Hiburan Teringin Ke Pulau Belitung Tapi Tak Tahu Macam Mana Baca Perkongsian Ini


Ada yang pertama kali mendengar tentang Pulau Belitung ke? Kat mana tu? Jika anda pernah menonton filem box office di seluruh dunia pada suatu masa dulu yang bertajuk ‘Laskar Pelangi’, pasti tahu tentang kewujudan Pulau Belitung ini.


Apa istimewanya Pulau Belitung ini?
Pulau Belitung merupakan sebuah pulau yang terletak di pantai timur Sumatera, Indonesia. Menariknya, di Pulau Belitung itu sendiri, terdapat ratusan pulau-pulau kecil yang kita boleh lihat dari dalam pesawat.

Tahukah anda Pulau Belitung merupakan salah satu nama “Siput Laut”. Pulau ini juga menyerupai kepala manusia dimana terdapat sebuah lagenda yang mengatakan pulau ini adalah bahagian utara Pulau Bali yang terputus dan hanyut.
Di Pulau Belitung, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh anda semua dari island hopping dan snorkeling, malahan anda juga boleh menghayati semangat kehidupan ‘Laskar Pelangi’ di daerah Belitung Timur.
Kepada anda yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pasti tahu pulau ini. Pulau ini sangat sinonim dengan cerita Laskar Pelangi yang pernah popular di Indonesia pada 2008.
Jika dilihat, kesemua lokasi penggambaran dan scene atau view filem tersebut memang sangat-sangat cantik, tenang dan damai sahaja.


Jom kami kongsikan kepada anda tempat-tempat yang menarik wajib dikunjungi di Pulau Belitung selama 3 hari 2 malam.
Hari Pertama:
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Belitung mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Untuk makluman, AirAsia beroperasi 4 hari dalam seminggu ke sana.
Namun bagi kami, jadual waktu penerbangan yang disediakan oleh AirAsia adalah terbaik untuk anda iaitu pada jam 11 pagi waktu Malaysia. Dimana, anda akan tiba di Pulau Belintung pada 11.45 pagi waktu Indonesia. Senanglah anda untuk berjalan-jalan selepas daftar masuk ke hotel kan?
Port Foto “Insta-Worthy” di Belintung
Zaman sekarang rata-rata dari kita memang suka mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam media sosial semasa bercuti. Jika anda ke Pulau Belitung pastinya anda akan melawat beberapa lokasi pengambaran Laskar Pelangi yang amat cantik dari faktor geografi yang dikelilingi lautan.
SD Muhammadiyah

Tempat wajib pergi jika anda ke Pulau Belitung. Di sini anda dapat melihat replika sekolah Laskar Pelangi iaitu SD Muhammadiyah. Lokasi utama penggambaran ini terletak di bahagian timur Pulau Belitung, di pekan Gantong.
Instagram: iamhendraw
Instagram: anasalamfaizli

Dermaga Kirana
Instagram: ihsanhaqiqi
Dermaga bermaksud pelabuhan kecil atau jeti kecil yang menjadi tempat letak bot. Manakala Kirana adalah bersempana nama danau di Danau Kirana.
Instagram: rikardo.doni
Dermaga Kirana juga dipanggil sebagai rumah rotan kerana seluruh reka bentuk hiasannya diperbuat daripada rotan asli. Spot pelancongan yang hipster dan baru betul-betul terletak berhadapan sekolah SD Muhammadiyah.
Instagram: rikardo.doni
Muzium Kata Andrea Hirata
Instagram: iamhendraw
Bagi peminat industri penulisan dan sastera, pasti kenal dengan penulis bernama Andrea Hirata. Beliau adalah seorang penulis untuk karya agung Laskar Pelangi.
Instagram: raymond_solotraveller
Filem Laskar Pelangi adalah diinspirasikan daripada sebuah novel. Muzium Kata Andrea Hirata ini merupakan muzium puisi dan penulisan kesusasteraan pertama di Indonesia.
Instagram: ssluzf
Instagram: ssluzf
Instagram: aaeggy
Pantai Tanjung Tinggi
Instagram: alam.desaku
Dalam babak filem Laskar Pelangi, kelihatan kanak-kanak sedang berlari-lari keriangan di celah-celah batu besar di tepi pantai. Jadi anda juga berpeluang untuk singgah ke lokasi pengambaran  filem di Pantai yang dipenuhi dengan batu-batu granit putih dan besar.
Instagram: rio_is_here
Pantai Tanjung Pendam
Instagram: sebastienbaudry
Instagram: goezda
Untuk menikmati suasana matahari terbenam, Inilah tempatnya iaitu Pantai Tanjung Pendam. Pantai ini bukan tempat mandi-manda, air lautnya pun surut sahaja. Ianya sangat sesuai untuk anda mengambil gambar bertemankan suasana yang tenang tanpa gangguan.
Instagram: amaguci
BONUS: Setelah penat berjalan seharian, apa kata anda singgah makan ke Makan Raja Seafood Belitung. Jika anda ke Pulau Belitung terdapat banyak restoran makanan laut jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati makan laut yang segar.

Hari Kedua:
Maldives of Indonesia (Tour Island)
Buat para pencinta laut dan pulau, Pulau Belitung dikelilingi oleh ratusan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Apa yang lebih menarik, Belitung telah mendapat gelaran ‘Maldives of Indonesia’ kerana keindahan warna dan kejernihan air lautnya.
Pantai Tanjung Kelayang
Instagram: amazing_belitung
Pantai Tanjung Kelayang adalah bersempena nama sejenis burung yang sering terlihat berterbangan di langit sekitar pantai, iaitu burung kelayang. Ianya terletak tidak jauh dari bandar Tanjung Pandan, iaitu sekitar 27km sahaja. Ia juga terkenal sebagai tempat ‘pelabuhan kecil’ untuk para pelancong menaiki bot untuk aktiviti island hopping di sekitar Pulau Belitung.
Pulau Batu Garuda
Instagram: evylia22
Semasa aktiviti island hopping di Pulau Belitung anda akan singgah ke Pulau Batu Garuda yang tidaklah jauh dari Pantai Tanjung Kelayang. Pulau batu Garuda diberi nama tersebut kerana batu-batu di sana berbentuk seperti kepala burung garuda, burung kebanggaan Indonesia.
Pulau lengkuas

Pulau yang paling popular di Belitung adalah Pulau Lengkuas. Dimana anda akan melihat rumah api tertua di Belitung. Rumah api ini juga masih beroperasi dari tahun 1800-an sehingga sekarang.

Pulau Batu Belayar
Instagram: hazanabdullah
Pulau Batu Belayar adalah pulau yang sangat kecil. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa batu granit yang tegak berdiri.

Pulau Batu Berlayar adalah sangat unik. Anda akan disajikan dengan pemandangan batu-batu granit berukuran besar yang berdiri menjulang ke atas. Batu-batu ini berdiri diatas pulau berpasir putih yang lembut dan dikelilingi air laut yang biru.

Pulau Kepayang
Selalunya ketika aktiviti island hoping anda pasti akan lapar kerana seharian snorkeling. Jadi, jangan risau, di Belitung terdapat satu spot khas untuk berhenti makan tengah hari iaitu di Pulau Kepayang. Di Pulau Kepayang bukan sahaja terdapat restoran, tetapi anda juga boleh mengunjungi resort dan pusat pemuliharaan penyu.

BONUS: Bagi food hunter pula, anda wajib cuba Mee Belitung dan air es jeruk kunci. Kedua-duanya adalah ikon hidangan di Belitung.

 Apa yang menariknya, mi Belitung akan dihidangkan di atas daun simpor. Daun simpor adalah sejenis daun hijau yang lebar, dan hanya ada di Pulau Belitung sahaja.

Manakala air es jeruk kunci ialah (Es = Ais, Jeruk = Limau) adalah ala-ala air limau ais. Tetapi di Pulau Belitung ini mereka meng gunakan limau khas yang popular di sini.  Jeruk kunci namanya.
Hari ketiga:
Selalunya sebelum pulang, pasti anda semua akan membeli ole-ole sebagai kenangan dari negara yang dikunjungi. Seperti kebiasanya jika anda ke Indonesia, ole-ole yang wajib anda beli kepada rakan-rakan dan ahli keluarga semestinya snek makanan tradisional.

Jadi singgahlah dahulu ke Pondok Kelapa. Ia adalah sebuah kedai ole-ole yang dibahagikan kepada beberapa department. Ada bahagian kerepek, baju, topi dan macam- macam lagi! Pasti rambang mata untuk beli ole-ole.

Jadi singgahlah ke Pondok Kelapa sebelum pulang ya!
Percutian 3 hari anda di Pulau Belitung pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.
AirAsia kini terbang ke Pulau Belitung 4 kali seminggu bermula 2 Oktober 2019 hingga 28 Mac 2020 dengan harga ahli Big iaitu RM79 sehala. Bayar dengan Bigpay untuk sifar yuran pemprosesan.
Tempoh Penempahan : 19 Ogos 2019- 25 Ogos 2019
Tempoh Penerbangan : 2 Oktober 2019- 28 Mac 2020
Mungkin anda sudah jatuh cinta dengan Pulau Belitung. Maklumat lanjut layari www.airasia.com.
Percutian 3 hari anda di Pulau Belitung pasti akan menjadi satu percutian yang berbaloi-baloi, lebih-lebih lagi apabila anda terbang bersama AirAsia.




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.superpantas.com/2019/08/hiburan-teringin-ke-pulau-belitung-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan Hati Hati Pilih Nama Anak Ikut Panduan Ini

Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan Hati Hati Pilih Nama Anak Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 454 hits
Bila tahu jantina bayi dalam kandungan mama papa pun akan menyediakan senarai nama pilihan untuk bayi bakal lahir Sedap sekali bunyinya tapi adalah ia mempunyai maksud yang baik Nama diibaratkan doa yang akan diulang sebut boleh mempengaruh...
Macam Mana Nak Apply Kerja Istana Netizen Teruja Tunku Azizah Kongsi Menumasakan Buat Pekerja Istana

Macam Mana Nak Apply Kerja Istana Netizen Teruja Tunku Azizah Kongsi Menumasakan Buat Pekerja Istana

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 587 hits
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah sangat terkenal dengan keperibadian yang cantik bijak dan pandai memasak Permaisuri juga dikatakan sebagai seorang yang cekap dalam selok belok tentang masakan dan menge...
Rm20 Je Dalam Kocek Nampak Macam Gempak Tapi Tengah Tahan Sebak

Rm20 Je Dalam Kocek Nampak Macam Gempak Tapi Tengah Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 271 hits
RM20 je dalam kocek Nampak macam gempak tapi tengah tahan sebak Setiap kali bawa isteri dan anak anak membeli belah si suami pasti risau sekiranya duit tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka Bagi Mohd Hairie Bakri dia hanya berbeka...
Hiburan Yang Mana Satu Lebih Elok Makan Di Luar Atau Masak Sendiri

Hiburan Yang Mana Satu Lebih Elok Makan Di Luar Atau Masak Sendiri

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 408 hits
Zaman sekarang ramai diantara kita semua memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri di rumah kerana tidak cukup masa dan penat berkerja satu hari Selain itu kehadiran gerai dan restoran di setiap ceruk malah ada yang beroperasi 24...
Yang Kena Sekatan Ceramah Sebab Berbeza Pandangan Politik Macam Mana Pulak

Yang Kena Sekatan Ceramah Sebab Berbeza Pandangan Politik Macam Mana Pulak

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 489 hits
DZN disekat supaya dapat menenangkan keadaan dan tidak berlaku perkara tidak diingini berlaku Malaysia masih terselamat dengan adanya akta hasutan tetapi tidak dipraktikkan dan juga akta POCA dan POTA yang amat berguna dalam situasi ini Jik...
Hiburan 5 Gosip Paling Pedas Macam Cili Padi Dari Januari 2019 Sehingga Jun 2019

Hiburan 5 Gosip Paling Pedas Macam Cili Padi Dari Januari 2019 Sehingga Jun 2019

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 306 hits
Pejam celik pejam celik kita sudah pun berada di bulan Ogos untuk tahun 2019 ini Fuh Pantas sungguh masa berlalu kan Sepanjang tahun ini macam macam telah terjadi di dunia selebriti Malaysia Ada selebriti yang kahwin ada yang bercerai ada y...
Order Nasi Ayam Berempah Tapi Mana Ayam Berempahnya

Order Nasi Ayam Berempah Tapi Mana Ayam Berempahnya

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 922 hits
Bila malas nak masak bukan malas ikutkan tapi bahan bahan dalam peties dah kosong kosong kosong haha besa la nak hujung bulan ni clear la peties kat rumah tu ate semalam dah tak ada apa nak masak moh la order kat food panda as usual K fiezz...
Mira Filzah Teringin Nak Watak Aksi Tapi Bertudung Pula

Mira Filzah Teringin Nak Watak Aksi Tapi Bertudung Pula

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1231 hits
Mira Filzah dah bosan asyik dapat watak sama je so dia pun teringin nak bawa watak aksi pula tetapi disebabkan dia bertudung dia membatalkan niatnya sebab tak sesuai pegang watak aksi Saya ada juga keinginan untuk memegang watak yang perlu ...
Anak Anak Hanya Pinjaman Sekejap Saja Masa Dengan Kita Penat Macam Mana Pun Saya Tetap Akan Masak Buat Lima Anak Saya

Anak Anak Hanya Pinjaman Sekejap Saja Masa Dengan Kita Penat Macam Mana Pun Saya Tetap Akan Masak Buat Lima Anak Saya

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 334 hits
Penatnya menjadi isteri dan ibu kepada anak anak Itulah rungutan ibu ibu bekerja Balik sahaja ke rumah cepat cepat bergegas mengeluarkan barang basah untuk siapkan makan malam untuk anak anak Inilah rutin ibu bekerja Demi menjimatkan kos se...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers