Kes Cerai Di Selangor Berkurang Sejak 2016 Ketua Hakim Syarie


sitifatimah  Antara punca kerana kurang penghayatan agama, masalah kewangan
SHAH ALAM – Kadar perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Selangor menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun lepas, kata Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Mohammad Adib Husain.
Beliau berkata bagi tempoh tersebut, rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menunjukkan 11,860 permohonan cerai difailkan tahun lepas berbanding 12,203 kes pada 2017 dan 12,513 kes (2016).
Mohammad Adib percaya penurunan ini, antara lain, disebabkan oleh beberapa inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan JAKESS bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri berkenaan.
“Antara inisiatifnya adalah seperti kursus pasca perkahwinan, seminar kefahaman undang-undang syariah, kaunter runding cara dan kaunter bahagian sokongan keluarga JAKESS yang dibuka pada tarikh yang ditetapkan melalui hebahan kepada pelanggan Mahkamah Syariah ini,” katanya kepada Bernama, di sini.
Menurut beliau, sebagai sebuah negeri maju, ramai umat Islam dari negeri lain atau dari negara luar berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki menyebabkan mana-mana pasangan yang bermasalah lebih cenderung untuk memfailkan permohonan perceraian mereka di sini.
“Walaupun bilangan permohonan perceraian di Selangor menunjukkan trend penurunan, namun jumlahnya diakui masih tinggi berbanding negeri-negeri lain dan antara puncanya adalah disebabkan faktor kepadatan penduduk,” katanya.
Tambah beliau, berdasarkan rekod jabatan, antara faktor yang mendorong perceraian pasangan Islam adalah kurangnya penghayatan agama; tiada persefahaman; masalah kewangan, curang; campur tangan keluarga dan keganasan rumah tangga, selain pengaruh media sosial.
Beliau berkata, disebabkan permohonan perceraian dilihat menurun saban tahun, JAKESS terus berusaha menyelesaikan kes-kes tersebut sama ada secara prosiding mahkamah biasa ataupun melibatkan proses kerja ‘fast track’ bagi memudahkan individu terbabit untuk memulakan hidup baharu. 
Kata Mohammad Adib, berdasarkan rekod jabatan itu, sebanyak 8,022 kes permohonan perceraian berjaya diselesaikan menerusi proses kerja ‘fast track’ pada tahun 2016 hingga 2018 iaitu 3,519 kes bagi 2016; 2,238 kes (2017) dan 2,265 kes pada tahun lepas.
“Bagi tahun ini bermula Januari sehingga Jun lepas pula, sebanyak 7,013 permohonan cerai difailkan dengan 1,279 kes telah diselesaikan secara fast track,” katanya.
Tegas beliau, walaupun ada pihak membangkitkan konsep perceraian ‘fast track’ antara punca jumlah kes cerai tinggi di Selangor, perlu difahami bahawa ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya dan hanya diguna pakai sekiranya mahkamah berpuas hati wujudnya pecah belah atau ‘shiqaq’ dalam permohonan cerai mana-mana pasangan.
Selain itu, permohonan pasangan terbabit juga mesti menepati beberapa syarat ditetapkan iaitu penyediaan dokumen yang lengkap; suami dan isteri hadir ke mahkamah; wujud persetujuan antara suami dan isteri untuk bercerai secara baik serta harmoni; dan isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut, jelas Mohammad Adib.
Proses kerja kes cerai ‘fast track’ yang diperkenalkan JAKESS pada tahun 2015 itu bertujuan untuk mengurangkan lambakan kes tertangguh di jabatan berkenaan dengan menyelesaikan permohonan cerai yang menepati syarat ditetapkan dalam masa enam jam.
Dalam pada itu, Mohammad Adib memberitahu selain proses kerja ‘fast track’, kes perceraian yang melibatkan prosiding perbicaraan di mahkamah masih dilaksanakan seperti biasa membabitkan kes tuntutan fasakh, cerai taklik, khuluk (tebus talak) serta tuntutan perceraian dan pengesahan cerai taklik.
“Bagi kes-kes permohonan perceraian yang tidak melalui proses kerja ‘fast track’, sebanyak 24,322 kes bagi tempoh 2017 hingga Jun tahun ini berjaya diselesaikan dan selebihnya masih menjalani prosiding mahkamah,” katanya.
Tambah beliau, antara usaha yang dilakukan jabatan berkenaan bagi mempercepatkan pengurusan kes-kes tersebut termasuklah memperkenalkan pelaksanaan hakam dalam permohonan cerai melalui Kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 selain menjalankan perbicaraan pada waktu malam. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/kes-cerai-di-selangor-berkurang-sejak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

Hati Hati Buat Komen Kes Wan Ji Kata Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 299 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad Jangan pula Wan Ji masuk penjara kerana hina Sultan dan ketua pemuda parti komponen PH masuk penjara kerana hina mahkamahTIBA TIBA Wan Ji Wan Hussin menarik perhatian ramai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hu...
Quot Cuba Cari Penyelesaian Ketika Tempoh Edah Quot Nasihat Norman Hakim Buat Pasangan Baru Cerai

Quot Cuba Cari Penyelesaian Ketika Tempoh Edah Quot Nasihat Norman Hakim Buat Pasangan Baru Cerai

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 362 hits
Hiburan Pelakon Norman Hakim menyarankan agar pasangan suami isteri yang baru melalui proses perceraian agar bermuhasabah diri dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang telah terbina atas dasar cinta Pernah melalui situasi sama keti...
Kpk Apresiasi Hakim Cabut Hak Politik Wakil Ketua Dpr Taufik Kurniawan

Kpk Apresiasi Hakim Cabut Hak Politik Wakil Ketua Dpr Taufik Kurniawan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 172 hits
Pencabutan hak politik menjadi salah satu poin krusial Sebagai wakil rakyat Taufik Kurniawan justru mencederai kepercayaan masyarakat karena terjerat kasus korupsi
Sprm Siasat Kes Kes Punitif Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara

Sprm Siasat Kes Kes Punitif Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat kes kes yang menggesa tindakan punitif berhubung kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru baru ini Ketua Pesuru...
Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 408 hits
July 9 2019 12 36 PMHakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman dalam penghakimannya berkata kata kata menghasut dikeluarkan Wan Ji Wan Hussin ialah satu penghinaan kepada Sultan Selangor PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ii...
Tergamak Ibu Paksa Remaja Tinggal Bersama Mayat Nenek Sejak 2016

Tergamak Ibu Paksa Remaja Tinggal Bersama Mayat Nenek Sejak 2016

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 401 hits
Delissa Navonne ditahan polis selepas disyaki membiarkan anak perempuannya tinggal bersama dengan mayat ibunya sejak 2016 TEXAS Polis Seguin menahan seorang wanita selepas disyaki membiarkan anak perempuannya tinggal bersama dengan mayat ib...
Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

Anak Mendiang Karpal Singh Mungkin Tarik Balik Saman Terhadap Bekas Ketua Hakim Negara

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 424 hits
Anak kepada mendiang Karpal Singh peguam Sangeet Kaur Deo berkemungkinan menarik balik tindakan undang undang ke atas bekas Ketua Hakim Negara berhubung dengan dakwaan campur tangan kehakiman dalam keputusan kes hasutan mendiang bapanya dan...
Bantah Tgpf Ketua Kpk Tegaskan Kewenangan Novel Sebagai Penyidik Selalu Dikontrol

Bantah Tgpf Ketua Kpk Tegaskan Kewenangan Novel Sebagai Penyidik Selalu Dikontrol

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 139 hits
Menurut Agus Novel sebagai penyidik KPK selalu dikontrol oleh pimpinan KPK saat menjalankan tugas
Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

Ketua Cawangan Umno Tak Bodoh Zahid Balas Dakwaan Dr M

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 263 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ketua cawangan mereka tidak bodoh seperti yang didakwa Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata malahan mereka bijak menilai sabar dan setia dalam perjuangan Harap Tun tak lupa program di...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids