Hina Islam Nabi Individu Dipenjara 10 Tahun 10 Bulan


Bernama Diterbitkan Hari ini 10:22 pagi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

"Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM.

"Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505(c) KK dah Seksyen 233 AKMM.

“Tertuduh tidak mengaku salah bagi lapan pertuduhan yang dibaca. Tiada jaminan ditawarkan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April 2019,” katanya.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ pula dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM serta mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 5 April.

Dalam pada itu, katanya pemilik akaun Facebook ‘YAZID KONG’ yang dituduh di mahkamah sama mengaku salah dan pendengaran fakta kes serta hukuman akan ditentukan pada 11 Mac ini.

Seksyen 298A KK merupakan kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama.

Seksyen 505(c) KK pula berkaitan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan kesalahan terhadap golongan atau kaum lain manakala Seksyen 233 AKMM melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

Fuzi berkata orang ramai dinasihat agar tidak menyalahgunakan media sosial atau rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/03/hina-islam-nabi-individu-dipenjara-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Islam Di Instagram Mahasiswa Usu Dituntut 1 Tahun 6 Bulan Penjara

Hina Islam Di Instagram Mahasiswa Usu Dituntut 1 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 318 hits
Mahasiswa Fakultas Pertanian Universitas Sumatera Utara Agung Kurnia Ritonga didakwa telah menyebarkan kebencian bernuansa Suku Ras Agama dan Antargolongan melalui Instagram Dia dituntut dengan hukuman 1 tahun 6 bulan penjara
Yazid Kong Abdullah Dipenjara 7 Bulan Denda Rm10 000 Kerana Hina Agama Islam

Yazid Kong Abdullah Dipenjara 7 Bulan Denda Rm10 000 Kerana Hina Agama Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 521 hits
Mohamad Yazid Kong Abdullah dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan denda RM10 000 oleh oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana menghina Nabi Muhammad dan Islam dengan memuat nik kenyatan jelik di Facebook pada 24 Februai lalu ...
Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 338 hits
Polis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Loading Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ...
Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 467 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli belah Plaza Pudu di sini hari ini Ketua Jabatan Siasat...
Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 452 hits
Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda Saidatina Aisyah Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanle...
Hina Nabi Ayea Yea Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

Hina Nabi Ayea Yea Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 636 hits
KUALA LUMPUR Pemilik akaun Facebook Ayea Yea dijatuhi hukuman 10 tahun dan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau Hukuman ke atasnya diperintah dilaksanakan secara berasingan Ayea Yea...
Tiga Lelaki Di Dakwa 11 Pertuduhan Hina Nabi Agama Islam

Tiga Lelaki Di Dakwa 11 Pertuduhan Hina Nabi Agama Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di media sosial baru baru ini Penganggur Mohamad Yazid Kong Abdullah 52 mengaku bersalah manaka...
Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 424 hits
ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status latar belakang dan kaum Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengab...
Makan Makan Di Camden Market

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Khasiat Tersembunyi Pokok Mata Pelanduk

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Kuatkan Lutut Dengan Buah Mengkudu

Anak Seni Dibesarkan Di Perlis Fasha Sandha Terima Penghargaan Diraja

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam