Rawatan Apa Perlu Guna Ganja Jangan Salah Langkah Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan



Rawatan Apa Perlu Guna Ganja? Jangan Salah Langkah, Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan
PERDEBATAN mengenai kewajaran dadah digunakan sebagai perubatan kembali rancak diperbincangkan apatah lagi selepas komposer dan penyanyi, Yasin Sulaiman didakwa atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.
Ada pihak bersetuju bahan terlarang itu dibenarkan penggunaannya sebagai ubat merawat pesakit manakala ada pula berpendapat sebaliknya kerana bimbang ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Malah ramai merasakan pelbagai kajian perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan kanabis dalam perubatan sebelum ia penggunaannya dibenarkan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang lantang bersuara mengenai perkara ini menyatakan undang-undang pengharaman perubatan kanabis sudah lapuk selain Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan bahan itu daripada senarai narkotik.
Bagaimanapun kata Syed Saddiq, meluluskan penggunaan ganja dalam bidang perubatan bukan tugas mudah.

Penggunaan ganja untuk tujuan perubatan masih hebat diperbincangkan.
Sementara itu, bercakap daripada segi perubatan, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, selain daripada ketagihan, penyalahgunaan ganja juga telah dibuktikan melalui kajian-kajian perubatan berupaya mendatangkan masalah psikologi dan mental terhadap penggunanya.
Kata Dr Suhazeli, semakin lama penyalahgunaan itu berlaku, kesan kesihatan mental juga akan menjadi lebih teruk.
“Bukan setakat kesihatan diri terjejas, tetapi kajian-kajian menunjukkan penyalahgunaan tersebut bakal mendatangkan kesan terhadap institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat.
“Perkara sebeginilah yang menjadi kebimbangan di pihak ahli perubatan, ganja lebih banyak merosakkan nusa bangsa berbanding manfaat yang mungkin ada tetapi sedikit,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya.
Dr Suhazeli berkata, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh National Academies of Sciences, Engineering and Medicine (NASEM USA) dari Centers of Disease Control and Prevention (CDC) dan Food and Drug Administration (FDA) menyimpulkan ganja hanya berguna dalam tiga keadaan sahaja.
Perkara ini turut disokong oleh badan terkemuka lain seperti the National Institute on Drug Abuse, the National Cancer Institute, the National Highway Traffic Safety Administration, the Alaska Mental Health Trust Authority, the Arizona Department of Health Services, the California Department of Public Health, the Oregon Health Authority, the Colorado Health Foundation dan the Washington State Department of Health.

1. Chronic Neuropathic Pain Kanabis berguna untuk mengawal sejenis penyakit sarat yang dikenali sebagai chronic neuropathic pain di mana dalam keadaan ini, ganja perubatan hanyalah sebagai rawatan tambahan kepada ubat-ubatan dan rawatan sedia ada yang telah pun terbukti berkesan.
Dr Suhazeli berkata, ganja perubatan bukanlah sebagai rawatan pertama dan ini bermakna, hanya jika rawatan utama tidak boleh mengawal masalah, maka sebagai pilihan akhir ganja boleh diberikan.
“Namun penggunaannya wajib dengan penyeliaan pakar perunding berpengalaman dalam rawatan ini. Pesakit mesti dipantau rapi kerana jika timbulnya kesan sampingan seperti ketagihan atau penyalahgunaan dadah, maka rawatan itu perlu dihentikan,” katanya.

2. Melegakan muntah Kegunaan kedua ganja perubatan adalah untuk melegakan muntah yang disebabkan oleh rawatan kemoterapi. Premis kesihatan dan perubatan moden sudah terdapat banyak ubatan dan rawatan lain untuk masalah muntah.
Bagaimanapun, ganja perubatan hanyalah pilihan akhir sekiranya kaedah lain tidak berkesan.

3. Mengurangkan spastik, ketegangan otot Ganja perubatan dapat mengurangkan spastik atau ketegangan otot disebabkan penyakit multiple sclerosis namun ia bukanlah rawatan utama.
Sementara itu, Dr Suhazeli berkata, pihak FDA juga meluluskan penggunaan ganja perubatan (Cecair CBD) berjenama Epidiolex® untuk rawatan penyakit sawan teruk kanak-kanak (Dravet syndrome dan Lennox-Gastaut syndrome).
Manakala di United Kingdom, Kanada, beberapa negara Eropah meluluskan ubat berasaskan minyak CBD bernama nabiximols (Sativex®).
“Kita menegaskan bahawa negara ini tidak perlu menanam ganja atas alasan ingin menjalankan kajian. Keputusan yang telah dibuat oleh badan berkuasa dunia (FDA) dari WHO itu sudah memadai.
“Perlu diingat bahawa kebenaran meluluskan ganja bagi kegunaan perubatan berbeza kebenaran halalkan bagi tujuan kajian perubatan,” katanya.

Perkara paling membimbangkan adalah ia digunakan untuk tujuan salah sekiranya ia dibenarkan.
Ganja Perubatan vs Ganja Rekreasi Bercakap lebih lanjut mengenai perkara itu, Dr Suhazeli berkata, sesetengah pihak memperjuangkan ganja sebagai entiti perubatan dengan dalil bahawa ganja tersebut terdapat sedikit komponen kebaikan daripada sudut perubatan.
Tetapi jelasnya, masyarakat perlu mengambil pengajaran bersama bahawa kesan yang serius boleh berlaku jika Malaysia menghalalkan penanaman, pemprosesan dan penjualan ganja.
“Kita boleh melihat sendiri kesan negatif yang besar kepada negara-negara yang telah menghalalkan ganja perubatan tersebut. Statistik daripada penjualan ganja secara rekreasi di Amerika Syarikat telah meningkat dengan banyak melebihi daripada peningkatan penjualan kerana tujuan perubatan,” katanya.
Laman web rasmi Marijuana Business Daily menunjukkan, penjualan ganja rekreasi pada tahun 2017 (AS$2.6-AS$2.9 bilion; RM11.6 bilion) dan 2018 (AS$3.8-AS$5.0 bilion; RM20 bilion) melebihi daripada penjualan kerana perubatan; tahun 2017 (AS$2.5-AS$3.2 bilion; RM12.8 bilion) dan tahun 2018 (AS$2.9-AS$3.8 bilion; RM15.2 bilion).
“Sedangkan pada tahun 2013 dipermulaan ganja perubatan diluluskan penanaman, pemprosesan dan penjualan adalah $0 bagi ganja rekreasi,” ujarnya.
Permintaan terhadap ganja untuk tujuan rekreasi semakin bertambah setiap tahun. Jangkaan jualan ganja rekreasi pada tahun 2019 dan mendatang melebihi berkali ganda daripada jualan ganja tujuan perubatan.

Terdapat beberapa negara di dunia sudah membenarkan penanaman ganja di rumah.
Perkara ini katanya amat membimbangkan kerana sebagaimana diketahui umum pengambilan ganja secara rekreasi akan merosakkan fizikal, mental dan sosial masyarakat.
Mengikut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, terdapat lebih 800,000 penduduknya yang berumur 12 tahun dan keatas telah mendapatkan rawatan disebabkan oleh ketagihan terhadap ganja.
Didapati 10 peratus daripada mereka yang menyalahguna dadah berunsur ganja mempunyai ketagihan yang teruk ke atas penggunaan tersebut.
Kajian tersebut juga menunjukkan daripada 6.9 juta orang yang menyalahgunakan dadah, 4.2 juta daripadanya adalah penyalahgunaan dadah berunsur ganja.
Justeru, keadaan ini menunjukkan masalah ketagihan terhadap ganja adalah serius di peringkat global dan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
“Desakan daripada kumpulan-kumpulan yang ingin menghalalkan penggunaan ganja bakal mendatangkan masalah serius yang akan menyebabkan kerugian terhadap negara.
“Masyarakat seharusnya menolak dakyah-dakyah begini bagi memastikan taraf kesihatan fizikal dan mental masyarakat dapat dilindungi daripada masalah ketagihan yang baru,” jelasnya.-mSTAR
Rawatan Apa Perlu Guna Ganja? Jangan Salah Langkah, Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’ Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO] Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

The post Rawatan Apa Perlu Guna Ganja? Jangan Salah Langkah, Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/18/rawatan-apa-perlu-guna-ganja-jangan-salah-langkah-banyak-dakyah-mengarut-atas-alasan-perubatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 197 hits
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya KPK Indonesia JAKARTA Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kurang dua minggu lagi Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia memberi peringatan kepada pegawai pegawa...
Hiburan Sekilo Rm5 Jadi Rm50 Salah Guna Ayat Infaq Ramai Ambil Kesempatan Atas Nama Agama

Hiburan Sekilo Rm5 Jadi Rm50 Salah Guna Ayat Infaq Ramai Ambil Kesempatan Atas Nama Agama

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 138 hits
Satu pendedahan oleh seorang pengguna media sosial di baru baru ini ternyata telah mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka masih ada yang mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini Berikutan ramai yang berpusu pusu ingin mengejar pahal...
Dilarang Guna E Skuter Atas Jalan Tiada Lesen Dikeluar Kata Mbpp

Dilarang Guna E Skuter Atas Jalan Tiada Lesen Dikeluar Kata Mbpp

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 179 hits
MBPP mengadakan operasi bersepadu bersama polis untuk memantau aktiviti e skuter di sekitar George Town semalam PETALING JAYA Majlis Bandaraya Pulau Pinang menegaskan tiada lesen dikeluarkan kepada pengendali skuter elektrik atau e skuter k...
Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri Jangan Salah Tafsir Jangan Pandang Serong

Kaum Hawa Carilah Harta Sendiri Sebagai Persiapan Diri Jangan Salah Tafsir Jangan Pandang Serong

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 329 hits
Kebahagiaan dan kemewahan adalah dua cara yang berbeza Mungkin ada keluarga bahagia tapi hidup seadanya Ada yang mewah tapi tak bahagia Sebab itulah dalam hidup keluarga kena cari harta untuk kesenangan dan meneruskan kehidupan yang mendata...
Demo Mahasiswa 11 April Sekjen Pdip Jangan Salah Alamat

Demo Mahasiswa 11 April Sekjen Pdip Jangan Salah Alamat

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 160 hits
Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia 2022 akan menggelar demonstrasi di Kompleks DPR kawasan Senayan Jakarta Senin Menanggapi hal itu Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto mengatakan bahwa demo adalah hak semua masyarakat
Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

Najib Jangan Lari Ya Dan Jangan Berpeluh Banyak Sangat Muktamad Debat Anwar Dan Najib 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 205 hits
BERITAMuktamad Debat Anwar dan Najib 12 Mei iniAlyaa AlhadjriDiterbitkan Apr 17 2022 Tarikh untuk debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akhirnya diputuskan iaitu pada 12 Mei ini Perkara itu diumu...
Masak Pengat Guna Santan Ada Caranya Jangan Sampai Berketul Pecah Minyak

Masak Pengat Guna Santan Ada Caranya Jangan Sampai Berketul Pecah Minyak

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 142 hits
Masak Pengat Guna Santan Ada Caranya Jangan Sampai Berketul Pecah Minyak SEPANJANG Ramadan pasti ramai daripada kita gemar mencuba pelbagai resipi baharu dan menarik yang dikongsi di media sosial Antara juadah yang paling menjadi perhatian ...
Awas Jangan Guna 2 Jenama Test Kit Covid 19 Ini

Awas Jangan Guna 2 Jenama Test Kit Covid 19 Ini

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 199 hits
Dah masuk tahun ketiga kita hidup dengan virus covid 19 ni Yang masih covirgin Alhamdulillah la Anda mampu bertahan dari di jangkiti Yang mana dah masuk kategori covijan dengan covidud tu jadikan pengalaman di jangkiti tu untuk anda berhati...
Jangan Guna Bantal Anti Golek Masa Bayi Tidur Risiko Maut Boleh Berlaku

Jangan Guna Bantal Anti Golek Masa Bayi Tidur Risiko Maut Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 207 hits
Kematian mengejut pada bayi berumur bawah satu tahun berlaku secara tiba tiba tanpa sebab yang jelas atau penyakit Kebanyakan penyebab kematian mengejut pada bayi ini boleh jadi disebabkan bantal atau selimut yang berdekatan bayi semasa tid...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin