Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan Hati Hati Pilih Nama Anak Ikut Panduan Ini
Bila tahu jantina bayi dalam kandungan, mama papa pun akan menyediakan senarai nama pilihan untuk bayi bakal lahir. Sedap sekali bunyinya tapi adalah ia mempunyai maksud yang baik.
Nama diibaratkan doa yang akan diulang sebut boleh mempengaruhi karakter dan jiwa anak di sepanjang kehidupannya. Pemilihan nama yang mempunyai makna yang baik sangat penting.
Perkongsian ini diharapkan boleh dijadikan panduan untuk mama papa memilih nama terbaik untuk si kecil. Jangan main-main bab menamakan, pengertiannya amat mustahak. Tidak boleh sewenangnya walau pun bunyinya sedap dan gabungan antara ibu bapa. Ada juga yang meletakkan anak dengan nama yang kedengaran seperti Islamik kerana ia daripada bahasa Arab tetapi apabila diperiksa maknanya ialah anak syaitan!
PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK DALAM ISLAM
Kebetulan ada seorang pelanggan datang ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak.
Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yang buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain) kepada Jamilah. Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payah la nak tukar².
JANGAN TERLALU PANJANG
Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu fikir-fikir lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang.. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapiiiiii bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya.
Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee… Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..
Artikel berkaitan: JPN Ingatkan Nama Anak Tak Boleh Lebih 80 Abjad. Bukan Ikut Trend Tapi Kesianlah Bila Besar
SUNAT DILAKUKAN PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7 KELAHIRAN
Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama.
Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yg tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut.
AKHIRAT NANTI KITA AKAN DISERU DENGAN NAMA
Nama ni sbnrnya penting krn nabi bersabda kamu akn diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu.
NAMA YANG ELOK IALAH NAMA NABI-NABI & ASMAUL HUSNA
Antara nama² elok yg boleh kita beri nama ialah sprt nama nabi², dan nama asma ul Husna. Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.
PANGKAL NAMA MUHAMMAD
Ada org tanya sy, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Org Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dpt syafaat di akhirat kelak.
Sy kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat, jagalaa amalan, rajin2 la berselawaT dan buatla sprt mana yg nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun.
NAMA MALAIKAT
Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dgn nama malaikat? Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..
Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus, tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendiri.
Artikel berkaitan: Pilih Nama Anak Biar Ada Maksud Baik. Bukan Ikut Trend Dan Susah Nak Sebut
8 KESILAPAN YANG SELALU DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENAMAKAN ANAK
Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :
#1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.
#2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama. Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih.
#3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha. Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.
#4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, sy ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabt lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok .
#5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yg Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.
#6. Tak payah la letak nama sprt Bukhari, Nawawi, Baihaqi, Tirmidzi dan sebagainya. Itu semua nama tempat. Mungkin suatu hari org akn letak nama kelantani.
#7. Ada juga nama yg nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat blkg tu nak sandar pada apa? MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.
#8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best, tapi maknanya anak syaitan bro. So hati-hati lah ye.
Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak-anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka. Sekian dulu.
Sumber: Nik Nizam Nasir
Pejabat Agama Jajahan Tumpat
Artikel berkaitan: First Time Tengok Anak Artis Photoshoot Macam Ni, Seindah Nama Sumayyah – Netizen
The post “Macam Best Bunyinya Tapi Makna Anak Syaitan.” Hati-Hati Pilih Nama Anak, Ikut Panduan Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/macam-best-bunyinya-tapi-makna-anak-syaitan-hati-hati-pilih-nama-anak-ikut-panduan-ini/