Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk


Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk | Assalamualaikum semua.. Bila sis mendapat jemputan untuk pertandingan sajian 'Cheese Platter', terus sis terima kerana sis ingin mencabar diri sendiri dalam pertandingan ini. Bukan tu je, sebagai penggemar cheese of course sis juga ingin mengetahui lebih mendalam mengenai jenis-jenis keju kerana pertandingan ini bukan sekadar mencari pemenang tetapi peserta juga akan didedahkan dengan sedikit ilmu mengenai cheese. 

Sebelum sis cerita mengenai pengalaman sis semasa pertandingan, izinkan untuk sis bercerita serba sedikit mengenai cheese (keju). Seperti yang kita semua maklum, sajian yang menggunakan keju telah mula digemari rakyat Malaysia. Bukan setakat menu western, malah ada juga menu tempatan yang telah dicampurkan dengan keju. Atas permintaan menu berkeju yang semakin digemari ramai, pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 - 2027). 

Untuk pengetahuan korang, Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu – berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari. 
 
3 jenis keju👉 KEJU TIRUAN * Diperbuat daripada susu bukan tenusu * Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawit
👉 KEJU ASLI* Diperbuat daripada susu 100%  * REAL CALIFORNIA MILK
👉 KEJU PROSES * Keju proses dihasilkan dengan memanaskan keju asli  dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet – juga termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain


Oh ya.. semasa hari pertandingan tempoh hari kami turut mendengar penerangan dari Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California. Baru-baru ini pihak CMAB menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. 

Aha, tahu tak bahawa terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais kirim. Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”.   

Menurut wakil negara Malaysia bagi CMAB Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Semua keju ini sungguh lazat dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam sehari. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka
 “Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gus membuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli.  Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara,”~ Mr Eddie Saw, wakil negara Malaysia bagi CMAB ~
Semasa hari pertandingan, kami juga berbesar hati bila dapat berjumpa dan berkenalan dengan Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti. Beliau juga merupakan salah seorang juri yang akan menilai sajian cheese platter kami tau. Tapi best la berjumpa dengan beliau. Kelakar dan happening orangnya. 

Beliau banyak memberi info dan tips mengenai keju yang akan kami gunakan dalam pertandingan nanti. Beliau juga telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar – Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza.

Untuk pertandingan ini, seramai 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan (Food & Lifestyle KOLS) di Malaysia telah menyertainya dan dibahagi kepada 10 kumpulan. Kali ini sis bersama partner sis iaitu Amir Nawawi telah menyediakan pelbagai bahan tambahan kepada Cheeese Platter kami sebelum hari kejadian. 

Cuma cheese sahaja yang kami tak beli sebab disediakan oleh pihak penganjur iaitu Real California Milk. 6 cheese yang disediakan untuk setiap kumpulan adalah Montery Jack Sliced, Cheddar Mild Chunk, Cheddar Sharp Chunk, Pepper Jack Chunk, Colby Jack Chunk, Mozarella Slices, Provolone Slices, Fiscalini Smoked Cheddar, Point Reyes Blue Cheese, Sierra Nevada Traditional Jack dan Vintage Gouda


Bila pertandingan bermula je, apalagi.. Semua pempengaruh media sosial telah menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan mencipta sajian keju yang menggabungkan aneka keju Real California dengan pelbagai bahan/ramuan masakan. Masa yang diberikan cuma satu jam untuk menghasilkan Cheese Platter kami. 

Nampak mudah tapi cabarannya adalah Cheese Platter kami perlu ada at least 1 menu Food Finger yang menggunakan cheese sebagai salah satu bahan. Untuk team sis, kami decide untuk sediakan Cheese Tuna Canapes.

Tadaaa.. ini lah hasil dan rupa Cheese Platter Team sis bersama Amir Nawawi. Cantik tak?? Hasil ciptaan diadili berasaskan penyampaian dan kreativiti yang menampilkan keserbagunaan, kelazatan dan kesenangan menyediakan sajian masing-masing. Tapi tu la, mungkin ada kekurangan dalam sajian kami jadi kami tak berjaya memenangi hadiah. Tapi takpe, dapat siapkan dalam tempoh yang diberi dan dapat melihat hasil Cheese Platter yang cantik ni pun sis dah puas hati dah. Tahniah buat semua pemenang dan terima kasih Real California Milk atas peluang yang diberikan kepada kami. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Real California Milk dan juga resipi enak berasaskan keju, boleh layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2023/05/cheese-platter-real-california-milk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mini Beef Cheese Burger Menggunakan Keju Asli Real California Milk

Mini Beef Cheese Burger Menggunakan Keju Asli Real California Milk

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 263 hits
Baru baru ini aku berpeluang untuk turut serta dalam Real California Milk Cook off Challenge Untuk cabaran kali ini 10 team berentap yang mana setiap team dianggotai oleh 2 orang peserta Setiap team perlu menyediakan sekurang kurangnya satu...
Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger Dan Cheese Platter Yang Memikat

Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger Dan Cheese Platter Yang Memikat

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 182 hits
Hidangan Instagrammable Dengan Keju Real California Milk Mini Beef Cheese Burger dan Cheese Platter Yang Memikat Untuk artikel kali ni saya nak berkongsi pengalaman menarik saya dan sahabat saya sebagai peserta dalam pertandingan memasak be...
Rangkaian Keju Dari Real California Milk

Rangkaian Keju Dari Real California Milk

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 141 hits
Real California Milk Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai keju dari Real California Milk dan ...
Real California Milk Unveils Authentic Cheese Range Amidst A Growing Malaysian Cheese Market

Real California Milk Unveils Authentic Cheese Range Amidst A Growing Malaysian Cheese Market

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 147 hits
Malaysian Lifestyle Influencers Concoct Kaleidoscopic Cheese Platters Malaysian hearts would melt at the mention of cheese There are now more food offerings containing cheese and increasing different varieties of cheeses available in the ma...
Sarawak Cipta Apps Pantau Buaya Secara Real Time Sekali Lain Pula Netizen Komen Buaya Darat Pun Termasuk Ke

Sarawak Cipta Apps Pantau Buaya Secara Real Time Sekali Lain Pula Netizen Komen Buaya Darat Pun Termasuk Ke

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 197 hits
Sarawak cipta apps pantau buaya secara 8216 real time 8217 sekali lain pula netizen komen 8216 buaya darat pun termasuk ke 8217 Perbadanan Perhutanan Sarawak sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd bagi memban
Hiburan Real Life Princess Ramai Terpegun Tengok Kecantikan Anak Perempuan Que Haidar Netizen Persoal Gelaran Ym

Hiburan Real Life Princess Ramai Terpegun Tengok Kecantikan Anak Perempuan Que Haidar Netizen Persoal Gelaran Ym

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 98 hits
Pelakon telah mendapat perhatian orang ramai selepas berkongsi foto memaparkan dua anak perempuannya YM Tengku Ratu dan YM Tengku Cleopatra menerusi laman Twitter baru baru ini Menerusi ciapan tersebut Que atau nama sebenarnya YM Tengku Isk...
Resepi Kek Keju

Resepi Kek Keju

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 135 hits
Kek Keju Bahan bahan diperlukan 250g Philadelphia cream cheese50g mentega tanpa garam80g gula halus3 biji telur asingkan kuning dan putih80cc fresh cream2 sudu kecil jus lemon40g tepung roti40g dry fruitsedikit gula aising untuk hiasanCara ...
Couple Jailed 1 Year For Stealing 20 Boxes Of Baby Milk

Couple Jailed 1 Year For Stealing 20 Boxes Of Baby Milk

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 105 hits
The Melaka magistrates court ordered the couple s jail sentence to commence from the date of their arrest which was on Feb 16 PETALING JAYA The Melaka magistrates court has sentenced a husband and wife to 12 months jail for stealing 20 boxe...
Why Are Whirlpool Baths Much More Popular Today Their Real Benefits

Why Are Whirlpool Baths Much More Popular Today Their Real Benefits

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 244 hits
When it comes to all things new and popular in Swindon there s one bathroom element that is indeed making waves among homeowners and you d be surprised to know that the latest design and style The post appeared first on
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional