10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 16
Pada 1 Syawal keseluruhan umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidilfitri disambut bersempena kemenangan umat Islam yang berpuasa selama sebulan sepanjang di bulan Ramadhan. Apakah amalan sunat Hari Raya Aidilfitiri yang dianjurkan oleh Islam untuk diamalkan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri? Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan amalan sunat Hari Raya Aidilfitri, solat sunat Aidilfitri, mandi sunat Aidilfitri dan takbir raya untuk bacaan umum.
Maksud Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri dalam bahasa Arab, عيد الفطر (ʿĪd al-Fiṭr) yang bermaksud ‘perayaan buka puasa’ disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri adalah bersempena kemenangan dan kejayaan umat Islam yang berpuasa dan mengawal hawa nafsu selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.
Dengan meraikan hari raya Aidilfitri, ia juga merupakan suatu ibadah jika amalan sunat hari raya tersebut dilaksanakan dengan betul dan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Banyak pahala boleh dikumpulkan jika kita mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari raya Aidilfitri.
Amalan-amalan Sunat Hari Raya
Antara amalan sunat Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:
Amalan Sunat Hari Raya1. Mandi Sunat Hari Raya2. Menjamah Makanan Sebelum Keluar Solat3. Memperbanyakkan Takbir4. Saling Mendoakan Antara Satu Sama Lain5. Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid6. Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri7. Menukar Jalan Ke Tempat Solat8. Memakai Pakaian Terbaik9. Saling Menziarahi dan Merapatkan Silaturrahim10. Puasa Sunat 6 Hari di Bulan Syawal
Cara Mandi Sunat Hari Raya
Disunnatkan umat Islam melakukan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi hari raya. Niat mandi sunat hari raya adalah seperti diterangkan di bawah. Lafaz niatnya adalah:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
Nawaitul Ghusla Li I’dil Fitri Sunnatallilahi Taa’la
Maksudnya: “Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.
Selesai sahaja mandi anda boleh bacakan doa ini ketika memakai baju:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan yang telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
Hadis Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidziy dan Ibnu Majah:
Tidak semestinya anda perlu memakai baju raya yang baru. Baju yang kemas dan bersih, sudah memadai untuk memperolehi ganjaran pahala, insyaAllah.
Imam Syafie pernah berkata: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”
Cara Takbir Hari Raya
Umat Islam adalah disunatkan untuk melaungkan takbir hari raya Aidilfitri setelah terbenam matahari pada malam hari raya bersamaan dengan masuk waktu maghrib pada 1 Syawal sehingga solat sunat Aidilfitri didirikan. Tujuan takbir hari raya dilaungkan adalah sama daripada satu sudut yakni mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya. Inilah syiar dan simbol agama Islam yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan Yang Maha Esa.
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 17
Cara Solat Sunat Aidilfitri
Berdasarkan hadis daripada Abi Sa’id al-Khudri yang terdahulu, solat hari raya disyariatkan secara berjemaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang merdeka atau hamba kecuali perempuan yang menghiasi diri atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja. Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 18
Antara cara mendirikan solat sunat Aidilfitri adalah seperti berikut:
Niat (sama ada bersendirian atau menjadi imam)
Takbiratul Ihram
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 19
Rakaat pertama
Lafaz Takbir 7 Kali (diselangi lafaz Tasbih)
Membaca Al-Fatihah
Membaca Surah Pilihan
Rukuk/Sujud/ Berdiri Semula
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 20
Rakaat Kedua
Lafaz Takbir 5 Kali (diselangi lafaz Tasbih)
Membaca Al-Fatihah
Membaca Surah Pilihan
Rukuk/ Sujud/ Salam
Doa
Sunat berkhutbah
10 Senarai Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri 21
Soalan FAQs Berkenaan Amalan Sunat Hari Raya
Bilakah umat Islam boleh menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri?
Waktu solat hari raya adalah antara tempoh terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari atau secara mudahnya jam 8.00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat zohor.
Bilakah takbir hari raya Aidilfitri boleh dilaungkan?
Takbir hari raya Aidilfitri boleh dilaungkan setelah terbenam matahari pada malam hari raya bersamaan dengan masuk waktu maghrib pada 1 Syawal sehingga solat sunat Aidilfitri didirikan.
Apakah antara amalan-amalan sunat hari raya Aidilfitri?
Mandi sunat hari raya Aidilfitri, memakai pakaian terbaik, menunaikan solat sunat hari raya, menziarahi keluarga dan jiran, memperbanyakkan takbir hari raya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/amalan-sunat-hari-raya.html