Masak Lemak Cili Api Ikan Pari Tuka
MASAK LEMAK CILI API IKAN PARI TUKA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MASIH LAGI HUJAN. Empangan semberong telah dibuka. Doa dan berharap yang baik-baik. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua sekarang dan hari-hari akan datang. Aamiin.
Menu apa hari ni kawan-kawan. Ada beli ikan pari tuka. Toleh kanan.. eh tengok kiri, terasa pulak nak makan ikan pari masak lemak cili api. Masak pedas sikitlah sebab nak buka selera tu kan.. lagi satu bersantan ni kadang cepat muak tekak. Haa bila pedas, selera lebih sikit.
Sedapnya ikan pari bakar. Baharulah masak lemak cili api. Tak pun masak pecal ke kan.. haaa. Oleh kerana nak lemak cili api tumis. Ikan parinya PC goreng je laa. Mencabar juga nak pilih dan beli ikan pari ni. Salah pilih bau pesing. Terkencing ikan parinya tu. Pernah tersalah pilih dan beli. Menangis PC dibuatnya. Ya Allah. Masa beli bukan main belek, cium berkali-kali, sekali bila sampai rumah... haaaaa hancing pekat tak boleh bawa bincang.
Ikan pari ni ada banyak jenis. PC pun tak berapa tahu dan kurang faham nak bezakan. Asal nampak ikan pari, hahh ikan pari laa tu. Ikan Pari Tuka. Ikan Pari minyak. Ikan Pari Lang. Ikan Pari Daun. Ada beberapa jenis lagi yang PC tak ingat. Babah ada cakap juga. Mula-mula PC ingat ikan pari ni cuma sejenis je. Rupa-rupanya..
Hati-hati dengan ekor ikan Pari. Boleh menjadi asbab kematian juga. Walaupun nampak biasa-biasa sahaja. Lembut ikannya bila dimasak, tapi semasa hidup ia boleh jadi salah satu asbab mencedera dan membunuh orang. Hati-hati.
NOTA PC : berselera
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2024/01/masak-lemak-cili-api-ikan-pari-tuka.html