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 248 hits
PUTRAJAYA The Sungai Buloh Hospital will be developed into an infectious disease centre in light of the Covid 19 infections in the country Sungai Buloh Hospital infectious disease consultant Dr Suresh Kumar Chidambaram said this would ensur...
Fadilat Surah Yassin Ayat 58 Penyembuh Kepada Penyakit Berjangkit

Fadilat Surah Yassin Ayat 58 Penyembuh Kepada Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 576 hits
Terasa tak sihat bila kerap adakan aktiviti di luar Pedoman oleh Ustaz Mohamad yacob ayat penawar untuk kita amalkan Ayat untuk sakit batuk selesema dan antibodi badan lemah surah YASSIN Amalkan dan banyak kan berdoa kepada Allah Fadilat ke...
Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling Berjalan Macam Ketam Masuk Hospital Sampai 20 Kali Sebulan

Remaja Hidap Penyakit Sampai Mata Juling Berjalan Macam Ketam Masuk Hospital Sampai 20 Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 404 hits
Tubuh badan yang sihat boleh jatuh sakit pada bila bila masa tanpa kita sedar Kadangkala individu yang aktif bersenam dan mengamal gaya hidup sihat juga tidak terlepas dari terkena penyakit termasuk serangan jantung Terbaru seorang gadis be...
Mrt Laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya Capai Kemajuan Lebih 70 Peratus

Mrt Laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya Capai Kemajuan Lebih 70 Peratus

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR 11 MAC Pembinaan Mass Rapid Transit laluan Sungai Buloh Serdang Putrajaya mencapai lebih 70 peratus penyelesaian projek berikutan kejayaan penembusan terowong di bawah Lebuhraya Kuala Lumpur Seremban berhampiran Sungai Besi Pen...
Sg Buloh Hospital To Redirect Non Covid 19 Patients To Other Facilities

Sg Buloh Hospital To Redirect Non Covid 19 Patients To Other Facilities

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 289 hits
CORONAVIRUS The Health Ministry is ramping up its preparation to receive more Covid 19 cases with the Sungai Buloh Hospital being the first to scale down on other services Sources told Malaysiakini that the hospital has started to close dow...
Covid 19 Malaysia Masih Selamat Ketua Kawalan Penyakit Berjangkit Kkm

Covid 19 Malaysia Masih Selamat Ketua Kawalan Penyakit Berjangkit Kkm

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 585 hits
Dr Rohani JahisOleh Mohamad Arif Haziq Mohamad MusriFoto Izwan AzmanBANGI 21 Februarri 2020 Malaysia masih berada dalam keadaan selamat dan terkawal dari penyebaran wabak Corvid 19 walau terdapat beberapa kes dilaporkan kata Ketua Sektor Ba...
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Akibat Dikuarantin Penyakit Berjangkit

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 424 hits
Terkini media melaporkan bahawa penyakit berjangkit daripada Virus Covid 19 telah mencapai angka yang tinggi dan merisaukan semua pihak Seluruh pihak kesihatan telah mula memberikan amaran dan menasihati rakyat untuk mengambil langkah berja...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy