Pm Kerajaan Tambah Bilangan Hospital Rawat Covid 19


KUALA LUMPUR, 13 MAC: Dalam usaha menangani penularan Covid-19 yang kini mengancam dan membimbangkan masyarakat dunia, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menggariskan beberapa tindakan bagi Malaysia mendepani jangkitan itu.
Menyedari negara berdepan peningkatan kes dalam gelombang kedua wabak, perdana menteri berkata kerajaan akan meningkatkan bilangan hospital bagi merawat kes berkenaan.
Beliau berkata sehingga kini, 26 buah hospital kerajaan dan sebuah hospital universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kes Covid-19.
“Di samping itu, terdapat 57 hospital kerajaan dan 170 klinik kesihatan di seluruh negara yang bersedia untuk melaksanakan saringan kesihatan ke atas mereka yang bergejala penyakit Covid-19,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan menerusi stesen televisyen malam ini.
Beliau berkata kolaborasi dengan hospital swasta, hospital di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan hospital universiti dimulakan sebagai persediaan untuk menerima pertambahan kemasukan pesakit kes Covid-19.
Muhyiddin berkata kemampuan makmal untuk melakukan ujian pengesanan Covid-19 juga ditingkatkan, termasuk 22 buah makmal di bawah Kementerian Kesihatan dan makmal lain di bawah Kementerian Pertahanan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini, Malaysia masih berdepan dengan peningkatan kes Covid-19, dan dalam gelombang kedua ini terdapat 175 kes.
Malaysia mencatatkan 22 kes pada gelombang pertama dengan catatan kes positif koronavirus di negara ini bermula pada 25 Januari.
Pada 11 Mac, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan wabak Covid-19 sebagai pandemik kerana terdapat peningkatan kes yang ketara di seluruh dunia.
Orang ramai memakai penutup hidung dan mulut semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas sebagai langkah berjaga-jaga berhubung penularan Covid-19 pada 12 Mac 2020. Foto BERNAMAPerdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa langkah penting yang perlu diambil bagi mengekang jangkitan Covid-19 adalah sekatan perjalanan.
“Kerajaan akan meneruskan sekatan perjalanan untuk tiga wilayah di China iaitu Hubei, Jiangsu dan Zhejiang; Hokkaido, Jepun; Itali, Iran dan Republik Korea. Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang terjejas dengan virus Covid-19,” katanya.
Perdana menteri turut menegaskan kapal persiaran hanya dibenarkan berlabuh untuk penambahan bekalan dan hanya kru warganegara tempatan dibenarkan turun dari kapal dan mereka dikehendaki melalui saringan kesihatan.
Beliau berkata kerajaan Perikatan Nasional amat prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yang berada di negara-negara terjejas teruk dengan wabak Covid-19 seperti di China, Iran, Itali dan Korea Selatan.
Kerajaan Malaysia menggerakkan dua Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Wuhan di wilayah Hubei, China, masing-masing pada 4 Februari yang membawa 107 rakyat Malaysia dan pasangan serta anak bukan warganegara; serta 68 rakyat Malaysia serta pasangan dan anak bukan warganegara pada 26 Februari.
“Seramai 65 orang rakyat Malaysia yang berada di Iran dan 323 orang yang berada di Itali sedang dalam proses untuk dibawa pulang,” kata Perdana Menteri.
Muhyiddin yang sedia maklum dengan kebimbangan rakyat Malaysia terhadap situasi semasa gelombang kedua penularan COVID-19 menegaskan, beliau diberikan laporan harian mengenai Covid-19 oleh Jawatankuasa Khas yang dipimpin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membolehkan langkah-langkah terkini diambil untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku.
“Berhadapan dengan situasi ini, saya menasihatkan saudara dan saudari mengambil langkah bagi menghindarkan diri sendiri, anak-anak serta keluarga daripada dijangkiti wabak ini.
“Paling utama ialah amalkan penjagaan kesihatan yang tinggi dengan sentiasa bersihkan diri, menggunakan topeng muka dan hand sanitizer (cecair pembasmi kuman) serta kurangkan bersentuhan dan bersalaman,” katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial serta keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April.
Katanya dalam situasi berkaitan, bekalan barang keperluan rakyat dijamin mencukupi dan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah pencegahan termasuk membatalkan sebarang bentuk perhimpunan bagi mengelakkan penularan penyakit ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam usaha menangani Covid-19.
“Saya berdoa semoga wabak ini berjaya ditangani dengan segera dan kita semua dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dengan rasa selamat,” katanya mengakhiri ucapan.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/03/pm-kerajaan-tambah-bilangan-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Hotel Miliknya Hospital Rawat Covid 19

Cristiano Ronaldo Jadikan Dua Hotel Miliknya Hospital Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 279 hits
Siapa jer yang tak kenal pemain bola sepak dunia Cristiano Ronaldo yang merupakan menyerang pasukan gergasi iaitu pasukan Juventus Sepertimana yang semua orang tahu Cristiano Ronaldo merupakan seorang yang pemurah hati dan suka menolong ora...
Kematian Kedua Covid 19 Di Hospital Permai Mangsa Hadir Ijtimak Tabligh

Kematian Kedua Covid 19 Di Hospital Permai Mangsa Hadir Ijtimak Tabligh

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 558 hits
Proses saringan sebahagian peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling KUALA LUMPUR Seorang lelaki warganegara Malaysia yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling menjadi mangsa kedua meninggal dunia selepa...
As Lulus Guna Ubat Antimalaria Rawat Kes Covid 19

As Lulus Guna Ubat Antimalaria Rawat Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 297 hits
AS lulus guna ubat antimalaria rawat kes Covid 19 Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Mar 2020 12 04AM
Mangsa Covid 19 Di Jb Selamat Dikebumikan Sop Ketat Hanya Pihak Hospital Uruskan

Mangsa Covid 19 Di Jb Selamat Dikebumikan Sop Ketat Hanya Pihak Hospital Uruskan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 282 hits
Jenazah mangsa wabak koronavirus baharu yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah tengah hari semalam selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru kira kira 9 malam semalam Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu d...
Covid 19 Keputusan Muhyiddin Ambil Alih Kerajaan Tidak Kena Pada Masa

Covid 19 Keputusan Muhyiddin Ambil Alih Kerajaan Tidak Kena Pada Masa

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 301 hits
PUTRAJAYA Keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara pada saat wabak koronavirus diisytiharkan pandemik disifatkan tidak kena pada masa kerana negara sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan krisi...
Penumpang Bas Plusliner Diarah Lapor Diri Di Hospital Berdekatan Salah Seorang Penumpang Disahkan Positif Covid 19

Penumpang Bas Plusliner Diarah Lapor Diri Di Hospital Berdekatan Salah Seorang Penumpang Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 364 hits
Semua penumpang yang menaiki perkhidmatan bas ekspres PLUSLINER dari Johor Bahru ke Kuantan diminta melapor diri di hospital berdekatan selepas salah seorang daripada mereka didapati positif Covid 19 Bagaimanapun pejabat kesihatan daerah Ku...
Covid 19 Kerajaan Selangor Sedia Bantu Pelajar Anak Negerinya Pulang Dari Sabah Dan Sarawak

Covid 19 Kerajaan Selangor Sedia Bantu Pelajar Anak Negerinya Pulang Dari Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 460 hits
SHAH ALAM 17 Mac Kerajaan Negeri Selangor sedia membantu pelajar Institut Pengajian Tinggi dari negeri ini yang menuntut di Sabah dan Sarawak untuk pulang seperti diarahkan Kementerian Pengajian Tinggi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amir...
Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

Hospital Sungai Buloh Mempunyai Katil Wad Dan Kakitangan Yang Cukup Mengendali Kes Covid 19 Adham Baba

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 408 hits
Bagi menangani kes wabak Covid 19 di Malaysia satu usaha bagus daripada Hospital Sungai Buloh mempunyai katil wad dan kakitangan yang mencukupi Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihak Hospital Sungai Buloh ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera