Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik Cakap Dengan Chatgpt


Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik ‘Cakap’ Dengan ChatGPT 
Siapa sangka, rupa-rupanya cara kita bercakap dengan ChatGPT boleh mempengaruhi ketepatan jawapannya.
Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Pennsylvania State University, pengguna yang bertanya dengan nada tegas atau sedikit kasar dilaporkan mendapat jawapan yang lebih tepat.
Kajian itu juga mendapati, bila bahasa yang digunakan terlalu sopan, ketepatan jawapan ChatGPT sebenarnya sedikit menurun.
Penemuan ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pakar kecerdasan buatan (AI) kerana ia melibatkan soal etika berinteraksi dengan chatbot.
Pada masa sama, ia menimbulkan persoalan tentang bagaimana emosi dan nada bahasa manusia boleh memberi kesan kepada prestasi sistem AI seperti ChatGPT dan Gemini.
Dapatan kajian Dalam kertas kajian bertajuk “Mind Your Tone”, para penyelidik menganalisis bagaimana nada pertanyaan mempengaruhi ketepatan jawapan ChatGPT apabila menjawab soalan berbentuk kuiz pelbagai pilihan.
Keputusan menunjukkan bahawa soalan yang diajukan dengan nada sopan menghasilkan ketepatan sekitar 80.8 peratus. Sebaliknya, apabila soalan yang sama ditanya dengan nada kasar, ketepatan meningkat kepada 84.8 peratus.
Sebagai contoh, antara ayat yang dikategorikan kasar dalam eksperimen tersebut ialah, “Kau ni tahu tak nak selesaikan benda ni?”
Menariknya, walaupun soalan berbunyi sinis atau ‘kasar’, AI kelihatan memberi jawapan lebih tepat dan tegas berbanding apabila soalan diajukan dengan lembut atau berhemah.
Untuk info, kajian ini melibatkan 250 variasi bagi 50 soalan aneka pilihan, dan ChatGPT diuji menggunakan model GPT-4o, versi yang digunakan sebelum model terkini, GPT-5.
Penyelidik membahagikan nada soalan kepada lima tahap, iaitu Sangat Sopan, Sopan, Neutral, Kasar dan Sangat Kasar.
AI pun ada perasaan? Jawapannya, tidak. AI tidak mempunyai emosi atau kesedaran diri seperti manusia. Namun, cara kita menulis ayat atau memberi arahan boleh mempengaruhi bagaimana model seperti ChatGPT memahami dan menjawab soalan kita.
Model seperti ChatGPT direka untuk mengesan konteks dan keutamaan berdasarkan perkataan yang digunakan.
Jadi, apabila seseorang menggunakan bahasa yang lebih mendesak atau kasar, sistem mungkin mentafsir permintaan itu sebagai ‘lebih penting’. Ia kemudiannya cendurung memberikan jawapan yang lebih langsung dan tepat.
Walau bagaimanapun, tidak semua kajian bersetuju dengan dapatan ini. Satu kajian lain yang diterbitkan lebih setahun lalu menunjukkan bahawa bahasa kasar sebenarnya boleh menurunkan kualiti jawapan AI.
Jadi, apa cara terbaik cakap dengan ChatGPT? Disebabkan itu, penyelidik menegaskan bahawa dapatan ini tidak boleh diguna pakai untuk semua chatbot atau semua jenis soalan.
AI lain seperti Gemini, Claude, atau Meta AI mungkin memberikan keputusan berbeza kerana setiap model dilatih dengan cara dan objektif tersendiri.
Justeru, pengguna tidak perlu ‘menjerit’ atau ‘menghina’ untuk mendapatkan jawapan yang baik.
Yang lebih penting ialah cara soalan disusun. Biar jelas, ringkas dan mempunyai konteks yang betul supaya AI dapat memberi jawapan paling tepat.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
Sumber: Digital Trends
The post Kajian Dakwa Ini Cara Terbaik ‘Cakap’ Dengan ChatGPT  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/28/kajian-dakwa-ini-cara-terbaik-cakap-dengan-chatgpt/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Sampai Salah Ini 7 Cara Memilih Laptop Terbaik Sesuai Kebutuhan Kamu

Jangan Sampai Salah Ini 7 Cara Memilih Laptop Terbaik Sesuai Kebutuhan Kamu

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 317 hits
Cara memilih laptop terbaik dapat dipertimbangkan dari 1 OS yang digunakan 2 Ukuran desain laptop 3 Spesifikasi utama 4 Kualitas layar 5 Daya tahan baterai laptop dll
Hati Hati Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna Chatgpt

Hati Hati Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna Chatgpt

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 177 hits
Hati hati Ini Cara Selamat Lindungi Data Anda Setiap Kali Guna ChatGPT Dalam era teknologi kecerdasan buatan yang semakin berkembang ramai pengguna kini menggunakan ChatGPT sebagai pembantu maya Sama ada untuk menulis menjana idea atau mend...
12 Cara Mengatasi Hubungan Toxic Yang Benar Benar Efektif Buat Hidup Lebih Damai

12 Cara Mengatasi Hubungan Toxic Yang Benar Benar Efektif Buat Hidup Lebih Damai

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 283 hits
Hubungan toxic tidak hanya melelahkan tapi juga mencuri versi terbaik dari dirimu Artikel ini mengajarkan langkah demi langkah yang bisa kamu lakukan perlahan untuk benar benar pulih tanpa kehilangan diri
7 Cara Menghilangkan Bau Mulut Yang Busuk Nafas Kembali Segar

7 Cara Menghilangkan Bau Mulut Yang Busuk Nafas Kembali Segar

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 152 hits
Jangan biarkan bau mulut ganggu aktivitas Temukan cara menghilangkan bau mulut yang busuk Klik untuk baca lebih lanjut
Cara Gampang Hapus Background Music Dari Lagu Pakai Ai Cocok Buat Kamu Yang Suka Eksperimen Audio

Cara Gampang Hapus Background Music Dari Lagu Pakai Ai Cocok Buat Kamu Yang Suka Eksperimen Audio

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 175 hits
Pengen hapus Background Music dari lagu biar dapet suara vokal aja Coba pakai AI Gampang gratis dan hasilnya jernih banget tanpa ribet
Cara Pn Uruskan Kewangan Negara Boleh Jahanam

Cara Pn Uruskan Kewangan Negara Boleh Jahanam

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 146 hits
Norman RadzuanContoh betapa bijaknya Muhyiddin atau kerajaan PN menguruskan negara hingga bertambah hutang negara RM500 billion Cara PN uruskan negara ubah suai rumah PM hampir dua kali ganda dari membinanya Sdgkan waktu itu PKP apa keperlu...
Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia

Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 171 hits
Merdeka 118 Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia KUALA LUMPUR Menara Merdeka 118 secara rasminya diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik oleh Council on Vertical Urbanism sekali gus menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia...
50 Blog Terbaik Malaysia 2025

50 Blog Terbaik Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 196 hits
50 Blog Terbaik Malaysia 2025 50 Blog Terbaik Malaysia 2025 Senarai ini disusun sebagai rujukan gabungan blog perjalanan makanan gaya hidup teknologi berita dan personal journal Sila semak setiap pautan untuk maklumat trafik autoriti terkin...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya