Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop


Adam Abu BakarHanya 15 pelajar dibenarkan dalam satu kelas.KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan awam berjalan lancar dengan ibu bapa turut berpuas hati dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan pihak sekolah.
Pengetua SMK Dato’ Onn di sini, Salina Shaari berkata pihaknya membuat persiapan sejak awal bulan ini dengan mengadakan mesyuarat atas talian dan bersemuka dengan guru serta pihak pengurusan sekolah sebanyak 8 kali.
“Dalam mesyuarat tersebut, kita meneliti SOP yang disediakan Kementerian Pendidikan. Berlandaskan SOP itu, kami merancang pula SOP yang bersesuaian dengan sekolah kami. Alhamdulillah, kami dapat laksanakan SOP pengoperasian bagi pelajar tingkatan 5 dengan kerjasama guru-guru.
Alat sanitasi tangan yang dicipta guru SMK Dato’ Onn
menggunakan paip PVC untuk kegunaan pelajar.“Seperti apa yang dirancang, ia dilaksanakan dengan sempurna hari ini, cumanya peratusan pelajar yang hadir ke sekolah tidak 100%. Yang hadir lebih kurang 85% hari ini, dengan jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 5 seramai 125 orang kesemuanya,” katanya kepada FMT.
Pada 10 Jun lalu, Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Jidin mengumumkan sekolah dibuka semula hari ini untuk kira-kira 500,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM), Sijil Tinggi Agama (STAM) dan peperiksaan antarabangsa.
Katanya, SOP yang dikeluarkan kerajaan akan ditambah baik dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu berbangkit sepanjang sesi persekolahan.
Pelajar tak hadir
Salina yang lebih mesra dengan panggilan “bonda” dalam kalangan pelajar dan guru, berkata beliau sudah mengarahkan guru menghubungi pelajar untuk bertanyakan masalah atau sebab mereka tidak hadir ke kelas hari ini.
“Sebagai pengetua, saya harapkan kehadiran pelajar adalah 100% kerana mereka akan duduki SPM awal tahun depan. Kami akan sentiasa bantu pelajar.”
Mengenai perjalanan hari pertama persekolahan hari ini, Salina berkata, mereka menjalankan simulasi bagi menilai pelaksanaan SOP dan memaklumkan ibu bapa mengenai SOP yang perlu dipatuhi.
Keadaan di dalam bilik guru yang turut mengamalkan
penjarakan sosial 1m.“Bagi SOP di bilik darjah, saya amat berpuas hati. Pelajar dapat dikawal dengan sempurna, di mana mereka mematuhi apa yang diminta oleh guru dan kedudukan tempat pelajar di dalam kelas juga tidak akan berubah. Alhamdulillah, pelajar SMK Dato’ Onn mematuhi SOP ditetapkan.”
Beliau bangga dengan kreativiti dan inisiatif guru mencipta alat sanitasi tangan menggunakan paip PVC dengan kos minimum dan efektif buat pelajar.
“Kita gunakan sumber-sumber yang ada dan kita reka alat sanitasi tangan dengan pijak kaki. Sekarang ini kami ada 3 alat berkenaan dan apabila sekolah dibuka secara berperingkat, kita akan sediakan lebih banyak lagi alat sanitasi tangan itu.”
Keyakinan ibu bapa
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Dato’ Onn, Mustafa Abu berkata pihaknya berpuas hati dengan persekitaran selamat yang disediakan untuk pelajar.
“SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan ini dipatuhi pihak sekolah, ada alat sanitasi tangan, penjarakan sosial 1m itu dipatuhi dan saya sendiri sudah buat lawatan ke setiap kelas. Bahkan bilangan pelajar dalam kelas juga dihadkan 15 orang dalam 1 kelas.”
Beliau berharap ibu bapa akan yakin dengan pihak sekolah dan tidak bimbang untuk membenarkan anak kembali menyambung pelajaran di sekolah.
Pengetua SMK Dato’ Onn, Salina Shaari.“Saya ingin nasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu risau untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah. Segala SOP sudah dipatuhi sebelum, sewaktu dan selepas sesi persekolahan. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak di sekolah.”
Punithan Krishnan, 39, bapa kepada seorang pelajar tingkatan 5 di SMK Dato’ Onn berkata, beliau sendiri menasihatkan anaknya supaya mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan.
“Saya ingatkan anak tentang apa perlu dibuat semasa berada di sekolah, tentang penjarakan sosial, sentiasa memakai topeng. Anak saya juga bersemangat ke sekolah sebabnya sudah lama tidak ke sekolah dan tidak bertemu rakan-rakan.”
Katanya, beliau membeli cecair pembasmi kuman dan topeng lebih kepada anaknya sebagai persediaan jika topeng dipakainya mengalami kerosakan ketika di sekolah.
“Sudah 3 bulan lebih anak tidak pergi ke sekolah, jadi hari ini agak panik juga kerana takut tentang keselamatan anak di sekolah. Tetapi, bila tengok persediaan dilakukan pihak sekolah, saya yakin kita boleh lepasi Covid-19.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/hari-pertama-sekolah-dibuka-lancar-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

Kerjasama Guru Ibu Bapa Lancarkan Pelaksanaan Sop Baharu Sekolah

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 309 hits
Khalil bersama pihak sekolah di hadapan dinding sekolah yang memaparkan peringatan tentang COVID 19 Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 25 Jun Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi berpuas hati dengan usaha dan kerja...
Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti Panjang

Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti Panjang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akibat penularan wabak COVID 19 sesi persekolahan membabitkan pelajar mengambil peperi...
Wow Surprise Sempena Hari Lahir Mesej Anak Sulung Buat Ibu Bapa Meruntun Jiwa Ramai

Wow Surprise Sempena Hari Lahir Mesej Anak Sulung Buat Ibu Bapa Meruntun Jiwa Ramai

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 568 hits
Surprise sempena hari lahir mesej anak sulung buat ibu bapa meruntun jiwa ramai Kalau boleh saya tak nak kahwin Video kejutan istimewa dan mesej ucapan Rafidah kepada kedua ibu bapanya menjadi tular di media sosial WARGANET sebak melihat se...
Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai 2020 Sop Yang Perlu Dipatuhi

Sekolah Tabika Dibuka 1 Julai 2020 Sop Yang Perlu Dipatuhi

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 1256 hits
hai assalammualaikumSekolah Tabika Dibuka 1 Julai Disebabkan covid 19 banyak sekolah universiti ditutup bagi menghentikan penukaran wabak ni Baby dan kanak kanak paling risiko terkena jangkitan wabak covid ni Masa tak boleh pergi sekolah tu...
Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal Di Ibu Kota

Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal Di Ibu Kota

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 242 hits
Suasana Hari Pertama Pembukaan Mal di Ibu Kota Pada penerapan Pembatasan Sosial Berskala Besar transisi Pemprov DKI Jakarta membuka kembali 80 pusat perbelanjaan atau mal di wilayah Jakarta dengan standar protokol kesehatan yang ketat
Jais Puas Hati Pematuhan Sop Solat Jumaat

Jais Puas Hati Pematuhan Sop Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 473 hits
SHAH ALAM 13 JUN Jabatan Agama Islam Selangor berpuas hati dengan pematuhan tatacara operasi piawai dipamerkan jemaah solat Jumaat di semua 39 masjid di negeri ini semalam kata pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata pihaknya yakin suasana...
Pra Sekolah Taska Amp Tadika Akan Dibuka Mulai 1 Julai 2020 Mengikut Sop

Pra Sekolah Taska Amp Tadika Akan Dibuka Mulai 1 Julai 2020 Mengikut Sop

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 508 hits
Selepas Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa sesi persekolah bagi kelas kelas peperiksaan akan dibuka pada 24 Jun 2020 ramai ibu bapa menyambut baik keputusan tersebut Dibuka dengan SOP yang ketat nampaknya persekitaran sekola...
Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Hari pertama persekolahan bagi pelajar kelas peperiksaan awam hari ini setelah hampir tiga bulan sesi persekolahan ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19 menyaksikan perasaan b...
Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

Ibu Bapa Berkorban Sediakan Akses Internet

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 241 hits
BERMULA semalam semua sekolah mula beroperasi membabitkan kelas peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia Bagi pelajar selain kela
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner