Hiburan Yang Mana Satu Lebih Elok Makan Di Luar Atau Masak Sendiri



Zaman sekarang ramai diantara kita semua memilih untuk makan di luar berbanding masak sendiri di rumah kerana tidak cukup masa dan penat berkerja satu hari.Selain itu, kehadiran gerai dan restoran di setiap ceruk malah ada yang beroperasi 24 jam menjadi antara faktor lain yang membuatkan fungsi dapur di rumah semakin kecil. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada dapur yang hanya berasap pada hujung minggu sahaja.
Makan di luar atau masak sendiri?Makan di luar atau masak di rumah pasti mempunyai kelebihannya tersendiri. Ada diantara kita yang gemar memasak dan adakalanya ada juga suka makan di luar.
Tetapi memasak makanan daripada air tangan sendiri merupakan cara terbaik bagi memastikan apa yang anda makan bersih dan berkhasiat serta dapat memuaskan citarasa sendiri.
Ini tidak bermaksud anda tidak boleh menikmati makanan dari luar, bergantung kepada diri sendiri, kerana anda semua berhak membuat pilihan.Pasti anda semua sudah mula berfikir, yang mana lebih bagus ini? Keliru sangat nak makan di luar atau masak di rumah selepas ini?
Dan persoalan-persoalan lain yang mula timbul terutamanya kos anda memasak atau membeli makanan di luar yang lebih menjimatkan? Dan kelebihan dan kekurangannya yang perlu diketahui oleh semua.

Mari kita mulakan dengan pilihan makanan. Setiap hari kita akan makan menu yang berlainan. Jika anda menikmati makanan yang sama setiap hari jemu jugalah.
Pelbagai pilihan
Makan di luar
Membeli makanan di luar atau makan di luar sama ada gerai atau restoran sememangnya memudahkan kerana anda mempunyai banyak pilihan tanpa bersusah payah untuk memikirkan menu apa untuk dimasak jika sedang mengidam.

Antara pilihan makanan yang senang untuk didapati di kedai ialah roti canai, nasi goreng, chicken chop, KFC, nasi beriani, mee goreng dan bihun tomyam.


Bukan itu sahaja, kerana terdapat pelbagai pilihan makan yang dijual, sampai pening kepala dibuatnya untuk kita mencari lokasi tempat makan pada hari itu.
Sekarang, untuk memudahkan anda membeli makanan tanpa perlu keluar ke lokasi tersebut, ada diantara kita yang akan memesan makanan dari luar sahaja jika malas menerusi pelbagai aplikasi iaitu Grabfood, Foodpanda dan Dahmakan.

Masak di rumah
Bagi anda yang akan masak di rumah, pertama sekali sebelum nak masak anda perlu tahu resipi apa yang ingin dimasak pada hari itu. Selepas itu, adakah bahan-bahan itu sudah tersedia di rumah.

Jika belum, anda perlu pergi ke kedai untuk membeli barangan memasak terlebih dahulu dan perlu menganggarkan penyediaaan bahan mentah mengikut jumlah orang yang akan menikmati sesebuah hidangan. Jika tidak pandai menganggar, makanan yang dimasak pasti tidak cukup.
Jadi, jika anda ingin memasak di rumah, tetapkan menu apa yang akan dimasak pada hari itu. Antara menu yang paling senang untuk disediakan, mungkin sup daging, nasi beriani, atau lamb chop.

Paling-paling malas masakan paling senang di masak dan cepat semestinya mee segera. Semasa tengah malas-malas itu, makan mee segera pun dan cukup sedap dan enak dinikmati.

Nak masak ini tak susah, cuma pilihan terletak di tangan kita dan juga tahap kerajinan diri seseorang.
Kelazatan
Makan di luar
Makanan di luar ini tidak semuanya menepati selera seseorang. Mereka semua berniaga untuk mencari rezeki tetapi kualiti makanannya macam biasa sahaja. Tidak sama langsung dengan citarasa yang diinginkan.

Contohnya, anda memesan tom yam kerana nak menikmati pedas dan masam-masam. Apabila sampai, dari segi kualiti kelihatan menyelerakan tetapi apabila menghirup kuahnya, terasa manis pula dan rasanya tidak sama seperti yang diinginkan.
Masak di rumah
Jika kita memilih untuk memasak di rumah pula, apabila masakan kita kurang masin, kita masih boleh menambah garam sendiri dan jika nak masakan itu pedas mengikut selera kita semua, tambahlah cili sebanyak yang mungkin.
Ini kerana, masakan kita sendiri ikut suka kitalah untuk menambah perasa mengikut citarasa yang diinginkan.
Kekemasan
Makan di luar

Ramai orang memilih untuk makan di luar kerana malas nak bersihkan dapur dan mencuci pinggan selepas waktu makan.
Jika anda menikmati juadah di restoran, tiada apa yang perlu dilakukan selain membuat bayaran di kaunter. Dimana, anda tidak perlu susahkan diri untuk berasa penat membasuh pinggan dan bersihkan segala kotoran selepas makan.
Masak di rumah

Sekarang ini ramai diantara kita yang sibuk berkerja, jika hendak memasak ia agak memenatkan sedikit kerana anda perlu melakukan penyediaan sebelum memasak dan selepas memasak.
Selepas itu anda juga perlu bersihkan meja makan, kemaskan tempat makan semula, basuh pinggan, mangkuk dan segala peralatan memasak. Agak mencabar jugalah jika anda memasak di rumah sebenarnya.


Lokasi
Makan di luar
Kita tidak tahu tahap kebersihan ketika penyediaan dan bahan yang digunakan dalam masakan.


Selain itu, keracunan makanan adalah antara masalah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia kerana penyediaan makanan tidak dilakukan dalam keadaan yang bersih.
Senario mengambil jalan mudah dengan membeli makanan atau makan di gerai mahupun restoran ini perlu dielakkan dan tidak dijadikan kebiasaan demi kebaikan anda seisi keluarga.
Masak di rumah
Penyediaan makanan paling bersih dan paling baik semestinya masakan di rumah kerana ianya dijamin bersih dan sedap.
Rumah sendiri adalah tempat terbaik untuk menikmati juadah, lebih-lebih lagi jika bersama ahli keluarga. Sambil makan itu, boleh layan drama kegemaran, borak-borak dengan keluarga tanpa gangguan.
Makan bersama-sama di rumah juga akan lebih mengiratkan hubungan kekeluargaan.

Apa yang paling seronok, anda boleh makan ikut cara anda kerana rumah sendiri kan!

Harga
Makan di luar

Biasanya kos makan di luar amat tinggi terutamanya bagi mereka makan sekeluarga. Bayangkan jika anda sekeluarga beli nasi ayam satu set RM15.90. Anda akan diberikan seketul ayam, semangkuk nasi dan sayur-sayuran yang sedikit.
Cuba anda bayakan jika anda makan satu keluarga, berapalah harganya kerana tidak termasuk minuman lagi.
Ini belum termasuk, ahli keluarga yang memesan makanan yang berbeza pasti kosnya lebih tinggi.

Makan di rumah
Anda semua pasti tahu masak di rumah sebenarnya lebih jimat dari beli di luar. Contohnya, anda memasak nasi ayam, berat ayam 500g bersamaan RM7.50, 500g bawang RM0.50, sayur-sayur dalam RM1 sahaja.
Secara puratanya, jika anda memasak nasi ayam di rumah kos bahan asas yang digunakan cuma RM7.

Ianya sangat menjimatkan duit anda berbanding membeli di kedai. Namun, jika anda memasak di rumah, tenaga dan masa yang digunakan untuk membeli barang keperluan memasak adalah kos tersembunyi yang tidak dikira.

Apa yang boleh disimpulkan di sini, makan di luar atau di rumah mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Tepuk dada tanya selera. Jika anda sudah bosan makan di luar, sesekali luangkan masa untuk memasak di rumah.
Tetapi, adakalanya jika anda sudah sangat lapar, terus sahaja ke restoran mengisi perut yang kosong.
Apa yang penting jangan seksa diri anda dan biarkan kelaparan. Makanlah ketika lapar dimana-mana sahaja mengikut kesesuaiaan masa anda.

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.superpantas.com/2019/08/hiburan-yang-mana-satu-lebih-elok-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 886 hits
Amal Minum Air Sejuk atau Air Panas Mana Lebih Baik Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan Betulkah...
Zodiak Shio Primbon Atau Golongan Darah Survei Ini Menguak Mana Yang Paling Dipercaya Anak Muda

Zodiak Shio Primbon Atau Golongan Darah Survei Ini Menguak Mana Yang Paling Dipercaya Anak Muda

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 264 hits
Sebagian anak muda masih percaya tapi tak lantas semua mitos Mana yang paling dipercaya Mana yang kamu percaya
Tembam Atau Kurus Bukan Pengukur Anak Sihat Asalkan Cukup Makan Minum Eloklah Dia

Tembam Atau Kurus Bukan Pengukur Anak Sihat Asalkan Cukup Makan Minum Eloklah Dia

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 269 hits
Sudah menjadi lumrah kebanyakan ibu suka mengabadikan foto foto anak dalam galeri kamera Macam macam pose anak yang ada Tengah ketawa menangis tidur dan macam macam lagi angle yang diambil Sesetengah ibu suka berkongsi foto anak di media so...
Travel Sendiri Atau Guna Travel Agency

Travel Sendiri Atau Guna Travel Agency

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 341 hits
Tipu la kan kalau korang kata tak teringin langsung nak sama sama pergi melancong bila mana tiap tiap hari ada je ternampak gambar rakan rakan korang yang dimuat naik ke laman sosial sedang bercuti di tempat tempat yang menarik Lagi membuat...
Terpaksa Atau Sendiri Kasi Terpaksa

Terpaksa Atau Sendiri Kasi Terpaksa

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 411 hits
komen You force me I stay on If you don t force me I ll force myself Hahaha Mungkin mahu difahamkan sebagai terpaksa oleh keadaan tetapi jangan jangan keadaan diaturkan untuk jadi terpaksa Wow Dah jelas masih ada mengharap
Selalu Bawa Main Pantai Atau Sungai Anak Jadi Lebih Berani Dan Aktif

Selalu Bawa Main Pantai Atau Sungai Anak Jadi Lebih Berani Dan Aktif

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 482 hits
Aktiviti bermain tanpa permainan mahal pun boleh bantu perkembangan otak kanak kanak supaya lebih bijak asalkan ibu bapa tahu caranya Antara permainan yang sangat baik mengasah minda anak mengikut kajian pensyarah universiti dari US yang di...
Luar Biasa Walau Hujan Turun Lebat Lebih 1000 000 Dr Zakir

Luar Biasa Walau Hujan Turun Lebat Lebih 1000 000 Dr Zakir

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 309 hits
SEKALI lagi Kelantan mencipta sejarah tersendiri Lebih dari 100 000 orang membanjiri Stadium Sultan Mohd Ke IV malam tadi Bilangan yang di luar jangkaan Ceramah serta soal jawab berakhir jam 1 15 pagi Luar biasa Itupun sebab hujan turun den...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip