Tiga Lelaki Di Dakwa 11 Pertuduhan Hina Nabi Agama Islam



KUALA LUMPUR: Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di media sosial baru-baru ini.

Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Bagaimanapun, Hakim Hasbullah menetapkan 11 Mac untuk pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Yazid.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Yazid didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui aplikasi Facebook dengan profil nama 'Yazid Kong', pada 8.21 malam, 24 Feb 2019.

Hantaran itu kemudian dibaca oleh seorang pengguna Facebook lain, laman profil 'Mohamad Syafiq' di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, di sini, pada 12 tengah hari, 1 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Chow didakwa atas satu pertuduhan menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil 'Alvin@Alvin15358333' telah membuat kenyataan yang mungkin mengapikan kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Chow turut didakwa atas tujuh lagi pertuduhan memuat naik hantaran yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac 2019.

Kesemua hantaran itu seterusnya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 8.30 malam, 3 Mac lalu.

Danny Antoni pula didakwa atas dua pertuduhan menggunakan laman profil 'Danny A'antonio Jr' dan memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 1.21 pagi, 9 Jan lalu.

Hantaran itu kemudiannya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada 10 pagi, 4 Mac lalu.

Bagi kesemua kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. 

Selain itu, mereka turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria dan Timbalan Pendakw Raya Muhamad Asyraf Md Kamal manakala tertuduh Mohamad Yazid dan Chow diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan Danny tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhamad Asyraf berkata pihak pendakwaan membantah sebarang permohonan jaminan terhadap kesemua tertuduh atas alasan mereka menghina agama, nabi dan anggota keselamatan yang meninggal dunia semasa bertugas.

Hujahnya lagi, pihak pendakwaan komited untuk menyelesaikan kes dalam masa yang singkat kerana ia melibatkan kepentingan awam mengambil kira faktor hampir 1,000 laporan polis mengenai kes ini dibuat di seluruh negara.

"Keadaan ini boleh mengundang kemarahan dan sekiranya tidak dikawal dengan baik boleh menjejaskan keselamatan negara. Saya mohon tiada jaminan dibenarkan," katanya.

Tegasnya, kesemua tertuduh perlu diasingkan sementara dari masyarakat dan akses internet kerana risiko adalah tinggi untuk mereka mengulangi kesalahan sama sekiranya jaminan dibenarkan.

Beliau turut memaklumkan, tertuduh Chow pernah didakwa sebanyak dua kali di Kuala Lumpur dan Muar, Johor melibatkan kesalahan sama berunsur penghinaan bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kerana tidak hadir ke mahkamah sehingga ada beberapa waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Mohd Sophian pula berhujah bahawa tertuduh memuat naik hantaran itu secara terancang dan menggunakan perkataan jelik dan keras dengan tujuan ingin meletakkan nabi dan Islam pada tempat yang serendah-rendahnya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/03/tiga-lelaki-di-dakwa-11-pertuduhan-hina.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 350 hits
SEORANG penyokong Pakatan Harapan mendakwa kes kes menghina Nabi dan agama Islam yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini didalangi oleh pemimpin pemimpin UMNO yang kini terpalit dengan rasuah Lelaki yang menggunakan nama Halim di Facebook...
Hina Nabi Agama Islam Bawa Kehancuran Kepada Negara Auni Zaara

Hina Nabi Agama Islam Bawa Kehancuran Kepada Negara Auni Zaara

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1077 hits
SEORANG wanita telah menaikkan kemarahan umat Islam selepas dia memuatnaik kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial miliknya Wanita yang menggunakan nama Auni Zaara itu telah memuat naik posting dengan mendakwa Islam adalah agam...
Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 304 hits
Polis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Loading Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ...
Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 418 hits
Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda Saidatina Aisyah Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanle...
Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 393 hits
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berhubung isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S A W oleh individu tidak bertanggungjawab Ada yang sehingga tahap memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad S A W sehingga mencetuskan kemar...
Mujahid Kerajaan Ph Bertindak Cepat Dakwa Pihak Hina Nabi

Mujahid Kerajaan Ph Bertindak Cepat Dakwa Pihak Hina Nabi

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 517 hits
PARIT BUNTAR Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana mana individu atau pihak yang menghina agama serta kaum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil...
Ada Individu Hina Agama Islam Whatsapp Segera Ke Hotline 010 3005260

Ada Individu Hina Agama Islam Whatsapp Segera Ke Hotline 010 3005260

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 328 hits
Susulan individu menghina agama Islam semakin membiak dan seolah olah mencabar institusi agama Islam di negara ini Jabatan Agama Islam Malaysia telah menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam bagi memantau segala penulisan yang bersifat pro...
Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 455 hits
IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter apabila hampir 500 umat Islam berhimpun bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki yang yang menghi...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang