Rangkaian Keju Dari Real California Milk
Real California Milk | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai keju dari Real California Milk dan juga pengalaman membuat cheese platter.
Real California Milk
Untuk makluman semua, Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California.
Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu – berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari.
Pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 – 2027). Tingginya nilai tersebut menggambarkan betapa gemarnya rakyat Malaysia terhadap keju.
Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California baru-baru ini menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, yang bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais kirim.
Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”.
3 jenis kejuKEJU TIRUAN
Diperbuat daripada susu bukan tenusu Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawit
KEJU ASLI
Diperbuat daripada susu 100% REAL CALIFORNIA MILKKEJU PROSES
Keju proses dihasilkan dengan memanaskan keju asli dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet – juga termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain.
Penghasilan Cheese Platter
Selain dari pengenalan kepada jenis keju dari Real California Milk, kami juga berpeluang untuk menghasilkan cheese platter menggunakan produk tersebut. Saya berasa cukup teruja bersama pasangan saya, Dikbee dalam menghasilkan cheese platter yang menarik.
Pelbagai jenis keju dicuba oleh kami dalam memastikan keju yang benar-benar sesuai untuk digunakan dalam menu kami. Setiap keju mempunyai menu yang cukup unik dan berbeza. Penggunaan keju yang sesuai bakal memberikan rasa yang cukup menyerlah dalam masakan.
Seleksi keju yang ada
Pelbagai bentuk dan warna, rasa juga berbeza
Menu kami pada kali ini adalah Cheese Tuna Canapés. Setelah mencuba pelbagai jenis keju, jadi kami memutuskan untuk menggunakan keju jenis Pepper Jack, Milk Cheddar dan Provolone. Rasa yang cukup sempurna.
Berikut adalah hasil airtangan kami.
Hasil cheese platter dari kumpulan kami
Para peserta bersama hasil airtangan masing-masing
Perkongsian Chef Barbara Alexander
Selain itu juga, diadakan sesi perkongsian dari Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti, telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar – Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza.
Menurut Chef Barbara, menu ringkas sebegini memang sesuai untuk dihasilkan dan dinikmati bersama keluarga.
Menurut Chef Barbara lagi, “Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seseorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.”
Pelbagai lagi khasiat dan maklumat menarik yang ada disediakan untuk anda. Untuk maklumat lanjut dan resipi, layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia.
The post Rangkaian Keju dari Real California Milk appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/rangkaian-keju-dari-real-california-milk/