Hati Hati Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna Chatgpt


Hati-hati, Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna ChatGPT
Dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang, ramai pengguna kini menggunakan ChatGPT sebagai pembantu maya. Sama ada untuk menulis, menjana idea atau mendapatkan maklumat dengan pantas.
Namun, dalam keselesaan bersembang dengan AI, isu privasi menjadi perkara penting yang perlu diberi perhatian.
Justeru, berikut ialah panduan ringkas untuk membantu anda melindungi maklumat peribadi ketika menggunakan ChatGPT.
1. Jangan masukkan maklumat peribadi atau sulit Perkara paling penting yang perlu diingat, jangan sesekali kongsi maklumat peribadi atau rahsia dalam ChatGPT. Ini termasuk nombor kad pengenalan, akaun bank, alamat rumah, kata laluan atau apa-apa maklumat sulit syarikat.
Ini kerana, maklumat yang anda taip mungkin digunakan oleh pembangun untuk menambah baik sistem AI pada masa hadapan.
Jadi, untuk elak risiko, jangan kongsi apa-apa yang boleh dedahkan identiti atau menjejaskan keselamatan diri anda.
2. Matikan ciri “Improve the model for everyone” Kalau anda tak mahu perbualan anda digunakan untuk melatih ChatGPT, anda boleh tutup fungsi ini dalam tetapan “Data Controls”. Caranya sangat mudah.
Untuk pengguna web (log masuk):
Klik nama atau ikon profil anda. Pilih “Settings” (Tetapan). Pergi ke bahagian “Data Controls”. Tutup pilihan bertanda “Improve the model for everyone”. Untuk pengguna aplikasi mudah alih (mobile):
Buka menu di sebelah kiri. Tekan ikon profil anda. Pilih “Data Controls”. Tutup pilihan bertanda “Improve the model for everyone”. Apabila ciri ini dimatikan, chat anda masih disimpan dalam sejarah (history), tetapi tidak digunakan untuk melatih sistem AI. Dengan cara ini, privasi anda lebih terjamin.
Kawalan data (Data Controls) Untuk makluman, bahagian “Data Controls” memberi anda kuasa untuk tentukan bagaimana ChatGPT menggunakan data anda.
Jika anda tidak log masuk, anda masih boleh pilih sama ada perbualan anda digunakan untuk latihan model atau tidak. Jika anda log masuk, anda akan nampak lebih banyak pilihan seperti mengekspot data atau memadam akaun. Apabila anda mematikan ciri “Improve the model for everyone”, perbualan anda masih akan disimpan dalam sejarah (history). Tetapi, tidak akan digunakan untuk melatih sistem AI.
Dengan kata lain, anda masih boleh rujuk semula perbualan lama, cuma maklumat itu tidak akan digunakan untuk tujuan pembelajaran ChatGPT.
3. Gunakan ciri “Temporary Chat” ChatGPT juga ada satu fungsi khas dipanggil “Temporary Chat”. Ia adalah mod perbualan sementara yang tidak disimpan dalam sejarah (history) dan tidak digunakan untuk melatih sistem AI.
Cara mengaktifkan Temporary Chat:
Di bahagian atas halaman, klik menu ChatGPT. Pilih “Temporary Chat”. Perbualan baharu anda akan bermula dalam mod sementara. Dalam mod ini, ChatGPT tak akan ingat apa-apa daripada perbualan sebelum ini, dan semua maklumat akan dipadam selepas 30 hari.
Ciri ini sangat berguna kalau anda nak bincangkan topik sensitif atau mahu jaga privasi sepenuhnya semasa berbual dengan ChatGPT.
Info tambahan Anda boleh menukar tetapan “Data Controls” atau “Temporary Chat” pada bila-bila masa, sama ada melalui web atau aplikasi mudah alih.
Perubahan ini akan diselaraskan pada semua peranti yang menggunakan akaun yang sama.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
Sumber: The University of Arizona, OpenAI (1) (2)
The post Hati-hati, Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna ChatGPT appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/30/hati-hati-ini-cara-selamat-lindungi-data-anda-setiap-kali-guna-chatgpt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik Cakap Dengan Chatgpt

Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik Cakap Dengan Chatgpt

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 182 hits
Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik Cakap Dengan ChatGPT Siapa sangka rupa rupanya cara kita bercakap dengan ChatGPT boleh mempengaruhi ketepatan jawapannya Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Pennsylvania State University pengguna yan...
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 161 hits
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan Dalam dunia digital hari ini hampir setiap individu meninggalkan jejak digital setiap kali menggunakan media sosial Tidak dinafikan platform seperti Facebook Instagram Ti...
Guna Dengan Selamat

Guna Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 137 hits
Guna Hidrogen dengan Selamat Sihat Bukan Silap Ramai dah mula guna teknologi hidrogen untuk kesihatan tapi tak semua tahu cara guna dengan betul Sebenarnya rawatan hidrogen boleh beri manfaat asalkan digunakan secara selamat dan berhemah El...
Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

Paper Bowl Packaging F B Custom Kunci Pelanggan Ingat Jenama Anda Setiap Kali Makan

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 183 hits
Dalam dunia perniagaan F B yang semakin kompetitif pembungkusan makanan bukan sekadar untuk melindungi produk ia juga merupakan alat pemasaran yang kuat Salah satu pilihan paling popular kini ialah paper bowl packaging custom yang bukan sah...
Mcmc Cadang Had Dua Nombor Prabayar Setiap Syarikat Telekomunikasi Bagi Warganegara Malaysia

Mcmc Cadang Had Dua Nombor Prabayar Setiap Syarikat Telekomunikasi Bagi Warganegara Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar yang mencadangkan agar warganegara Malaysia hanya dibenarkan memiliki dua nombor sahaja bagi setia...
Mcmc Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco

Mcmc Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 204 hits
MCMC Cadang Warganegara Malaysia Dibenar Miliki Dua Kad Prabayar Sahaja Bagi Setiap Telco KUALA LUMPUR 22 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang menjalankan rundingan awam bagi garis panduan pendaftaran kad SIM prabayar y...
Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 335 hits
Dalam kehidupan seharian kita yang sibuk sebagai ibu isteri dan wanita muslimah yang sentiasa menjaga keseimbangan di antara tanggungjawab dan diri sendiri Wangian sering kali menjadi sentuhan kecil yang mampu mengubah suasana Sama ada kead...
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 175 hits
Indonesia Tetapkan Kos Haji Pada 87 4 Juta Rupiah Setiap Jemaah JAKARTA 30 Oktober Kos purata penyelenggaraan Haji 2026 bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan pada 87 4 juta rupiah iaitu penurunan sekitar dua juta rupiah berbanding tahun l...
Pop Display Custom Tarik Perhatian Pelanggan Di Setiap Sudut Kedai

Pop Display Custom Tarik Perhatian Pelanggan Di Setiap Sudut Kedai

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 324 hits
Dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan menarik perhatian pelanggan adalah langkah pertama sebelum berlakunya jualan Salah satu cara paling berkesan untuk mencuri tumpuan pelanggan di dalam kedai ialah melalui POP Display Custom atau P...
Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Istanbul Aku Datang Day 1

Sebab Sebab Datangnya Hidayah Dan Penghalang Penghalangnya

Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar