Penerbit Filem Hina Nabi Muhammad Akhirnya Menyesal Dan Memeluk Islam


ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status, latar belakang dan kaum. Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia.Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengabdikan diri kepada-Nya, sekali gus menuju ke alam yang kekal buat selama-lamanya di syurga kelak.Sebab itu, apabila ajaran Islam dinafikan, malah hingga sampai tahap dihina maka golongan yang berbuat demikian sebenarnya sedang menolak fitrah diri mereka sendiri. Ternyata golongan yang tidak faham dan dikategorikan pula sebagai anti Islam belum dikurniakan hidayah daripada Allah SWT menyebabkan mereka bertindak demikian.Namun, apabila ajaran Islam itu dikaji dan difahami oleh golongan tersebut yang mana lama-kelamaan akan timbul rasa kefahaman serta kesedaran tentang kebenarannya. Itu adalah senario yang banyak berlaku pada hari ini termasuklah ke atas pembikin filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu.Van Doorn pernah membakar api kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila beliau yang sebelum itu amat anti Islam menerbitkan sebuah filem berjudul Fitna pada 2012.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu dikecam oleh umat Islam biarpun sebelum itu beliau telah melancarkan propaganda anti-Islam sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, Van Doorn, yang merupakan bekas anggota Parti Bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, memeluk Islam setahun selepas itu selepas mengkaji tentang ajaran Islam.Malah, tidak lama selepas memeluk Islam beliau telah mengerjakan ibadah haji dan menyatakan rasa kekesalan akan sikap, persepsi dan perkara yang dilakukannya itu.

“Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah.“Saya malu dengan tindakan saya menerbitkan filem Fitna. Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini,’’ katanya dengan nada penuh keinsafan.Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam dan beliau merasakan perlu menyiasatnya sendiri bagi mengetahui tentang kebenaran perkara itu. Beliau telah mengumumkan tentang pengislamannya melalui laman Twitternya biarpun pada mulanya ramai tidak percaya dan menganggapnya suatu gurauan.Van Doorn yang mengetahui mengenai Islam menerusi media Belanda dan ahli politik Barat semuanya dalam bentuk negatif selain berdasarkan persepsi yang sangat teruk.Masyarakat Eropah juga katanya mengenali Islam memandang Islam sebagai sebuah agama yang suka memberi ancaman, menindas wanita dan melahirkan pengganas.Namun Van Doorn memilih Islam sebagai cara hidupnya setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda. Katanya, kedua ibu bapanya merupakan penganut Kristian yang sangat taat dan amat menghormati agama dan budaya masyarakat lain di negaranya.Namun ibu bapanya masih gagal untuk membuat diriya menyangkal maklumat diperoleh daripada media berhubung keburukan mengenai Islam.“Saya merasakan perlu melindungi masyarakat daripada ‘kejahatan’ dan ‘bahaya’ ini, maka saya bergabung dengan parti anti Islam di Belanda itu yang dipimpin oleh Geert Wilders.“Pada masa itu, saya menganggap dia sebagai contoh model terbaik. Semua ini disebabkan dia begitu berani menentang Islam dan melindungi kebebasan kami,” katanya.Apabila menyertai parti itu, Van Doorn bermula sebagai seorang sukarelawan dan beberapa tahun kemudian menjadi penasihat politik utama kepada Geert.Malah beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan filem Fitna dan mempromosikannya ke seluruh dunia bagi menyampaikan mesej anti Islam itu. Mengimbas bagaimana beliau boleh memeluk Islam, katanya, ketika masih aktif dalam parti itu, terdetik dalam minda bagaimana 1.2 bilion orang di dunia menjadi orang Islam?Mereka dilihat begitu gembira. Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku? Adakah mereka tersilap arah? Perkara tersebut membuatkannya benar-benar tidak faham. Beliau juga mula berasa ragu-ragu tentang apa yang telah dibacanya selama ini tentang Islam menerusi media-media Barat yang sekali gus mencetuskan sentimen Islamophobia.“Pada ketika itu, pemikiran saya mula berubah. Sebenarnya, saya tidak pernah membenci Islam, tetapi saya adalah antara golongan yang mempunyai ketakutan terhadap Islam.“Seorang kawan saya berkata, kamu salah, kamu harus mendapat lebih banyak maklumat tepat tentang Islam. Pergi ke masjid dan berbual dengan para jemaah,” ujarnya.Semua tanggapan negatif terhadap Islam mula berubah apabila beliau dipelawa oleh seorang rakan untuk berkunjung ke Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague. Biarpun menolak permintaan tersebut dengan memberi pelbagai alasan termasuk menyatakan kemungkinan dibunuh apabila beliau tiba di masjid tersebut.Tetapi beliau akhirnya berkunjung juga ke masjid itu dan mendapati layanan terbaik daripada jemaah termasuk mendapat penerangan serta nasihat daripada imam di situ.Sambutan dan penerimaan yang sungguh baik daripada jemaah masjid membuatkan Van Doorn berasa terkejut, sekali gus menafikan Islam itu teruk, jahat serta ganas sifatnya.“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.Kisah Van Doorn itu menunjukkan bagaimana Allah memberi izin menerima hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya walaupun mereka jahat, kafir mahupun terlampau banyak dosa. Selain itu ia memberi gambaran jelas semakin Islam itu ditentang maka semakin terserlah akan kebenarannya. – Utusan Malaysia

- Sekarang ramai betul yang berani hina Nabi Muhammad... inilah punca kesan perasingan pendidikan dan pergaulan sejak kecil sehingga tiada langsubg rasa hormat agama lain... ditambah pula momokkan media kiasu yang mengadu domba permikiran masyarakat - admin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/03/penerbit-filem-hina-nabi-muhammad.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Peluk Islam

Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Peluk Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 337 hits
Nabi Muhammad SAW pernah berpesan sesiapa yang memeluk agama Islam dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir Masa Tu Saya Masih Jahiil Rasa Malu Pernah Hina Nabi Penerbit Filem Fitna Bersyukur Diberi Hidayah Akhirnya Pel...
Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 295 hits
Polis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Loading Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ...
Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli belah Plaza Pudu di sini hari ini Ketua Jabatan Siasat...
Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 387 hits
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berhubung isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S A W oleh individu tidak bertanggungjawab Ada yang sehingga tahap memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad S A W sehingga mencetuskan kemar...
Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Peribadi Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 427 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini Setiausaha Dewan Diraja Selangor...
Alvin Chow Si Penghina Islam Nabi Muhammad S A W Ditahan Polis

Alvin Chow Si Penghina Islam Nabi Muhammad S A W Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 1185 hits
Polis menahan seorang lagi individu semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook mengguna nama Danny A antonio Jr Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan...
Gara Gara Memuat Naik Status Hi Na Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis

Gara Gara Memuat Naik Status Hi Na Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 512 hits
Gara Gara Memuat Naik Status Berunsurkan Hina an Agama Islam Nabi Muhammad Lelaki Ini Ditangkap Polis Semakin banyak laporan polis dibuat berhubung dengan individu yang memberi komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW Pemilik ...
Desak Sally Yen Diisiasat Hina Nabi Muhammad Saw

Desak Sally Yen Diisiasat Hina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 876 hits
Muhammad Saifullah Ali bersama penyokongnya tampil membuat aduan polis di IPD Pasir Puteh Kelantan hari ini UTUSAN ONLINEPASIR PUTEH 26 Feb Enam laporan polis berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah...
Jika Islam Itu Cinta Damai Kenapa Nabi Muhammad Berperang

Jika Islam Itu Cinta Damai Kenapa Nabi Muhammad Berperang

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 298 hits
Pertanyaan ini berpangkal pada adanya perbedaan pandangan para fuqaha tentang konsepsi dasar mengenai hubungan antara muslim dengan non muslim dalam perspektif Islam Yakni atas dasar damai kah dengan arti bahwa peperangan bersifat insidenti...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari