Harga Tak Munasabah Pasca Pkp Peniaga Beri Alasan Tanggung Kos


Peniaga yang menaikkan harga barangan atau perkhidmatan boleh diambil tindakan di bawah undang anti pencatutan.KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan secara tidak munasabah atas alasan terpaksa menampung kos operasi yng meningkat sepanjang wabak Covid-19
Tinjauan FMT mendapati peniaga, termasuk perniagaan dalam talian menaikkan harga sehingga RM30 bagi sesuatu barangan atau produk
Pelbagai alasan diberikan peniaga antaranya untuk menampung semula kos operasi dan peniagaan yang merudum selepas kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu
Menurut seorang penjawat swasta, Noor Farzana Mohd Hafizan, 29, produk kecantikan dibelinya pada Disember lalu berharga RM100, namun dinaikkan peniaga sama kepada RM130 bulan lepas
Apabila beliau bertanya punca harga meningkat, peniaga hanya memberi alasan harga ditetapkan selepas PKP
“Saya juga ada beli beberapa barangan lain secara dalam talian, tapi peniaga lain tidak menaikkan harga seperti ini,” katanya
Walaupun mempunyai pilihan, beliau tidak mahu mengambil risiko membeli daripada peniaga lain kerana bimbang mengenai aspek ketulenan produk kecantikan itu
“Peniaga sepatutnya tidak boleh mengambil kesempatan dalam keadaan orang ramai sedang membina semula kehidupan dan ada antara mereka yang kehilangan pekerjaan,” katanya
Berkongsi situasi sama, seorang pelajar universiti swasta, Mior Ahmad Faiz Ishak, 23, yang menggunting rambut selepas kerajaan memberi kebenaran kepada pengusaha kedai gunting beroperasi semula, terkejut dengan harga perkhidmatan yang mencecah RM30
“Sebelum PKP saya hanya dicaj RM19 sahaja, namun selepas PKP harga dinaikkan kepada RM30
“Bila tanya, mereka hanya jawab mereka perlu membeli pelitup muka, set sarung tangan dan apron pakai buang pekerja.”“Selain itu, mereka juga memberikan alasan perlu menanggung kos operasi sebelum ini kerana ditutup pada Mac lalu,” katanya
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEPWPKL) tidak akan berkompromi terhadap pengusaha premis dan peniaga dalam talian yang didapati menaikkan caj secara tidak munasabah
Ketua pegawai penguatkuasa negeri KPDNHEPWPKL Zubir Hamsa berkata, mana-mana peniaga yang didapati melakukan perkara itu akan dikenakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011)
“Adalah tidak munasabah menaikkan harga dari RM19 ke RM30 hanya untuk menggunting rambut
“Peniaga jangan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak munasabah, terutama dalam situasi orang ramai memerlukan perkhidmatan itu,” katanya
Beliau berkata, siasatan boleh dibuat di bawah AKHAP 2011 kerana disyaki mencatut, iaitu mengambil keuntungan yang tidak munasabah
“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat atau pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000,” katanya. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/08/harga-tak-munasabah-pasca-pkp-peniaga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Kediaman Menurun Pasca Covid 19

Harga Kediaman Menurun Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 176 hits
Kemerosotan nilai hartanah ketika ini bertentangan dengan fungsinya sebagai medium simpanan nilai pada masa ini PETALING JAYA Seorang pakar hartanah berpendapat tempoh krisis kesihatan ketika ini mencetuskan gelombang baharu dalam pasaran h...
Bekerja Di Pasca Pkp 5 Sibuknya Datang Bagai Taufan

Bekerja Di Pasca Pkp 5 Sibuknya Datang Bagai Taufan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 315 hits
assalamualaikum lama jari jemari saya tak menaip di ruang blog ni berbulan lamanya bermulanya masuk kerja selepas PKP fasa 5 terus terabai blog ni byk kisah nak dicoretkan namun masa amat mencemburui kesibukannya dtg mcm taufan tak berkesem...
Harga Emas Dah Murah Tapi Kos Upah Pula Mahal

Harga Emas Dah Murah Tapi Kos Upah Pula Mahal

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 416 hits
Harga emas dah murah tapi kos upah pula mahal Assalamualaikum dan salam sejahtera Buat mereka yang mengikuti perkembangan harga emas semua dah sedia maklum yang harga emas hari ini dah turun 2 hari lepas aku ke kedai emas harga bagi 1g adal...
Hiburan Rezeki Pkp Peniaga Lain Tutup Kedai Shera Lee Tambah Pekerja Demi Bantu Mereka Yang Memerlukan

Hiburan Rezeki Pkp Peniaga Lain Tutup Kedai Shera Lee Tambah Pekerja Demi Bantu Mereka Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 391 hits
Sejak bulan Mac yang lalu ramai yang terkesan dengan virus yang digeruni satu dunia ketika ini COVID 19 tetapi ini tidak menghalang seorang usawanita Nur Shahira Romli atau lebih mesra dengan nama panggilan Shera pemilik jenama tudung Shera...
Korang Peniaga Terjejas Akibat Covid 19 Ini Peluang Rebut Iklan Percuma Rm500k

Korang Peniaga Terjejas Akibat Covid 19 Ini Peluang Rebut Iklan Percuma Rm500k

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 179 hits
Prihatin dengan impak Covid 19 terhadap perniagaan kecil diusahakan peniaga daripada pelbagai lapisan masyarakat syarikat media digital dan pemasaran media sosial iMedia Asia mengumumkan pengagihan RM500 000 dalam bentuk inventori media bag...
Seberangjaya Peniaga Wanita Ditahan Sebar Maklumat Palsu Covid19

Seberangjaya Peniaga Wanita Ditahan Sebar Maklumat Palsu Covid19

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 249 hits
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata peniaga berusia 33 tahun itu ditahan semalam selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus pasar raya itu yang memaklumkan terdapat mesej tular di...
5813 Highlight Penguatkuasa Peniaga Perlu Bersikap Rasional I 11 Ogos 2020 Buletin Pertiwi 11 08 2020

5813 Highlight Penguatkuasa Peniaga Perlu Bersikap Rasional I 11 Ogos 2020 Buletin Pertiwi 11 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 504 hits
Buletin Pertiwi Highlight Banteras Judi Habis Habisan10 Ogos 2020 Artikel oleh Buletin PertiwiHIGHLIGHT PENGUATKUASA PENIAGA PERLU BERSIKAP RASIONAL I 11 OGOS 2020
Hiburan Saya Bukan Diva Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Hiburan Saya Bukan Diva Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan Safiey Illias Akui Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 611 hits
Mendedahkan dirinya langsung tidak kisah untuk makan atau membeli makanan daripada peniaga kecil di tepi jalan usahawan penuh kontroversi Safiey Illias akui sudah terbiasa dengan perkara seperti itu kerana beliau juga berasal daripada kelua...
Sedia Jalan Keluar Bagi Peniaga Kecil

Sedia Jalan Keluar Bagi Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 362 hits
Ipohmali Semalam ada baca post Ds Anwar Ibrahim Dia minta Dato Menteri Besar Selangor dan telah menasihatkan beliau untuk mengambil tindakan tegas melibatkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di majlis bandaraya Kalau Boleh Ds Anwar janga...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban

Si Tomy Sesekali Selalu Akhirnya Menetap

Makan Sup Pahlawan Nasi Goreng Mega Di Rumah Makan Sup Abang Ijam