Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya
Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya 10
Resepi Biskut Mama Carey merupakan resepi biskut yang tidak asing lagi apabila tiba hari raya. Lebih-lebih lagi hari raya Aidilfitri. Biskut Mama Carey ini mempunyai rupa bentuk yang sangat cantik bersama salutan coklat putih di atasnya. Diserikan lagi dengan corak yang unik seperti corak bunga dan hati.
Walaupun cara penyediaannya agak rumit, namun biskut Mama Carey merupakan satu biskut yang amat berpuas hati jika sudah siap sepenuhnya. Oleh itu, buat anda yang ingin mencuba buat biskut Mama Carey, disini kami kongsikan resepi biskut Mama Carey yang mudah untuk disediakan.
Resepi Biskut Mama Carey Mudah
Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya 11
Apa itu Biskut Mama Carey?
Biskut Mama Carey adalah merupakan biskut yang sinonim dengan bentuk hati. Biskut ini kebiasaanya dibuat dengan acuan tepung yang dibentuk dengan bentuk hati serta di atasnya terdapat salutan putih. Diatasnya juga terdapat corak yang mewarnai biskut tersebut.
Biskut Mama Carey juga mempunyai tekstur yang lembut. Ianya akan mudah dinikmati oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.
Rasa dan Bentuk Biskut Mama Carey
Biskut Mama Carey mempunyai rasanya yang manis dan sedap kerana ianya diliputi cecair coklat koko atau coklat putih. Bentuknya juga mempunyai pelbagai jenis seperti bentuk hati, rama-rama, petak, corak dan lain-lain.
Biskut Mama Carey berbentuk segi empat tepat adalah sangat mudah untuk anda yang baru ingin mencuba resepi tersebut.
Penerangan Resepi Biskut Mama Carey
Resepi biskut Mama Carey bukan sahaja satu, namun ianya terdapat berbagai jenis resepi kerana ianya bergantung kepada jenis dan rupa bentuk biskut tersebut. Contohnya biskut Mama Carey ada yang berbentuk hati bersalut coklat putih.
Selain itu terdapat juga biskut Mama Carey yang berbentuk aiskrim dan bersalut coklat berwarna merah jambu dan kuning serta diserikan lagi dengan hiasan biji-biji manik.
Pembuatan biskut Mama Carey adalah berbeza-beza setiap orang mengikut citarasa tersendiri tetapi masih menggunakan bahan dan peralatan yang sama.
Resepi Biskut Mama Carey
Resepi Biskut Mama Carey Terkenal Biskut Hari Raya 12
Di sini, kami menyediakan resepi Biskut Mama Carey yang mudah untuk anda mencubanya sendiri di rumah.
Bahan-Bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan B – di ayak
260gm tepung gandum / red rose
50gm tepung jagung
50gm tepung susu
Aising Hiasan
1 biji putih telur
90gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
Hiasan : Coklat emulco / manik hundred thousand
Cara-cara Buat Biskut Mama Carey
Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Seterusnya, masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul hingga sebati.
Masukkan ke dalam bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Canai dan terap dengan acuan berbentuk hati atau mengikut citarasa masing-masing. Seterusnya, susun di dalam dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.
Bakar biskut setengah masak selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan paipkan aising hiasan, tabur dengan manik atau gunakan lidi kecil yang dicelup ke dalam coklat emulco dan buat lorekan (corak) diatas permukaan aising tadi.
Bakar semula selama 15 minit hingga masak.
Keluarkan dari oven dan rehatkan sekejap.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara. (supaya biskut tidak lemau)
Membuat Aising : Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula icing dan tepung jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan tidak menitik. Masukkan ke dalam piping bag dan paip ke atas permukaan biskut.
Selamat mencuba !
Soalan FAQs Resepi Biskut Mama Carey
Berapakah harga biskut Mama Carey?
Harga biskut Mama Carey lebih kurang RM25-RM30 per 40-45pcs. Namun ianya bergantung kepada kuantiti yang dijual
Dimanakah boleh beli biskut Mama Carey?
Anda boleh mendapatkan biskut Mama Carey di kedai-kedai bakery ataupun mana-mana platform lain seperti Shopee, Lazada, Facebook dan sebagainya.
Golongan manakah yang lebih berminat dengan biskut Mama Carey?
Biskut ini lebih banyak penggemarnya daripada golongan dewasa kerana biskut Mama Carey mempunyai tekstur yang lembut dan rasanya tidak terlalu manis. Namun begitu, biskut ini juga sesuai utuk dimakan seisi keluarga
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/resepi-biskut-mama-carey.html