Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger Dan Cheese Platter Yang Memikat
Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk: Mini Beef Cheese Burger dan Cheese Platter Yang Memikat | Untuk artikel kali ni, saya nak berkongsi pengalaman menarik saya dan sahabat saya Moka sebagai peserta dalam pertandingan memasak bertemakan 'Cheese Platter' yang menggunakan pelbagai jenis keju dari brand Real California Milk
Untuk pertandingan ni, kami telah diberikan masa beberapa hari sebelum pertandingan untuk merancang dan mencipta menu kami. Kami berdua mengambil masa untuk mengkaji pelbagai jenis keju yang disediakan oleh Real California Milk. Keju-keju ini terkenal dengan kualiti dan rasa yang unggul, jadi kami tahu bahawa ia akan menjadi bahan yang sempurna untuk mencipta hidangan yang istimewa
Persediaan bahan-bahan masakan juga kami buat dengan teliti supaya tidak ada yang ketinggalan semasa hati pertandingan. Proses RnD menu utama kami juga dilakukan beberapa kali untuk kami betul-betul bersedia dalam pertandingan nanti
Pada hari pertandingan, kami tiba di TCH Foodworks yang terletak di Petaling Jaya dengan semangat yang tinggi. Setiap kumpulan yang bertanding hanya diberikan masa sebanyak 60 minit untuk menyediakan hidangan masing-masing. Dalam masa yang terhad ini, kami perlu mengatur masa dengan bijak dan berkerja dengan pantas dan efisien
Acara ini dimulakan dengan ucapan oleh wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat iaitu Timothy Harrison – Regional Agricultural Attache, Foreign Agricultural Service
Sebelum sesi pertandingan bermula, Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti menyampaikan info-info menarik dan penting tentang keju Real California Milk ini. Menurut beliau,
Chef Barbara“Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seseorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.”
Pertandingan Mencipta Cheese Platter
Menu utama yang kami hasilkan adalah Mini Beef Cheese Burger dengan patty homemade resipi dari kami sendiri yang sudah pastinya menggunakan keju dari Real California Milk di dalamnya. Kami memilih keju yang mempunyai rasa yang berbeza untuk memberikan dimensi rasa yang kaya pada hidangan. Patty homemade yang kami sediakan dengan teliti dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti untuk memastikan rasa dan tekstur yang sempurna
Selain itu, kami juga menyediakan Cheese Platter yang menjadi pelengkap kepada hidangan utama kami. Kami mengatur pelbagai jenis keju dari Real California Milk bersama dengan biskut, buah-buahan, mixnuts, dan peperoni ayam dan daging untuk memberikan variasi rasa dan tekstur pada hidangan. Kami ingin memastikan setiap hidangan yang kami hidangkan mempunyai elemen yang menarik dan lazat apabila dimakan bersama keju dari Real California Milk
Kami bekerja dengan beriringan dan saling membantu satu sama lain dalam menyediakan hidangan. Meskipun masa yang terhad, kami berjaya menghadirkan hidangan yang siap dalam masa yang ditetapkan. Setiap hidangan kami disusun dengan estetik yang menarik dan menonjolkan keunikan keju yang kami gunakan
Akhirnya, kami menyajikan hidangan kami kepada juri dengan lega. Rasa penuh harapan mengiringi setiap hidangan yang dihidangkan. Meskipun kami tidak memenangi tempat pertama, kami berjaya mendapatkan tempat kedua dan anugerah Cheese Plate Paling Instagrammable
Ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi kami. Kami melihatnya sebagai pengiktirafan kepada usaha kami dalam mencipta hidangan yang menarik dan menonjolkan keunikan keju yang kami gunakan
Pengalaman sebagai peserta dalam pertandingan ini memberikan peluang berharga untuk meningkatkan kemahiran memasak dan kreativiti dalam menggabungkan keju dalam hidangan. Kami juga belajar menguruskan waktu dengan lebih baik dan bekerja sebagai pasukan yang harmoni dan efisien
Melalui pengalaman ini, saya telah menemui keunikan keju sebagai bahan makanan yang serba boleh. Keju bukan sahaja memberikan rasa yang unik dan lezat kepada hidangan, tetapi juga memperindah penampilan visual. Kami juga lebih menghargai kualiti dan keunikan keju dari Real California Milk. Saya berharap pengalaman ini dapat menginspirasi peminat masakan dan penggemar keju lainnya untuk terus bereksperimen dan mencipta hidangan yang memukau dengan keju dari Real California Milk sebagai bahan utama
Untuk maklumat lanjut dan resipi, layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2023/05/hidangan-instagrammable-dengan-keju.html