Nasi lemak sememangnya merupakan juadah ikonik Malaysia yang digemari semua kaum, sama ada Melayu, Cina mahupun India. Pada pandangan kasar, nasi lemak nampak senang untuk dihidang, hanya perlu masak nasi dan buat sambal. Namun bila cuba sendiri buat di rumah banyak yang tak kena! Itulah cabaran memasak nasi, pelbagai masalah timbul antaranya nasi tak cukup masak, lembik berketul atau cepat basi.
Apakah itu nasi lemak
Nasi lemak merupakan satu juadah tradisional yang terkenal dan sinonim dengan Negara Malaysia. Ia terdiri daripada nasi putih yang dimasak bersama santan kelapa yang mendapatkan tekstur yang lembut dan rasa yang sedap.
Kredit : Resepi nasi lemak
Bahan-bahan:
4 cawan basmathi
1 cawan santan
3 cawan air
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil minyak
1 batang serai – ketuk
1 ulas bawang merah – hiris
1½ inci halia – hiris
Sedikit perwarna hijau
Cara masak nasi lemak:
Beras dibasuh bersih kemudian rendam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dim 10 minit sahaja.
Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yang cik tie guna saiz sederhana. Kalau yg besar boleh kurangkan.
Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker.
Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Last sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.
Bahan-bahan sambal telur puyuh:
20 biji telur burung puyuh
3 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
15- 20 tangkai cili kering gemuk
1½ sudu makan asam jawa ditambah 3 sudu makan air
Sedikit belacan (jika suka)
1½ keping Gula nisan atau Gula kerek
Sedikit air jika perlu Garam secukup rasa.
Cara buat sambal telur puyuh:
Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap. Ketepikan
Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air.
Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit.
Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili dan bawang dengan minyak yang secukupnya. Bahagian ini jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana
Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.
Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama dan rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil.
Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.
Bahan untuk ayam crispy:
1½ ekor ayam – potong mengikut saiz yang disukai
14 sudu kecil serbuk bawang putih
1½ sudu kecil serbuk kunyit
14 sudu kecil serbuk cili
1½ sudu kecil tepung beras
1½ sudu kecil tepung ubi kentang atau tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
1 inci kunyit hidup
1/4 inci halia
3 batang serai
Cara masak ayam crispy:
Bahan yang ditumbuk kunyit, halia, serai ditumbuk menggunakan lesung sehingga lumat. Boleh masukkan sedikit garam semasa menumbuk supaya mudah lumat. Cik tie pernah guna blender tapi hasilnya lebih baik tumbuk guna lesung.
Di dalam mangkuk, letakkan ayam. Kemudian masukkan bahan tumbuk, berserta dengan serbuk bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili. Perasakan dengan garam secukup rasa. Perap ayam selama 30 minit.
Untuk goreng ayam, tambahkan tepung beras dan tepung ubi kentang. Jika tiada tepung ubi kentang gantikan dengan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Tujuan letak tepung supaya luar ayam jadi rangup dalamnya juicy.
Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam sehingga masak dan garing cantik.
Siap nasi lemak, boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng dan timun. Baunya memang wangi satu rumah.
Kredit : khadijah jaafar|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |