Hiburan Sekilo Rm5 Jadi Rm50 Salah Guna Ayat Infaq Ramai Ambil Kesempatan Atas Nama Agama
Satu pendedahan oleh seorang pengguna media sosial di Facebook baru-baru ini ternyata telah mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka masih ada yang mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini.
Berikutan ramai yang berpusu-pusu ingin mengejar pahala berlipat kali ganda, masih ada yang cuba menjadi ‘penunggang agama’ di mana ada yang menjual manisan kurma dengan harga berlipat kali ganda dengan alasan ‘infaq’.
Advertisement
Sumber : Facebook Ujar individu itu lagi, ramai peniaga buah kurma ‘main game’ sedekah kepada pusat tahfiz dan rumah anak yatim untuk melariskan jualan di bulan Ramadan.
‘Infaq’ kurma pada Rumah Anak Yatim di bulan Ramadan. Letak harga RM50 sekilo. Berduyun orang nak infaq ambil peluang pahala berganda di bulan Ramadan.
Katanya lagi, jikalau pun peniaga ingin membuat pahala dengan memberikan kurma pada rumah anak-anak yatim atau pusat kebajikan seumpamanya, namun dia berpendapat bahawa mereka tidak sepatutnya menaikkan harga secara keterlaluan.
Sumber : Facebook Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya berkongsikan cerita mereka yang tersendiri dan lebih mengejutkan apabila sebenarnya ramai puast tahfiz dan rumah anak yatim menerima lambakan kurma sehingga berlakunya pembaziran.
Nak infaq kena beli barang dia dengan harga runcit, bahkan lebih mahal. Mungkin bagi sesetengah orang ia okay. Pada aku, secara peribadinya aku tak setuju.
Difahamkan, bukan kurma sahaja tetapi barangan lain seperti kuih raya yang dijual dengan harga mahal dan menggunakan alasan ‘infaq’ dan sedekah bagi menarik perhatian mereka di luar sana yang ingin membuat kebajikan.
“Dalam bulan puasa pun masih ada yang menunggang agama. Langsung tak takut pada balasan Allah. Mencari rezeki biarlah berkat.” tulis seorang netizen.
20 jam lalu(VIDEO) “Dah Sampai Pintu Tutup” - Netizen Sedih Warga Asing Penat Kejar Bas, RapidKL Buat Siasatan LanjutThe post “Sekilo RM5 Jadi RM50..” – Salah Guna Ayat ‘Infaq’, Ramai Ambil Kesempatan Atas Nama Agama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/04/hiburan-sekilo-rm5-jadi-rm50-salah-guna.html