Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan


Dalam kehidupan seharian kita yang sibuk sebagai ibu, isteri dan wanita muslimah yang sentiasa menjaga keseimbangan di antara tanggungjawab dan diri sendiri. Wangian sering kali menjadi “sentuhan kecil” yang mampu mengubah suasana. Sama ada keadaan sekeliling, perasaan hati dan momen nostalgia.

Dari kiri Sisca, Ruby dan Larry Yacub di Booth R3, MVEC bersempena KL International Beauty Week. 
Baru-baru ini Ruby berpeluang mencuba sendiri jenama Citizens of The World (COTW) di acara KL International Beauty Week 2025 di MVEC Mid Valley yang berlangsung dari 24 - 26 Oktober 2025 seawal 10 pagi hingga 10 malam. Sebenarnya, COTW sendiri yang menjemput Ruby melalui DM di Instagram. Pada mulanya Ruby fikir, ah malasnya nak bersesak di KLIBW. Pengalaman tahun lepas di KLIBW yang sesak, malah ruang pempamer yang sempit. Fikir punya fikir, jenama dari Indonesia pun sanggup datang ke Malaysia. Ruby ni dari Ampang aje. Maka! Jom ke Booth R3 untuk kenali sendiri jenama COTW. Ia adalah satu jemputan yang begitu manis dan bermakna! Terima kasih COTW! 💌

Setibanya Ruby di booth mereka, ada sesuatu yang berbeza tentang jenama ini. Dari nama sahaja, Citizens of The World, sudah terasa aura global, moden dan berjiwa pengembara. Namun, lebih daripada itu, setiap wangian mereka sebenarnya adalah cerita. Kisah sesebuah tempat, budaya dan memori yang dirakam melalui aroma. 
Lebih Daripada Sekadar Haruman


Citizens of The World (COTW) ialah jenama wangian moden yang diasaskan pada tahun 2021 oleh dua wanita inspirasi, Hanifa Ambadar dan Novita Imelda, usahawan berpengalaman dalam industri kecantikan dan gaya hidup.

Mereka percaya bahawa setiap wangian mempunyai cerita tersendiri tentang tempat yang pernah dijejaki, kenangan yang tertinggal, dan perasaan yang ingin diingati semula. Dari kepercayaan itulah lahirnya koleksi wangian Citizens of The World, membawa misi untuk menghubungkan manusia melalui deria bau; kisah, budaya dan perjalanan yang diilhamkan dari pelbagai destinasi dunia.

Lebih daripada sekadar wangian, COTW ialah satu bentuk ekspresi diri.

“More than a fragrance, it’s stories, cultures, journeys and dreams that connect us all.” 
Ungkapan ini benar-benar mencerminkan konsep mereka. Setiap botol adalah seperti pasport kecil kepada dunia tanpa batasan. Membawa kita menyelusuri suasana kota, alam, dan pengalaman yang pernah dirasai.

COTW mencipta wangian yang menenangkan, ringan, namun cukup berkarakter sesuai untuk wanita muslimah moden yang mahu tampil yakin tanpa berlebihan. Ia bukan sekadar haruman, tetapi satu cara untuk menghargai detik-detik kecil dalam kehidupan. Anda pernah alami bau yang buat kita teringat pada kenangan masa dahulu? Ruby sering alami perkara tersebut. Ibarat arkib yang hidup. Terus nostalgia masa lalu kembali segar diingatan. 

Dua Koleksi Utama: City Explorer & Bucket List Line
Jenama ini memperkenalkan dua kategori wangian utama: 

City Explorer Line (RM79 | Asal RM88)

Direka untuk mereka yang gemar meneroka dunia dan mengumpul pengalaman dari bandar-bandar ikonik. Aromanya cenderung segar, bersih dan mudah digayakan setiap hari.

Antara sembilan pilihan dalam koleksi ini: Pacific Coast Highway – gabungan oren, epal hijau dan grapefruit yang segar dengan asas sandalwood. AV Montaigne – elegan dengan tuberose dan jasmine, beralun dengan vanilla Madagascar dan white musk. Södermalm – aroma lemon dan lily of the valley yang segar dan minimalis. Spice Souk – kehangatan tangerine dan kayu manis yang membawa suasana bazar Timur Tengah. Olympia – campuran epal hijau, buah tropika dan krim vanila yang manis lembut. Malaga – tropika dengan pineapple dan blackcurrant, berpadu dengan amber vanilla. Omotesandō – gabungan bunga Jepun seperti jasmine dan ylang ylang dengan sentuhan amberwood. Café Du Monde – aroma marshmallow dan kopi yang creamy dan mengasyikkan. Habanos – bau kulit putih dan saffron yang maskulin tapi tetap sensual dan halus. 
Bucket List Line (RM102 | Asal RM113)
Lebih eksklusif dan kompleks, koleksi ini diinspirasikan oleh impian perjalanan “bucket list destinations” yang menghidupkan emosi dan kenangan.

Antara tiga wangian utama dalam siri ini: 
Tea Ceremony in Guilin – aroma bunga dan daun teh yang tenang, seperti upacara teh tradisional di China. Royal Bath in Ubud – manis dan eksotik dengan sentuhan saffron, rose dan vetiver. Morning Walk in Keunkenhof – Ruby’s personal favourite! Top: Violet Leaf, Grapefruit, Pear
Heart: Lily of the Valley, Lotus, Rose
Base: Cedarwood, Tonka, Musk

Harumannya lembut, feminin dan menenangkan seperti berjalan di taman bunga pagi di Belanda. Ruby jatuh cinta pada semburan pertama! 


Pengalaman Ruby di KL International Beauty Week
Di antara ratusan jenama di acara KL International Beauty Week 2025, booth Citizens of The World terasa sangat unik. Mereka tidak menjual bau semata-mata tetapi mereka bercerita. Setiap tester disusun dengan kemas dan label yang membawa kita “melancong dengan deria bau”. 
Encik Larry Yacub membantu Ruby mencari wangian yang mengikut permintaan Ruby. Nak yang segar dan bau tertinggal belakang. Hahaha. 
Ruby mencuba 12 wangian semuanya, dan paling menyentuh hati ialah apabila setiap wangian ini seakan bercerita. Ruby menghidu bau dari Royal Bath in Ubud, terus teringat pengalaman menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Dubai pada tahun 2016. Bagaimana haruman begini boleh bawa Ruby kembali pada saat itu? Sedangkan dah hampir 10 tahun berlalu. Manakala Spice Souk pula membawa Ruby ke Pasar Rempah di Dubai juga. 
Harga Promosi Sempena KLIBW 
Setiap botol wangian dari COTW bersaiz 30ML dan ia adalah Eau De Parfum. 
City Explorer Line - RM 79 (Harga Asal RM 88) Bucket List Line - RM 102 (Harga Asal RM 113) Beli 2 Item City Explorer Line - RM 150 (Harga Asal RM 176.60) Beli 2 Item Bucket List Line - RM 200 (Harga Asal RM 226) COTW x LOVIO Bundle RM 120
Setiap semburan membawa kisah. Jenis Eau De Parfum (EDP) yang digunakan oleh Citizens of The World ini mempunyai kepekatan minyak pati antara 15% hingga 20%, menjadikannya tahan lama, berlapis dan halus. Ia bukan sekadar wangi tetapi menemani sepanjang hari dengan lembut.

Bau wangian jenis ini boleh bertahan 4 hingga 8 jam di kulit, malah lebih lama jika disembur pada kain. Paling menarik, ia meninggalkan sillage yang tenang cukup untuk membuatkan orang di sekeliling perasan aroma elegan tanpa terasa berlebihan. 


Wangian Yang Selari Dengan Nilai Muslimah
Sebagai wanita Muslimah, Ruby suka memilih wangian yang tidak terlalu kuat. Haruman seperti Morning Walk in Keunkenhof kerana ia sesuai untuk selepas solat, bekerja di rumah, atau keluar bersama keluarga cukup lembut tetapi meninggalkan kesan yang menenangkan. 
Sembur sedikit di hujung tudung atau lengan baju. Elak spray berlebihan supaya tidak mengganggu ruang solat. Simpan botol di tempat teduh agar tahan lama.Citizens of The World bukan sekadar jenama perfume, ia satu perjalanan deria. Dari pemandangan kota ke taman bunga, setiap semburan adalah kisah baru untuk dinikmati. Bagi Ruby, inilah jenama yang patut diperhatikan oleh wanita Muslimah moden yang menghargai keindahan dalam kesederhanaan. 

Untuk info lanjut & promosi terkini, boleh layari Instagram rasmi @hellocitizensoftheworld


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/10/citizens-of-the-world.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Show The World Malaysia Is Peaceful Igp Says Ahead Of Planned Anti Trump Protests During Asean Summit

Show The World Malaysia Is Peaceful Igp Says Ahead Of Planned Anti Trump Protests During Asean Summit

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 227 hits
Police officers take part in a motorcycle rehearsal ahead of the 47th Asean Summit and related meetings at the Kuala Lumpur Convention Centre on October 22 2025 Bernama picKUALA LUMPUR Oct 23 Inspector General of Police Tan Sri Razarudin Hu...
What Should The Leaders Of The Modern Islamic World Learn From The Fall Of The Ottoman Empire

What Should The Leaders Of The Modern Islamic World Learn From The Fall Of The Ottoman Empire

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 272 hits
The collapse of the Ottoman Empire wasn t due to a single cause but to a convergence of political social economic and intellectual failures that built up over centuries The Decline of Intellectual and Institutional DynamismLesson A civiliza...
Setiap Sunyi Punya Suara Setiap Jiwa Punya Cerita

Setiap Sunyi Punya Suara Setiap Jiwa Punya Cerita

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 152 hits
Setiap Sunyi Punya Suara Setiap Jiwa Punya Cerita Kadang kita tak perlu banyak berkata Kerana diam pun ada nadanya sendiri ia berbisik perlahan bercerita dengan bahasa yang hanya hati yang tenang mampu dengar Di antara riuh dunia dan sepi m...
Dah Mati Cerita Tamat The Resurrected Buktikan Sebaliknya

Dah Mati Cerita Tamat The Resurrected Buktikan Sebaliknya

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 178 hits
Drama Netflix terbaru iaitu The Resurrected merupakan drama terbaru 2025 bahasa Mandarin yang diarahkan oleh Hsu Chao jen Leste Chen Plot cerita berkenaan dengan dua ibu yang kehilangan anak dan ada yangs sampai anak koma serta seorang peni...
Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

Masters Of The World 2025 Lelaki Sejati Rai Daya Tahan Kepimpinan Nilai Diri

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR 16 OKTOBER 2025 Buat julung kalinya Malaysia menjadi tuan rumah kepada pertandingan Masters of The World 2025 satu platform antarabangsa yang meraikan keunikan lelaki bukan sekadar pada fizikal tetapi juga ketahanan emosi kepim...
The Prophet By Kahlil Gibran

The Prophet By Kahlil Gibran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 545 hits
Norsanina blogspot comOf course Here s a blog ready summary of The Prophet by Kahlil Gibran written in a reflective human tone that suits a thoughtful or spiritual blog like yours The Prophet by Kahlil Gibran A Journey of the Soul Kahlil Gi...
Marh S Lakehouse Lichtstad Architecten Boornzwaag The Netherlands

Marh S Lakehouse Lichtstad Architecten Boornzwaag The Netherlands

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 164 hits
Marh s Lakehouse by Lichtstad Architecten in Boornzwaag fuses timber form CLT structure green roof and contextual silhouette into a lake front sanctuary The post appeared first on
Design Of The Future How Modern Technologies Are Changing The Profession And Why Designers Should Embrace Ai

Design Of The Future How Modern Technologies Are Changing The Profession And Why Designers Should Embrace Ai

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 182 hits
Artificial intelligence and virtual technologies have already revolutionized interior design In this exclusive interview Olena Prykhodko founder of Kebeta Design studios in Ukraine and the U S shares how AI VR 360 and 3D visualization are r...
Lirik Lagu Luka Awie Riez

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Auto Fabrica S K100 Is Inspired By Bmw S Iconic Concept Cars

Peluang Usaha Pontianak 2026 10 Usaha Modal Minim Yang Paling Menguntungkan

Resepi Tauhu Berlauk

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Revival Of Analog Horror Why Retro Scares Are Dominating Modern Pop Culture

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Tahukah Anda Air Liur

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Kedudukan Terkini Kumpulan F Dalam Kelayakan Piala Asia 2027

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands