Hiburan Rezeki Pkp Peniaga Lain Tutup Kedai Shera Lee Tambah Pekerja Demi Bantu Mereka Yang Memerlukan
Sejak bulan Mac yang lalu, ramai yang terkesan dengan virus yang digeruni satu dunia ketika ini, COVID-19 tetapi ini tidak menghalang seorang usawanita, Nur Shahira Romli, atau lebih mesra dengan nama panggilan Shera, pemilik jenama tudung Shera Lee.
Shera kini lebih aktif meniaga di dalam talian (online) dan mengharapkan agar rezekinya akan bertambah-tambah lagi selepas ini kerana orang ramai kini sudah lebih tahu mengenai dunia digital. Pernah kehilangan lebih dari RM 500 ribu dalam perniagaan pada tahun 2017 telah membuatkan Shera lebih berjaga-jaga dalam memilih strategi perniagaan. Kali ini, dia memilih untuk rancak menjalankan strategi perniagaan menerusi pemasaran digital yang dipelajarinya sejak tahun 2016 lagi.
‘Sebabkan kita pernah bungkus bisnes, dari bangunan 3 tingkat terus pindah ke rumah saya dan sekarang alhamdulillah, kembali dengan lebih infrastruktur yang lebih selesa. Saya kena bijak pilih strategi pemasaran dan zaman sekarang semua orang nak mudah. Pilih barang online, bayar lepas tu tunggu sampai kan? Saya yakin, niat saya nak bantu mereka yang telah kehilangan kerja, akan buatkan perniagaan saya lebih diberkati.” Shera Lee baru saja membuka kembali kedai di Tamarind Square Cyberjaya yang dikhaskan untuk penggemar jenama tudung terkenal, SHERA LEE yang ingin memegang dan merasai sendiri koleksi dari mereka.
Dalam kepayahan menanggung bebanan meneruskan perniagaan di dalam zaman pasca COVID-19, Shera Lee perlu terima hakikat yang zaman sekarang faktor kesihatannya kini juga perlu diberikan keutamaan. Perniagaan yang diusahakan mengalami kerugian dan juga kehilangan kepercayaan merupakan punca utama kepada penyakit Anxiety Disorder yang dialami oleh Shera sejak tahun 2017 lagi.
“Ramai yang tak faham bila ada anxiety disorder ni, kita selalunya tak dapat teka bila badan dan otak kita akan tak synchronise tau. Susah nak terangkan tapi ada masanya, kita akan rasa down dan kekurangan serba serbi dalam masa sekejap sahaja dan dia boleh datang bila-bila masa. Kadang tu, masa Shera tengah buat kerja pun, perasaan tu boleh datang dan saya perlu tenang dan belajar untuk overcome perasaan ni.” Shera Lee juga tidak malu untuk mengaku yang dia memerlukan bantuan khidmat nasihat supaya kesihatan mental dirinya semakin baik.
Mana nak menghadap kerenah pelanggan lagi, bila ditanya mengenai perangai customer, “Saya dan team Shera Lee, memang dari dulu sangat mengutamakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik! Kami akan cuba layan sebaiknya sampailah mereka puas hati. Bukan sebab kita nak duit mereka, tapi kami nak mereka shopping tudung dengan gembira dan mendapat kepuasan yang mereka inginkan dengan memilih jenama tudung kami.
“Kita anggap bila customer shopping dengan Shera Lee, dia macam shopping dengan BFF la senang cerita! Boleh tanya pendapat, tanya macam-macam soalan. Team Shera Lee ni memang dah dilatih untuk melayan pelanggan macam kawan baik, jadi jangan risau ya.”\ Shera Lee kini baru sahaja menambah beberapa orang pekerja baru yang dilatih sendiri olehnya supaya menepati piawaian yang ditetapkan.
Di sebabkan sokongan padu dari pelanggan setia Shera Lee atau #slbabes, pasukan Shera Lee dapat berkembang dari 2 orang pada tahun 2018 kepada 15 orang pada tahun 2020. Hebat kan anak muda sekarang? Bukan saja tak takut dilambung ombak dan badai dalam dunia perniagaan tapi sanggup buka peluang untuk anak muda lain sama-sama belajar selok belok perniagaan juga. Salute!
Shera Lee kini sedang aktif melancarkan koleksi terbarunya, WILD PETALS X SL PLEATS. Boleh tengok dekat www.sheralee.my sebab memang rambang mata nak pilih ya! Warna dan corak semua menarik sangat!
Last sekali, semoga ramai lagu usahawan online akan lebih tabah melayan kerenah pelanggan dan juga lebih tabah menghadapi dugaan yang akan datang! Kita doakan, semoga berjaya dan murah rezeki wahai usahawan sekalian!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-rezeki-pkp-peniaga-lain-tutup.html