Udang Galah Masak Lemak Cili Api Vs Ikan Talapia Panggang Air Asam


 Assalamualaikum WBT
SEJAK kebelakangan ni Pak Inche dah rajin tapau nasi campur untuk makan tengahari di pejabat. Bila dah makan nasi siang, malamnya tu, dia tak mahu dah makan nasi, nak jaga kesihatan katanya. Tapi, dalam pada tu, terbabas jugak makan Nasi Lemak 🤭. Bila Pak Inche tak mahu makan nasi malam, biasanya kami pergi makan di luar la. 

Semalam, cakap dengan Pak Inche, kena jugak masak udang galah yang beli tahun lepas. Dah rupa kayu dah dalam freezer tu. Ikan talapia yang dibeli saing udang tu pun kalau letak sebelah papan, dah keliru, mana papan mana ikan 😆
Disebabkan hari tu dah masak Udang Galah Masak Sos ala Leban Chondong, kali ni kena ikut selera Tuan Tanah Kedaung la.. masak lemak cili api

Udang yang tinggal ni saiz sederhana, ada doblas ekor. Ada lagi saiz S, yang tu Sk asingkan, nak masak tomyam, hahaha. 
Udang Galah Masak Lemak Cili Api
12 ekor Udang Galah2" kunyit hidup*15 biji cili api* (*tumbuk bersama)2 batang serai diketuk1 keping asam gelugor3 helai daun limau purut1 kotak santan (250ml)Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Masukkan kunyit dan cili api yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama serai dan sedikit air, panaskan

2. Tambahkan 1/2 cawan air dan sesenduk santan. Kacau sebati hingga mendidih

3. Masukkan udang, biar ia berubah warna, terbalikkan

4. Tuang lagi santan kotak dan tambah air jika perlu agar tidak terlalu pekat atau cair. 
5. Masukkan asam gelugor, garam dan daun limau purut

6. Biar seketika, kemudian tutup api


Masa beli udang galah tu, Sk ngendeng ikan talapia ni sekor. Pak Inche kata, dia tak makan. Eh, tak apalah.. bonda nak makan. Pak Inche pun belikan sekor, alaaa.. baru RM7. Terbayang, sedapnya masak lemak cili api atau goreng berlado sekali Pak Inche boleh tanya, bila nak masak. Rupanya, dia pun nak jugak makan sekali. 

Tu la yang Sk kawankan talapia ni dengan udang. Sk fikir, lebih senang panggang jer cicah dengan air asam. Eh, macam tahu-tahu pulak Pak Inche, dia boleh tanya semalam, ada buat air asam tak? 
Talapianya Sk lumur garam kunyit jer kemudian panggang atas grill pan. Air asam pun memang ada bahan-bahan kat rumah tak payah singgah kedai dah. Cuma yang tak ada, budu, tu Sk ganti dengan belacan. Tapi, guna budu lagi sedap



Memang sherashi bersama la dua lauk ni. Dan memang betul abang jual ikan ni cakap, rasa talapia ni sedap, tak sama dengan rasa talapia kolam atau tasik kerana talapia ni hidup dalam air payau. Tak ada rasa hanyir atau berpasir langsung. Nampak gayanya memang kena repeat la beli ni nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/udang-galah-masak-lemak-cili-api-vs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Lemak Cili Api Ikan Pari Tuka

Masak Lemak Cili Api Ikan Pari Tuka

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 366 hits
MASAK LEMAK CILI API IKAN PARI TUKA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi MASIH LAGI HUJAN Empangan semberong telah dibuka Doa dan berharap yang baik baik Semoga Allah permudahkan urusan kita se...
Menu Lunch Kami Siput Sedut Masak Lemak Dan Asam Pedas Ikan Merah

Menu Lunch Kami Siput Sedut Masak Lemak Dan Asam Pedas Ikan Merah

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 252 hits
Menu Lunch Kami Siput Sedut Masak Lemak Dan Asam Pedas Ikan Merah Sekarang musim hujan rasa malas tu lebih teruk dari kebiasaan Terutamanya malas nak masak walau hujung minggu Dalam pukul 12 00 tengahari cari tudung kunci kereta dan mintak ...
Udang Galah Masak Sos Ala Leban Chondong

Udang Galah Masak Sos Ala Leban Chondong

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum WBTSELALU terliur tengok Che Mat Gebu masak Udang Galah Biasanya CMG masak lemak cili api taruk nenas Tapi Sk pernah sekali masak lemak cili api letak nenas dorang ni tak minat la pulak Tu tak pa yang utama kena beli udang d...
Batang Keladi Masak Lemak

Batang Keladi Masak Lemak

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 241 hits
Batang Keladi Masak Lemak Pagi ni nieyl bangun pagi je nampak mak nieyl tengah bersihkan batang keladi Batang keladi ni mak ambil dekat kebun je sebab nieyl memang suka makan batang keladi ni jadi ayah memang ada tanam beberapa pokok Bila d...
Asam Pedas Ikan Jenahak

Asam Pedas Ikan Jenahak

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum kita bertemu lagi Haa sebelum tu jangan lupa klik iklan di blog saya tau Bagi sokongan untuk saya terus ber blog Tidak seperti youtube di mana youtuber akan mendapat income sebaik anda masuk dan menonton video di channel mer...
Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 243 hits
Assalamualaikum semua apa khabar Entri pertama masakan untuk blog Azie Kitchen di dalam tahun 2024 Jangan lupa klik iklan yang keluar di bahagian atas blog tau Blog ni bukan macam youtube bila masuk jer youtube channel youtuber akan dapat d...
Aufahanie Tak Kekok Masuk Dapur Pandai Siang Ikan Amp Masak Sejak Usia 9 Tahun

Aufahanie Tak Kekok Masuk Dapur Pandai Siang Ikan Amp Masak Sejak Usia 9 Tahun

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 212 hits
Penyanyi meningkat naik Aufahanie atau nama sebenarnya Nur Aufahanie Mokhtar tidak kekok untuk melakukan kerja rumah terutama soal dapur lapor Hib Glam Aufahanie masak sejak kecil jaga adik beradik Dia yang juga peserta program nyanyian I C...
Udang Masak Simple Cicah Kicap Pedas Mahsuri

Udang Masak Simple Cicah Kicap Pedas Mahsuri

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum Selamat Petang UDANG MASAK SIMPLE CICAH KICAP PEDAS MAHSURI Harini anak anak dan suami ada aktiviti sampai petang di sekolah So Fiza dan Nur Dhia melepak di rumah mak Bila dah di rumah mak mak tak masak Selalunya dia mintak ...
Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Air Tangan Mak

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang Air Tangan Mak

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 192 hits
Minggu lepas berkesempatan balik kampung sempena cuti tahun baru Agak lama juga tak balik kampung lebih kurang 2 bulan Biasanya sebulan sekali gitu balik kampung Bila ada macam macam urusan begitulah jadinya Bila balik kampung bermacam maca...
Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fih Hockey Nations Cup 2025

4 Hari Guna Servis E Hailing Pengalaman Biasa Terbaik Dan Terburuk

Fasilitas Nuklir Diserang Iran Balas Tembakkan Rudal Balistik Kheibar Shekan

Petua Atasi Stres Kerja

4 Langkah Kecemasan Untuk Bantu Mangsa Tercekik Info Penting Untuk Semua

Cekodok Pisang Di London