Harga Emas Dah Murah Tapi Kos Upah Pula Mahal
Harga emas dah murah tapi kos upah pula mahal! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat mereka yang mengikuti perkembangan harga emas, semua dah sedia maklum yang harga emas hari ini dah turun. 2 hari lepas, aku ke kedai emas, harga bagi 1g (barang kemas) adalah RM250/g. Jika dibandingkan dengan harga sebelum ini, yang lebih tinggi dan dikatakan akan mencecah RM300/g. Waktu harga emas memuncak tu, kedai emas dah macam kedai jual goreng pisang panas!
Mengambil pada kesempatan harga emas turun ini, aku memang niat nak cari loket emas untuk isteri aku. Jadi aku ke kedai emas di kawasan kampung dalam bandar di area Melaka. Area sini memang banyak betul kedai emas, boleh pilih mana sahaja kedai emas yang kita nak.
Sejenis aku, aku tak suka “Sambar” sahaja. Aku suka survey sampai aku jumpa yang aku betul betul minat. Nak dijadikan cerita, kedai pertama yang aku nak masuk ni, tak ramai orang. Adalah beberapa orang sahaja (tak seperti waktu harga emas mahal hari tu) sampai kena beratur dekat luar. Ini nak beli emas ini, bukan nak beli goreng pisang!
Ceritanya, aku berkenan dengan 1 loket ni, kira punya kira, aku dah mula rasa pelik. Kemudian aku pilih 1 loket emas, berat dalam 1.5g. Kecil sahaja. Tak besar mana pun. Kalau nak diikutkan sebelum ini, aku sejenis yang main bayar sahaja. Dia sebut harga, kena pula dengan bajet aku, aku bayar. Tak fikir apa. Janji aku dapat apa yang aku nak.
Tapi berbeza pula sekarang, aku suka buat kira kira dulu, walaupun harga memang dalam bajet aku, tetap juga aku buat kira kira. Al kisahnya, dengan harga emas jatuh ni, aku diberikan dengan nilai ini:
Loket emas 1.5g : RM555.
Kalau tengok harga, memang lah tak mahal mana pun kan. Tak sampai RM1000 pun. Tapi bila buat kira kira aku macam pelik, sebabnya:
Loket emas 1.5g x RM250 : RM375 Harga yang di beri RM555 – RM375 = RM180
Dan tahu RM180 itu untuk apa? Itu adalah upah ya tuan tuan dan puan puan semua! Aduhai! Harga upah sahaja dah RM180! Mahal ya amat pada aku! Itu loket 1.5g tau. Bukan 15g. loket kecil dan simple sahaja design nya.
Dengan harga emas yang murah sekarang ni, memang ramai yang akan datang beli. Tapi aku nampak, kedai emas memang jual emas dengan harga murah/gm tapi mereka akan naikkan harga upah!
Pada aku, upah RM180 tu mahal! Mahal sangat! Dan aku fikir, mereka ini memang taknak rugi (yelah, meniaga mana mau rugi kan) tapi ada yang tidak betul dekat situ! Meniaga dengan harga yang dikawal macam ini, memang ada naik dan turun dia. Tapi kata orang, dah tahu mahal, kenapa beli kan?
Ya! Dan memang aku tak beli pun! Hahaha! Lepas aku buat kira kira depan dia harga emas, terus mereka diam! Punyalah mahal harga upah! Biar betul? Kemudian aku pun berlalu pergi dan keluar daripada kawasan itu. Yelah, kalau dah 1 kedai emas macam itu, aku sangat yakin, kedai berdekatan kawasan itu pun akan buat perkara yang sama.
Apa pun, walaupun harga emas hari ini dah turun sedikit a.k.a murah, korang janganlah suka sangat. Sebabnya macam kes di atas la. Harga emas jatuh tapi mereka naikkan harga upah. Jadi peniaga tetap dapat nilai yang sama. Tapi aku tak cakap semua kedai emas macam ini, masih ada yang benar benar ikhlas berniaga. Itu kena pandai cari la ye. Orait!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2020/08/harga-emas-tambah-kos-upah.html