Pendakwa Buat Rayuan Balas Hukuman Wan Ji Sebelum Pru14 Kata Peguam Negara


FMT Reporters Tommy Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti pilihan yang ada berkaitan rayuan Wan Ji Wan Hussin, tetapi ‘ruang lingkup budi bicaranya sangat terhad’ disebabkan sabitan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini. PETALING JAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas berkata pihak pendakwaan membuat rayuan balas sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu bagi hukuman ke atas pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang disabitkan bersalah kerana menghina Sultan Selangor 7 tahun lalu.

“Tiada representasi bertulis dikemukakan tertuduh mahupun peguam belanya kepada saya, dan saya secara peribadi tidak sedar tentang kes ini sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan pada 9 Julai 2019 dan diketahui umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat ratusan kes jenayah dan sivil berlangsung dalam mahkamah di seluruh negara setiap hari.

“Oleh yang demikian, adalah mustahil untuk mana-mana orang mengetahui secara peribadi walaupun sebahagian kecil kes-kes tersebut. Maka, pengagihan dan desentralisasi kuasa adalah penting.”

Bagaimanapun, Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti pilihan yang ada berkaitan rayuan Wan Ji, tetapi “ruang lingkup budi bicara kamar saya sangat terhad” disebabkan sabitan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan Wan Ji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun.

Pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 9 bulan ke atas Wan Ji kerana memuat naik perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama di Facebook pada 5 November 2012.

Dia kemudiannya memfailkan rayuan terhadap sabitan itu dan pihak pendakwaan pula memfailkan rayuan balas terhadap hukuman itu.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Wan Ji terhadap sabitan bersalah itu, tetapi membenarkan rayuan balas terhadap hukuman itu menyebabkan hukuman 9 bulan dinaikkan kepada setahun.

Wan Ji tidak dibenar menangguhkan hukuman itu, tetapi susulan permohonan rasmi yang difailkan hari ini, dia dibebaskan dari Penjara Kajang sementara menunggu keputusan akhir Mahkamah Rayuan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pendakwa-buat-rayuan-balas-hukuman-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 317 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Hukuman Pada Wan Ji Terlalu Keras Kata Anwar

Hukuman Pada Wan Ji Terlalu Keras Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 449 hits
Annabelle Lee Presiden PKR Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas pendakwah Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan terlalu keras dan tidak selari dengan pembaharuan demokratik Ia malang saya bersimpati Saya...
Kongsi Hasil Negara K Jaan Akan Balas Budi Rakyat Kata Pm

Kongsi Hasil Negara K Jaan Akan Balas Budi Rakyat Kata Pm

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 269 hits
KULIM 30 Jun Kerajaan akan membalas budi rakyat yang telah memilih Pakatan Harapan sebagai gabungan parti untuk memimpin negara pada pilihan raya umum lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun ada pihak yang berkata tia...
Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

Akta Hasutan Terus Diguna Bagi Kes Ekstrem Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 269 hits
Pakatan Harapan melalui manifesto PRU14 berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 PETALING JAYA Peguam Negara Tommy Thomas berkata jabatannya akan terus menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi kes bersesuaian untuk mendakwa mereka yang menyeba...
Warden Penjara Yang Pukul Ustaz Wan Ji Diminta Tampil Sebelum Terlambat

Warden Penjara Yang Pukul Ustaz Wan Ji Diminta Tampil Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 323 hits
Pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Hussin mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang Menceritakan pengalamannya sehari selepas dibebaskan pada 12 Julai lalu Wanji berkata warden berkenaan memintanya m...
Reda Ajelah Sebelum I K0yakkan Mulut Dia Kan Rozita Che Wan Mula Bersuara

Reda Ajelah Sebelum I K0yakkan Mulut Dia Kan Rozita Che Wan Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 197 hits
Rozita Che Wan mengakui rasa tidak senang sekali gus menye3Iar terhadap sikap segelintir wanita yang suka merammpas suami orang lain Reda Ajelah Sebelum I K0yakkan Mulut Dia Kan Rozita Che Wan mula bersuara
Hina Sultan Selangor Hukuman Penjara Wan Ji Ditambah Kepada Setahun

Hina Sultan Selangor Hukuman Penjara Wan Ji Ditambah Kepada Setahun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 369 hits
Hukuman penjara pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditambah hingga setahun atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan terhadap sabitan hukuman pe...
Mahkamah Izin Hukuman Penjara Wan Ji Ditangguh

Mahkamah Izin Hukuman Penjara Wan Ji Ditangguh

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 286 hits
Diterbitkan Hari ini 10 10 pagiPendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara atas kesalahan menghasut Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selep...
Pemuda Ph Tuntut Penjelasan Mengapa Hukuman Wan Ji Lebih Berat

Pemuda Ph Tuntut Penjelasan Mengapa Hukuman Wan Ji Lebih Berat

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 231 hits
Pemuda PH tuntut penjelasan mengapa hukuman Wan Ji lebih berat SHAH ALAM Pemuda Pakatan Harapan hari ini mendesak Pendakwa Raya kes rayuan Wan Ji Wan Hussin agar memberi penjelasan mengapa hukuman lebih berat dikenakan terhadap penceramah b...
How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Inovasi Teknologi Untuk Seragam Kerja Ramah Lingkungan

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord