Hari Pertama Sekolah Selepas Cuti Panjang




KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar mengambil peperiksaan awam, dimulakan semula hari ini.
Perasaan gembira berbaur khuatir pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah diyakini berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Bersama persiapan rapi dilakukan pihak sekolah dan pematuhan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, pembukaan sektor pendidikan dilihat penting, terutama bagi pelajar Tingkatan Lima serta Tingkatan Enam.
Pelajar terbabit bakal menduduki peperiksaan awam, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Atas faktor itu juga, Kementerian Pendidikan (KPM) berpendirian tidak akan menangguhkan pembukaan prasekolah, Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) kerajaan serta swasta yang dijadualkan bermula 1 Julai ini.

Tinjauan hari pertama persekolahan dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Pengawal Keselamatan SMK Puchong bersama guru memeriksa suhu badan pelajar tingkatan 5 SMK Puchong mengikut SOP yang ditetapkan. - NSTP/Hazreen Mohamad
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak melakukan pemeriksaan suhu badan pada tinjauan hari pertama persekolahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - NSTP/Aswadi AliasAntara SOP pembukaan semula sekolah ialah pemeriksaan suhu setiap hari bagi murid, guru dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
Mereka dengan suhu badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala, tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah, manakala aktiviti di luar bilik darjah seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka, tidak dilaksanakan sehingga suatu tarikh dimaklumkan nanti.

Melalui tinjauan dilakukan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, semalam, beliau berpuas hati melihat semua pihak termasuk sekolah, pelajar dan ibu bapa, sudah melakukan persiapan yang cukup untuk pembukaan semula sekolah.
Beliau berkata, KPM akan menganalisis situasi selepas Tingkatan Enam Atas dan Tingkatan Lima memulakan kelas, serta berbincang semula dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum memutuskan bila pelajar lain boleh kembali ke sekolah.
Mengenai situasi COVID-19 pula, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam memaklumkan bahawa hanya tiga kes baharu direkodkan, iaitu antara paling rendah selepas hanya dua kes baharu pada 10 Jun lalu.

Selain itu, tiada kematian dicatatkan, semalam, menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.
Apapun yang diputuskan kerajaan, rakyat Malaysia wajar optimis bahawa negara semakin menghampiri garis untuk bebas daripada pandemik COVID-19 dengan mematuhi SOP dan kawalan kendiri yang tinggi.
Namun perlu diingat, rakyat tidak boleh alpa dengan segala kelonggaran diberikan kerajaan kerana segalanya kini berada dalam tangan 32.7 juta rakyat Malaysia. – BERNAMA

Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, menjamu selera selepas melaporkan diri dan memasuki asrama, semalam. - FOTO BERNAMA
Pengawal keselamatan bersama guru bertugas mengambil dan mencatatkan suhu pelajar dan guru yang tiba di hadapan pagar sekolah. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/hari-pertama-sekolah-selepas-cuti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

Pembukaan Semula Sekolah Guru Pelajar Akui Teruja Hari Pertama

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 24 Jun Hari pertama persekolahan bagi pelajar kelas peperiksaan awam hari ini setelah hampir tiga bulan sesi persekolahan ditangguh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID 19 menyaksikan perasaan b...
Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

Hari Pertama Sekolah Dibuka Lancar Ibu Bapa Puas Hati Pelaksanaan Sop

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 653 hits
Hanya 15 pelajar dibenarkan dalam satu kelas KUALA LUMPUR Hari pertama pembukaan semula sekolah bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan awam berjalan lancar dengan ibu bapa turut berpuas hati dengan prosedur operasi standard yang dilaksana...
Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

Letak Jawatan Selepas 17 Hari Kalau Tiada Apa Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 319 hits
Tindakan Datuk Seri Noh Omar meletakkan jawatan Pengerusi MISC selepas 17 hari dilantik menjadi tanda tanya di kalangan pelbagai pihak bahkan di kalangan pengkaji politik Kalau tidak ada ada masakan tempua bersarang rendah tulis bekas Penas...
Pdrm Keluarkan 80 950 Saman Sejak Hari Pertama Pkpp Bukit Aman

Pdrm Keluarkan 80 950 Saman Sejak Hari Pertama Pkpp Bukit Aman

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR 17 Jun Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 80 950 saman terhadap pengguna jalan raya sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga semalam Antara kesalahan utama yang dilakukan adal...
Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 457 hits
Tindakan pihak tertentu meniru konsep BERNAMA dan menyebarkan fitnah adalah jijik Berhemahlah dalam politik Semoga Allah SWT mengadili mereka dengan sebaik baik pengadilan Itu kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah kepada Allah supaya mem...
Warga Emas Ditemui Maut Dalam Rumah Selepas Beberapa Hari

Warga Emas Ditemui Maut Dalam Rumah Selepas Beberapa Hari

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 369 hits
RAWANG Siapa sangka ziarah anak kandung rupanya membawa berita sedih apabila mangsa ditemui mati selepas beberapa hari di kediamannya Mayat mangsa dijumpai kira kira jam 8 malam di sebuah rumah teres dekat Bandar Tasik Puteri Rawang Difaham...
Jangan Risau Hantar Anak Ke Sekolah Selepas Ini

Jangan Risau Hantar Anak Ke Sekolah Selepas Ini

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 266 hits
Sesi persekolahan yang terhenti lama akibat wabak pandemik COVID 19 yang melanda seluruh negara membuatkan ramai ibu bapa merasa risau untuk menghantar anak mereka ke sekolah semula seperti biasa Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia men...
Hari Pertama Cfd Buka Di Jakarta Yuri Ungkap Masyarakat Lupa Jaga Jarak

Hari Pertama Cfd Buka Di Jakarta Yuri Ungkap Masyarakat Lupa Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 269 hits
Juru Bicara Pemerintah untuk Penanganan Covid 19 Achmad Yurianto menjelaskan tim gugus tugas saat ini terus melakukan pemantauan
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Satu Kesulitan Tidak Mungkin Menang Melawan Dua Kemudahan Tetap Optimis

Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja