Pegerakkan Diekori Kisah The Dozen Person Menyusup Masuk Negara Orang Nak Settle Kes Mh17


Selepas kira-kira lima tahun ditembak jatuh, akhirnya identiti empat orang suspek utama insiden yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines, MH17 didedahkan pada bulan lalu.
Mereka ialah tiga warga Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinskiy dan Oleg Pulatov serta seorang rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko.
Foto: Washington Post Pada beberapa hari selepas kejadian itu, sepasukan perunding yang digelar sebagai ‘The Dozen Person’ telah dihantar ke Donetsk, Ukraine untuk berunding dengan pasukan penentang di sana.
Pengalaman getir operasi itu telah dikongsikan oleh laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.
PENGALAMAN GETIR THE DOZEN PERSON DALAM MISI MH17
Tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 tetap menjadi detik hitam dalam sejarah negara. Walaupun sudah lima tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan.
Memasuki zon perang dengan ‘tangan kosong’, tanpa sebarang senjata api bagi melindungi keselamatan diri antara pengalaman getir terpaksa ditempuh Ketua Perunding The Dozen Person, Kolonel Mohd Sakri Hussin, dalam penugasan MH17.
Foto: FB Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Kolonel Mohd Sakri Hussin kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengalaman itu terpahat kukuh dalam ingatannya walaupun telah lama berlalu.
Beliau berpengalaman selama 38 tahun dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, selain misi kemanusiaan, mencari dan menyelamat (SAR) serta konflik antarabangsa, operasi itu cukup mencabar kerana wujud banyak pihak berkepentingan yang berkehendakkan bahan bukti berkenaan.
Foto: FB Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Dugaannya yang perlu dihadap bukan calang-calang, lebih-lebih kita berada di zon perang. Pengalaman ini lebih ‘hebat’ dari penugasan beliau pada era insurgensi, begitu juga operasi pengaman yang pernah disertai bersama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), misi kemanusiaan atau bencana lain.
Terdapat 10 ‘checkpoint’ terpaksa ditempuhi sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine), dengan setiap ‘checkpoint’ ada pelbagai karenahnya, selain pergerakan kita diekori. Lebih mencabar kerana sepanjang operasi ini, kita sendiri tidak tahu siapa kawan, siapa musuh, yang memerlukan kita berwaspada sepanjang masa.
Di sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), beliau sentiasa mengingatkan 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.
Ini disifatkan sebagai misi berani mati, keupayaan The Dozen Person menyelesaikan proses rundingan dalam tempoh 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengagumkan masyarakat antarabangsa.
Malah, rundingan diselesaikan tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).
Foto: FB Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Selain beliau ketika itu bertugas dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), The Dozen Person turut dianggotai pakar komunikasi, doktor perubatan, pakar patologi dan pengecaman mangsa bencana (DVI), jurubahasa tentera, pegawai Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) serta anggota komando sebagai langkah keselamatan.
Lebih mencabar lagi, dalam perjalanan keluar dari ‘ground zero, beliau dan 11 orang anggotanya turut berdepan dengan pelbagai insiden menggerunkan, termasuk cubaan melarikan bahan bukti itu.
Ketika itulah, pegawai komando dalam kumpulan perlu melindungi keselamatan bahan bukti itu walaupun terpaksa pertaruhkan nyawa mereka. Alhamdulillah, semuanya selamat dan dipermudahkan.
Info Kumpulan The Dozen Person:
– Kolonel Mohd Sakri Hussin (NADMA – Ketua Perunding)
– Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohd Ilham Haron (ATM – Perubatan)
– Dr Mohd Shah Mahmood (HKl – Patologi dan DVI)
– Mejar Nazri Musman (ATM)
– Mejar Dr Mohd Hafizi Abdullah (ATM – Perubatan)
– Mejar Muhammad Mustafa Omar (PASKAU – TUDM)
– Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal (ATM-Jurubahasa)
– Inspektor Abd Rahim Abd Aziz (SMART)
– Sarjan Shahrizal Abu Bakar (PASKAU – TUDM)
– Koperal Rosli Mustafa (PASKAU – TUDM)
– Laskar Udara Kanan Mohd Afendy Ahmad Zaini (PASKAU – TUDM)
– Rosli Shaari (SAPURA Technologies – Pakar Komunikasi)
Kepada mereka yang terlibat dalam operasi ini, kami mewakili rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kerana sanggup mempertaruhkan nyawa anda demi melaksanakan tugas terhadap negara. Anda semua sememangnya wira di hati kami.
Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/13/pegerakkan-diekori-kisah-the-dozen-person-menyusup-masuk-negara-orang-nak-settle-kes-mh17/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Beng Hock Dap Minta Penjelasan Peguam Negara

Kes Beng Hock Dap Minta Penjelasan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 358 hits
Pada 29 Jun 2019 tahun lalu Peguam negara telah menjawab dalam suratnya pada 4 Disember 2018 bahawa dia telah menulis kepada ketua polis negara pada 17 Julai 2018 untuk berbuat demikian Dalam jawapannya ketua polis negara menyatakan rasa ke...
Eu Ulangi Gesaan Kepada Rusia Bagi Kes Mh17 Insiden Sudah Masuki Tahun Kelima

Eu Ulangi Gesaan Kepada Rusia Bagi Kes Mh17 Insiden Sudah Masuki Tahun Kelima

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 282 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nak Bagi Bayi Puting Boleh Bila Pandai Hisap Jari Masuk 4 6 Bulan Pastikan Stop

Nak Bagi Bayi Puting Boleh Bila Pandai Hisap Jari Masuk 4 6 Bulan Pastikan Stop

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 587 hits
Memberikan bayi puting tiruan menimbulkan pelbagai pendapat di kalangan pihak Masuk angin gigi jongang dan sebagainya menjadi ketakutan bagi ibu bapa yang ingin memberikan anak puting Pandangan yang diberikan oleh konsultan tangisan bayi in...
Indonesia Masuk Daftar 25 Negara Dengan Orang Kaya Terbanyak Dunia

Indonesia Masuk Daftar 25 Negara Dengan Orang Kaya Terbanyak Dunia

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 333 hits
Para orang tajir itu disebut high net worth individual atau individual dengan kekayaan tinggi Amerika Serikat memimpin di daftar orang kaya terbanyak dengan jumlah 5 3 juta populasi orang terkaya
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 304 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Kes Md Ali Amir Batcha Polis Tidak Pernah Berjanji Bawa Kes Ke Peguam Negara

Kes Md Ali Amir Batcha Polis Tidak Pernah Berjanji Bawa Kes Ke Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 895 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cik Nak Pergi Mana Kisah Misteri Yang Menyelubungi Bangunan Kondominium Highland Towers

Cik Nak Pergi Mana Kisah Misteri Yang Menyelubungi Bangunan Kondominium Highland Towers

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1841 hits
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi satu dari 3 blok kondominuim di Taman Hillview Ulu Klang Selangor pada 11 Disember 1993 Tragedi tersebut adalah satu satunya tragedi bangunan runtuhan yang pertama dan terburuk setelah Malaysia menc...
Kisah Pendiri Forever 21 Sempat Masuk Daftar Orang Terkaya Hingga Diambang Bangkrut

Kisah Pendiri Forever 21 Sempat Masuk Daftar Orang Terkaya Hingga Diambang Bangkrut

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 253 hits
Kekayaan pendiri Forever 21 Chang Jin Sook dan Chang Do Won asal Korea Selatan terhempas seiring kinerja penjualan ritel fesyen tersebut Pada 3 Juli Forbes melaporkan keluarnya pasangan tersebut dari daftar orang terkaya dunia
Can A Banned Author Become The Next Sasterawan Negara

Can A Banned Author Become The Next Sasterawan Negara

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 240 hits
Faisal Tehrani s seven books have been banned ostensibly due to their Shia flavour KUALA LUMPUR A prominent novelist and social commentator known for his unconventional writings on Malay history is under serious consideration for Sasterawan...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia