Kes Hina Nabi Islam Polis Tahan Tiga Individu Buru Seorang Lagi



Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.

Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai.

Loading...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas.

Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

“Mohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini.

“Alister menggunakan akaun Facebook ‘Ayea Yea’ membuat komen jelik dan 10 laporan polis diterima berhubung kes ini setakat hari ini,” katanya.

Beliau berkata, suspek ketiga yang menggunakan akaun Facebook ‘Yazid Kong’ iaitu Mohd Yazid berumur 52 tahun ditahan di Petaling Jaya, semalam manakala permohonan remannya akan dibuat pada hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, suspek keempat yang menggunakan akaun Twitter @ALVINCHOW333 atau Alvin Chow berusia 43 tahun dipercayai berada di Kuala Lumpur dan usaha mengesannya sedang dibuat untuk menahan suspek.

Beliau berkata, sehingga hari ini polis telah menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes ini dan membuka sebanyak 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam.

Mohamad Fuzi berkata, kesemua kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan mencabar, menghina kepercayaan atau agama mana-mana kaum, boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini dan perlu dihentikan serta merta,” katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mengendahkan perkara berkenaan.

Pada 27 Feb lepas, seorang lelaki menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW, namun dibebaskan dengan jaminan polis, dan terdahulu, tindakan lelaki itu memuat naik karikatur menghina perkahwinan Rasulullah dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/03/kes-hina-nabi-islam-polis-tahan-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

Lagi Individu Hina Islam Nabi Muhammad Saw Di Tahan Polis

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 623 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah di laman media sosial Facebook ditahan polis dalam satu serbuan di pusat beli belah Plaza Pudu di sini hari ini Ketua Jabatan Siasat...
Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

Hina Islam Nabi Muhammad Polis Fail 4 Pertuduhan Dengan Seorang Dijatuhi Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 423 hits
Polis Diraja Malaysia telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara Loading Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ...
Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

Kecoh 500 Umat Islam Bantah Hina Nabi Depan Balai Polis

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 566 hits
IPOH Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh di sini terpaksa ditutup kira kira 200 meter apabila hampir 500 umat Islam berhimpun bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki yang yang menghi...
Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

Penyokong Ph Dakwa Kes Kes Hina Nabi Dan Islam Didalangi Umno

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 443 hits
SEORANG penyokong Pakatan Harapan mendakwa kes kes menghina Nabi dan agama Islam yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini didalangi oleh pemimpin pemimpin UMNO yang kini terpalit dengan rasuah Lelaki yang menggunakan nama Halim di Facebook...
Polis Didesak Tahan Semula Lelaki Hina Nabi

Polis Didesak Tahan Semula Lelaki Hina Nabi

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 784 hits
Lebih 100 aktivis Islam berkumpul di hadapan IPD Timur Laut semalam bagi mendesak PDRM mengambil tindakan terhadap lelaki yang menghina Nabi Muhammad SAW BACA seterusnya di
Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

Selepas 395 Laporan Polis Lelaki Hina Nabi Muhammad Saw Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 536 hits
Selepas 395 laporan polis lelaki hina Nabi Muhammad SAW direman tiga hariLELAKI berusia 68 tahun yang dipercayai memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW di akaun Facebook Foo Sing Wai direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jum...
Tiga Lelaki Di Dakwa 11 Pertuduhan Hina Nabi Agama Islam

Tiga Lelaki Di Dakwa 11 Pertuduhan Hina Nabi Agama Islam

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 495 hits
KUALA LUMPUR Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di media sosial baru baru ini Penganggur Mohamad Yazid Kong Abdullah 52 mengaku bersalah manaka...
Hina Nabi Polis Selangor Tahan Alvin Chow

Hina Nabi Polis Selangor Tahan Alvin Chow

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 1417 hits
KUALA LUMPUR Polis Selangor menahan lelaki yang menggunakan nama Alvin Chow dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah