Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah Untuk Hari Raya


Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 4 Resepi popia kacang merupakan resepi yang sangat mudah untuk dibuat sempena hari raya Aidilfitri. Popia kacang hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk penyediaannya. Popia kacang juga merupakan sejenis makanan yang digemari ramai kerana ianya seperti ala-ala ‘kuih batang buruk’.
Tahukah anda Popia Kacang ada berbagai jenis ? sebagai contoh, popia kacang tumbuk, popia kacang hijau, popia kacang Nestum dan sebagainya. Di bawah ini kami telah kongsikan senarai resepi popia kacang untuk anda yang ingin mencubanya sendiri.
Senarai Resepi Popia Kacang Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 5 Resepi popia kacang pada masa kini telah bertambah dengan bermacam-macam jenis resepi. Di sini kami sediakan 3 resepi popia kacang untuk anda.
Resepi Popia Kacang Tumbuk Bahan-bahan Popia Kacang tumbuk :
Kulit popia Kacang tanah Gula Cara buat inti:
Goreng kacang tanah dan buang kulit kemudian dikisar halus. Seterusnya, campurkan dengan gula halus yang juga dikisar
Cara-Cara buat Popia Kacang Tumbuk :
Gunting kulit popia ikut saiz pembaris dan gulung guna maker pen atau guna straw besar (straw ABC). Cara nak lekatkan, guna tepung gandum dan bancuh dengan sikit air. Kulit popia digulung guna straw dan dijemur bagi keras. Apabila kulit popia menjadi keras, anda boleh goreng dan biarkan ia sejuk. Selepas itu bolehlah sumbatkan kacang tumbuk tadi ke dalam kulit popia tersebut. Siap Himpunan Resepi Popia Kacang Mudah untuk Hari Raya 6 Resepi Popia Kacang Hijau Bahan-bahan Popia Kacang Hijau :
1 bungkus kulit popia 400 gram Serbuk Kacang Hijau Cap Bunga Rose 10 sudu besar gula Cara-cara buat Popia Kacang Hijau :
Sangai serbuk kacang Hijau terlebih dahulu tanpa minyak dan biarkan sejuk Gulung kulit popia guna straw. Hujung kulit popia sapu sedikit telur putih untuk melekatkan kulit popia supaya tidak terlerai  Seterusnya gunting kulit popia sepanjang 1 inci Goreng kulit popia sehingga kekuningan dan tos minyak terlebih dahulu Kemudian campurkan kulit popia dengan serbuk kacang hijau yang telah disangai serta masukkan gula dan gaul sehingga sebati. Resepi Popia Kacang Nestum Bahan-bahan Popia Kacang Nestum :
2 paket kulit popia saiz besar 1 batang straw Bahan Pelekat :
1 sudu besar tepung gandum 5 sudu besar air 1 kilo minyak masak untuk menggoreng Bahan Salut :
1 1/2 cawan kacang tanah (disangai dan dikisar halus) 1 cawan nestum (dikisar halus) 3/4 cawan gula halus 1/2 cawan susu tepung 1/4 sudu kecil garam Cara-cara buat Popia Kacang Nestum :
Ambil sekeping kulit popia dan tutup kulit popia yang selebih nya dengan kain tuala lembap supaya kulit popia tidak kering. Ambil straw dan letakkan di atas kulit popia tadi. (Tinggalkan sedikit bahagian straw keluar dari kulit popia supaya mudah untuk menarik keluar nya nanti.) Gulungkan kulit popia tersebut. Sebelum itu campurkan tepung gandum dan air untuk dijadikan gam. Sapu bahan pelekat di hujung kulit popia dan tutup rapat. Tarik keluar straw tadi. Buat hingga habis, gunting serong. Jika kulit popia masih terasa lembap kerana gam, jemurkan sekejap untuk mengeringkan nya. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil dan goreng kulit popia hingga masak. Angkat dan toskan minyak. Sementara itu sangai kacang tanah dan biarkan sejuk dahulu sebelum dikisar halus. Kisar juga nestum dan gula. Satukan bahan salut dengan sebati. kemudian gaul rata bersama kulit popia tadi, tampi-tampikan biar sekata. Simpan di dalam bekas kedap udara. Anda boleh mencuba ketiga-tiga resepi tersebut dirumah dan boleh juga dibuat bersama ahli keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan resepi popia kacang ini kepada rakan-rakan anda.
Soalan FAQs Resepi Popia Kacang Dimanakah boleh beli popia kacang? Popia kacang boleh dibeli di mana-mana kedai kek dan biskut atau kedai dalam talian seperti Shopee, Facebook, Lazada, dan sebagainya.
Berapakah harga popia kacang? Sebalang popia kacang berharga lebih kurang RM20 tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kuantiti popia kacang tersebut.
Bagaimana rasa popia kacang hijau? Popia kacang hijau mempunyai rasa yang sedap ditambah pula kulit popia yang rangup.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/resepi-popia-kacang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

Himpunan Resepi Sardin Telur Pecah Resepi Sahur Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 104 hits
Resepi sardin telur pecah Menyambut bulan puasa ramai yang mencari idea juadah sahur yang mudah cepat dan mengenyangkan untuk memulakan hari dengan tenaga berlebihan Himpunan ini menawarkan pilihan sajian ringkas yang pasti memuaskan selera...
Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya Aidilfitri 2024

Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri Dan Pantun Raya Aidilfitri 2024

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 289 hits
Himpunan Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Pantun Raya Aidilfitri 2024 4 Menjelang lebaran yang bakal menjelma pada 1 Syawal nanti pasti ramai daripada kita teringin untuk menyampaikan ucapan hari raya kepada keluarga sahabat yang jauh dan de...
Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya

Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 113 hits
Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya 10 merupakan resepi biskut yang tidak asing lagi apabila tiba hari raya Lebih lebih lagi hari raya Aidilfitri Biskut Mama Carey ini mempunyai rupa bentuk yang sangat cantik bersama salutan ...
Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

Himpunan Resepi Ayam Goreng Berempah Juadah Sahur Mudah Dan 5 Tips Ayam Goreng Crispy

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 94 hits
Resepi ayam goreng berempah Dalam dunia masakan yang kaya dengan pelbagai tradisi dan budaya terdapat sebuah hidangan yang telah memikat selera dan hati ramai orang iaitu Sebuah hidangan sederhana yang awalnya dimulakan oleh generasi terdah...
Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

Himpunan Resepi Ayam Kicap Pedas Guna 3 Bahan Mudah Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 112 hits
Tertanya tanya menu berbuka yang mudah tapi sedap dan mengenyangkan Jangan risau dengan Himpunan Resepi ini anda boleh menyediakan hidangan lazat hanya dengan 3 bahan mudah Ayam kicap sememangnya menu kegemaran ramai untuk waktu berbuka Ia ...
Himpunan Resepi Roti John Menu Iftar Mudah

Himpunan Resepi Roti John Menu Iftar Mudah

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 144 hits
Apabila waktu berbuka puasa menjelma ramai yang terpikat untuk menikmati menu yang mudah tetapi berkoordinasi dan mengenyangkan adalah antara pilihan tepat kerana ia mengandungi pelbagai unsur zat seperti karbohidrat protein sayur sayuran D...
3 Cara Edit Gambar Raya Aidilfitri Yang Mudah Dan Ringkas

3 Cara Edit Gambar Raya Aidilfitri Yang Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 18/3/2024 - jumlah : 120 hits
3 Cara Edit Gambar Raya Aidilfitri Yang Mudah dan Ringkas 32 Sempena menyambut 1 Syawal tahun 2024 nanti pasti ramai yang sedang mencari cari cara cara dan aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit gambar raya sendiri atau bersama keluar...
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 113 hits
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 16 Pada 1 Syawal keseluruhan umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri disambut bersempena kemenangan umat Islam yang berpuasa selama sebulan sepanjang di bulan...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Apakah Sebaik Baiknya Manusia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally