Bekerja Di Pasca Pkp 5 Sibuknya Datang Bagai Taufan
assalamualaikum 😊
lama jari-jemari saya tak menaip di ruang blog ni
berbulan lamanya. bermulanya masuk kerja selepas PKP fasa 5, terus terabai blog ni
byk kisah nak dicoretkan. namun masa amat mencemburui..
kesibukannya dtg mcm taufan, tak berkesempatan langsung nak luangkan masa utk blog 😅
saat ni tidak sibuk
oh, tidak. rindu kat blog ni dah tak tertahan. update sekejap buat hilang rindu
apa nak dikongsikan ye
takde apa. borak kosong saje
ke mana pun kini, saya takkan lagi tanpa facemask.
ni time di hospital, Khamis lepas, bawak Nurin check-up gigi.
hari ni saya berpuasa ganti. teman mr.asben. mr.asben sgt rajin puasa sunat setiap Isnin dan Khamis
lagipun, hari ni tiada apa yg penting nak dibuat. tak perlu ke sana ke mari. stay office je
10.6.2020 saya kembali bekerja. tidak lagi bekerja dari rumah
agak lama juga bekerja dari rumah iaitu dari 18.3.2020 hingga 9.6.2020
masuk kerja, hmmmmm tak lengah-lengah la kerja dtg, bagai taufan yg melanda
tak sempat nak bernafas. hingga akhir ogos ni pun da full dah jadual kerja hakiki
SOP MKN untuk Pusat Latihan Awam kami nak kena ikut. utk peserta. utk urusetia
bilangan peserta pun kami kena kurangkan. sebabnya penginapan terhad kpd 1 org 1 bilik
byk kursus yg tertangguh dek PKP kena rescheduled. ditangguhkan. dibatalkan
sememangnya pandemik covid-19 ni beri kesan yg besar pd kehidupan kita
normal baharu kehidupan kita sedunia! now pun dok timbul kluster demi kluster dlm negara dek perbuatan org yg tak bertanggungjawab
hmmmm... moga Allah angkatlah virus covid-19 jahat ni dari muka bumi dgn segera
dan kita bakal nikmati kembali keindahan hidup seharian..
weekend lepas, sempat la riadah dgn keluarga. Sabtu lepas di padang di sebelah Zoo Melaka. Ahad ptg plak, kami sekeluarga ke Taman Botanikal
riadah dgn normal baharu. semua org yg hadir pun sgt menjaga jarak fizikal
dpt la beribu-ribu langkah berjalan dgn happy. nak berlari, takut urat seluruh badan terkejut 😆😂
Sabtu 8.8.2020
Ahad 9.8.2020
hmmmm ni pun kaki dan tangan ada rasa sakit-sakit skit 😂
dah berbulan kan badan ni berehat tenang tak bersenam. baru berjalan ribu-ribu langkah, dah sakit ha ha ha ha..
ok orait ok orait
tang sini je dpt menaip. nak sambung kerja hakiki
nanti berkesempatan, saya blogwalking ye 👌. in shaa Allah..
bye 😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adianiez.com/2020/08/bekerja-di-pasca-pkp-5.html