Mini Beef Cheese Burger Menggunakan Keju Asli Real California Milk


Baru-baru ini, aku berpeluang untuk turut serta dalam Real California Milk Cook-off Challenge. Untuk cabaran kali ini, 10 team berentap yang mana setiap team dianggotai oleh 2 orang peserta. Setiap team perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu finger food dan cheese platter menggunakan keju asli dari Real California Milk. Nak tahu apa menu yang kami sediakan? Jom, check it out


Cook-off Challenge ni adalah platform terbaik untuk kami semua menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan mencipta sajian keju yang menggabungkan aneka keju Real California Milk dengan pelbagai bahan/ramuan masakan. Hasil ciptaan diadili berasaskan penyampaian dan kreativiti yang menampilkan keserbagunaan keju, kelazatan hidangan serta kesenangan menyediakan sajian


Kami diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan hidangan lengkap iaitu cheese platter berserta finger food yang akan menonjolkan penggunaan keju asli dari Real California Milk. Inilah hasil kesemua hidangan daripada 10 team yang bertanding. Team kami adalah Team 3. Macam cook-off challenge tahun lepas, tahun ini pun sparring partner aku adalah orang yang sama iaitu Mawardi


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa menu untuk cheese platter dan finger food kami. Untuk finger food, kami telah sepakat untuk mempertaruhkan Mini Beef Cheese Burger. Jujurnya, ini first time kami buat patty beef burger sendiri. Alhamdulillah, apa yang kami rancang semuanya dapat dilaksanakan dengan baik. Cuma part nak pilih keju tu tricky sikit. Memandangkan ni first time kami try keju asli dari Real California, jadi ambil masa sikit untuk pilih keju mana yang terbaik untuk dipadankan dengan patty beef burger kami. Finally, kami telah pilih Mozarella cheese untuk diletakkan dalam patty beef dan Cheddar Mild cheese untuk diletakkan di atas patty beef. 

Actually, kita boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”. 

Untuk perkongsian kali ini, aku nak share beberapa moments yang sempat dirakam sepanjang cook-off challenge berlangsung sebagai kenang-kenangan. Setiap kali aku join cook-off challenge, setiap kali itu lah aku nervous. Tapi, aku excited untuk join sebab dari situlah aku dapat belajar banyak benda especially dari Chef yang berpengalaman. Memang pengalaman dan kenangan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit. 

Cabaran utama untuk cook-off challenge adalah time management. 1 jam memang sekejap je bila kita kalut especially nak kena siapkan Mini Beef Cheese Burger dan kena buat cheese platter yang bila orang tengok sedap mata memandang. Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan hidangan yang kita sediakan mempunyai rasa yang sedap dan memenuhi citarasa para juri. Memang macam bersilat untuk siapkan hidangan ni. 

RESIPI MINI CHEESE BURGER
Bahan-bahan untuk patty burgerDaging cincang (400g)Garlic Powder (1 tsp)Paprika Powder (1 tsp)Mixed Herbs (1 tsp)Oregano Leaves (1 tsp)Blackpepper (1 tsp)Garam (1/2 tsp)Seasoning (2 tsp)Tepung Gandum (1 tsp)Telur (1 biji)Real California Milk Mozarella CheeseCara penyediaanHancurkan daging cincangMasukkan semua bahan-bahan (2-9) dan gaul sebatiAkhir sekali, masukkan sebiji telur dan gaul sebatiBiarkan patty burger selama 30 minitGentel bulat patty burger dan masukkan Real California Milk Mozarella Cheese di tengah-tengah sebelum dimasak]Bahan-bahan untuk Mini Beef Cheese BurgerBeef pattyReal California Milk Cheddar CheeseSaladTomatoTelur PuyuhSos SpecialCara penyediaanGrill beef patty tanpa menggunakan minyak untuk elak daripada daging hangitGuna api perlahan dan sentiasa balik patty burger untuk pastikan masak sekataLetakkan hirisan Real California Milk Cheddar Cheese di atas permukaan daging burger dan rejiskan sedikit air di tengah permukaan kulai. Tutup kuali seketika untuk pastikan cheese sedikit mencairHiriskan mini bun burger, sapukan sedikit butter dan letak sekejap atas permukaan kualiSapu sos special di permukaan roti, letakkan daun salad dan hirisan tomatoLetak beef patty yang telah dimasakLetak sebiji telur puyuh yang sudah dimasak dalam microwave selama 5-10 minitLetak sedikit sos special dan letakkan rotiCucuk lidi dari atas permukaan roti sehingga ke bahagian bawah roti mini burger untuk pastikan Mini Beef Cheese Burger stabil untuk platting
Setelah berhempas-pulas selama 1 jam di dapur, inilah hasilnya. Apa komen korang? Personally, kami rasa sangat berpuas hati dengan hasil yang telah berjaya kami hidangkan. Paling happy bila dapat hasilkan Mini Beef Cheese Burger yang juicy, sedap dan tampak eksklusif


Untuk cheese platter pula, kami gunakan aneka jenis seperti tomato cheery, strawberry, blueberry, mangga, mix-nuts, kepingan ayam dan daging paperoni serta biskut. Tips untuk menghasilkan cheese platter yang menarik adalah dengan meletakkan komponen yang besar dahulu especially kepingan cheese, tomato cherry dan buah-buahan. Last sekali baru penuhkan plate dengan mix-nuts. Satu lagi tips, pastikan warna antara bahan yang disusun secara sebelah-menyebelah adalah mempunyai warna yang kontra. Tips ni aku dapat selepas cook-off challenge hasil pertanyaan kepada Chef yang berpengalaman. 

Selesai sudah tugasan kami, seterusnya tibalah masanya untuk setiap hidangan diadili oleh semua juri professional yang ada. Mula-mula, kami kena present konsep hidangan yang telah kami sediakan. Time ni kita just explain tentang cheese mana yang kita pilih, apa kelebihan hidangan kita dan konsep yang cuba kita ketengahkan. 


Selepas sesi presentation, kami dah lega dan boleh proceed untuk makan tengah hari. Sementara itu, judges meneruskan tugasa mereka untuk mencuba semua hidangan. Untuk kali ini, mereka akan adili dari segi rasa dan keenakan hidangan pula. Pendek kata, hidangan kena cantik dan menarik, dalam masa yang sama mestilah sedap dan memenuhi citarasa para juri. Apakah keputusannya? Nantikan di akhir arikel. Jeng jeng jeng


Selain cook-off challenge, kami juga diberi pendedahan tentang produk Real California Milk. Real California Milk telah melancarkan rangkaian keju asli mereka di pasaran Malaysia. Sajian berkeju jarang sekali ditolak oleh rakyat Malaysia. Malah, keju boleh dikatakan makanan pembuka selera kegemaran ramai. Kini terdapat lebih banyak produk yang mengandungi keju dan pelbagai pilihan keju di pasaran. Pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 - 2027). Personally, aku sendiri memang suka keju. Kalau jumpa makanan yang berasaskan keju, memang excited nak try


Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California baru-baru ini telah menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, yang bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais krim. 

Wakil CMAB di Malaysia iaitu Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Semua keju ini sungguh lazat dan boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam kehidupan seharian. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka. 
Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gusmembuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli. Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara. Eddie Saw, Wakil CMAB Malaysia

Cook-off Challenge yang membabitkan 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan di Malaysia telah diadakan baru-baru ini untuk mengetengahkan kelainan dan kualiti produk tenusu dan keju California, terutamanya yang memaparkan cap dagangan “Real California Milk”. 


Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti, telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar iaitu Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza. Seperti yang dikongsikan oleh Chef Barbara, resipi mudah untuk disediakan ini sangat popular dalam kalangan penduduk Asia, terutamanya untuk dihidangkan di majlis keramaian bersama keluarga dan juga untuk menyediakan sajian segera apabila kesuntukan masa. 

Satu auns keju semula jadi, seperti Cheddar, Jack, atau Mozzarella, mengandungi kira-kira 20% daripada keperluan kalsium harian yang disyorkan bagi seorang dewasa. Mereka yang sensitif kepada laktosa, atau tidak boleh ambil laktosa, masih boleh menikmati keju jika mereka pilih jenis keju keras semula jadi (proses penuaan) atau keju matang lembut, yang mengandungi sedikit atau tiada laktosa.Chef Eksekutif Bertauliah, Barbara Alexander
 

Selain itu, Chef Barbara juga telah membuat demonstrasi untuk beberapa resipi berasaskan Keju Asli Rea California Milk. Untuk pengetahuan semua, ada 3 jenis keju iaitu Keju Tirauan, Keju Asli dan Keju Proses

KEJU TIRUAN Diperbuat daripada susu bukan tenusu Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawitKEJU ASLIDiperbuat daripada susu 100%  seperti REAL CALIFORNIA MILK
KEJU PROSES Keju proses yang dihasilkan dengan memanaskan keju asli dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain

Untuk maklumat lanjut dan resipi berasaskan keju, korang boleh kunjungi www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia

Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. 
Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari. 

Keputusan Cook-off Challenge Rela California Milk
Okey, sekarang kita dah sampai di kemuncak program iaitu keputusan Cook-Off Challenge. Berikut merupakan keputusan penuh untuk Top 3 Real California Milk Cheese Platter Cook-off Challenge 
Tempat ke-3Kelly & Ivy

Tempat ke-2Mawardi & MoKA

Tempat PertamaShamiera & Kak Min

Tahniah kepada semua pemenang dan tak dilupakan kepada semua peserta. We did our best! Sekarang, masing-masing dah jadi pro macam mana nak sedikaan cheese platter. Alhamdulillah untuk peluang dan pengalaman yang diberikan


Walaupun aku tak pandai sangat memasak dan kurang ilmu dalam bidang kulinari, tetapi passion aku dalam memasak telah membuka jalan untuk aku pergi ke tahap ini. Tak sangka, dulu suka-suka masak dan ambil gambar untuk post di sosial media, sekarang dah start join cook-off challenge untuk cari pengalaman dan timba ilmu pengetahuan dalam bidang kulinari. InshaAllah, kalau ada rezeki dan diberi peluang, aku nak pursue dalam bidang kulinari. Mana tahu kan, di masa akan datang boleh buka cafe sendiri. Berangan itu kan percuma :) Apapun, doakan yang baik-baik semoga segalam impian dan cita-cita kita semua tercapai. Amin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2023/05/mini-beef-cheese-burger-menggunakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger Dan Cheese Platter Yang Memikat

Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger Dan Cheese Platter Yang Memikat

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 229 hits
Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger dan Cheese Platter Yang Memikat Untuk artikel kali ni saya nak berkongsi pengalaman menarik saya dan sahabat saya sebagai peserta dalam pertandingan memasak be...
Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk

Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 202 hits
Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk Assalamualaikum semua Bila sis mendapat jemputan untuk pertandingan sajian Cheese Platter terus sis terima kerana sis ingin mencabar diri sendiri dalam pertandingan in...
Rangkaian Keju Dari Real California Milk

Rangkaian Keju Dari Real California Milk

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 238 hits
Real California Milk Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai keju dari Real California Milk dan ...
Real California Milk Unveils Authentic Cheese Range Amidst A Growing Malaysian Cheese Market

Real California Milk Unveils Authentic Cheese Range Amidst A Growing Malaysian Cheese Market

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 188 hits
Malaysian Lifestyle Influencers Concoct Kaleidoscopic Cheese Platters Malaysian hearts would melt at the mention of cheese There are now more food offerings containing cheese and increasing different varieties of cheeses available in the ma...
Kek Mini Strawberry Oreo Cheese Rasa Masam Manis Lemak Yang Sebati

Kek Mini Strawberry Oreo Cheese Rasa Masam Manis Lemak Yang Sebati

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 401 hits
Nak buat kek yang sedap tapi tak renyah ni sebenarnya banyak je resipinya Resipi kek mini Strawberry Oreo Cheese yang bakal saya kongsikan di bawah ni sangat mudah dan anak anak di rumah pasti suka Resipi penuh yang telah dikongsikan oleh n...
Apex Court Grants Orang Asli Tribe Leave To Appeal Over Building Of Dam

Apex Court Grants Orang Asli Tribe Leave To Appeal Over Building Of Dam

papar berkaitan - pada 11/5/2023 - jumlah : 175 hits
The Orang Asli settlers of Ulu Geruntum in Gopeng are appealing to the Federal Court to restore an interim injunction to prevent the construction of a dam PUTRAJAYA The Federal Court has granted a group of Orang Asli leave to appeal in thei...
Resepi Kek Keju

Resepi Kek Keju

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 177 hits
Kek Keju Bahan bahan diperlukan 250g Philadelphia cream cheese50g mentega tanpa garam80g gula halus3 biji telur asingkan kuning dan putih80cc fresh cream2 sudu kecil jus lemon40g tepung roti40g dry fruitsedikit gula aising untuk hiasanCara ...
Alita Battle Angel 2 Akan Menggunakan Teknologi Avatar 2

Alita Battle Angel 2 Akan Menggunakan Teknologi Avatar 2

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 177 hits
Alita Battle Angel 2 kini sedang proses pembangunan dan kemaskini mengenai sekuel yang dinantikan itu agak perlahan dan kurang diketahui peminat Namun penerbitnya Jon Landau memberikan perkembangan menarik apabila memberitahu wartawan bahaw...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat