Harga Makanan Restoran Salt Bae Cekik Darah Minuman Coke Saja Dijual Rm51 Setin
Salt Bae telah diserang oleh banyak orang kerana harga makanannya yang terlalu tinggi. Gambar melalui instagram / nusr_et
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Restoran London Salt Bae dituduh mengeluarkan ulasan buruk di Google selepas kontroversi harga makanan yang terlalu tinggi TENTU ramai mengenali 'Salt Bae' iaitu cef Turki, Nusret Gökçe yang menjadi viral beberapa tahun lalu dengan aksinya menaburkan garam ke atas daging.
Cef berkenaan kini telah membuka rangkaian restoran di seluruh dunia. Gökçe baru-baru ini berkongsi video yang memberikan gambaran mengenai restoran baru yang dibuka di London.
"Saya sudah lama menunggu tetapi akhirnya impian menjadi kenyataan, tidak lama lagi Nusr_et London," tulisnya dalam kapsyen.
View this post on Instagram A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)
Baru-baru ini viral di media sosial restoran milik cef selebriti itu meletakkan harga yang tidak masuk akal dan mengenakan caj £ 1801.40 (Pound Sterling) bersamaan RM10,280.07 kepada pelanggan.
Bahkan, restoran itu turut mengenakan £ 236.40 (RM1,349.07) sebagai caj perkhidmatan. Netizen terkejut dengan harga hidangan yang mahal di menu.
Foto yang memaparkan resit restoran Nusret di London itu menjadi tular. Ramai yang tertumpu kepada harga Coca Cola berharga £ 9.00 (RM51.36) dan £ 11 Red Bull (RM62.77) setin.
It’s cheaper to fly and have food at Salt Bae’s Turkish restaurant than to go to the London one. £9 for coke. £630 for Tomahawk steak. No thank you. pic.twitter.com/PufkwKzthM
— Muttaqi متق 🏴🇵🇸 (@Omnimojo) September 27, 2021
Antara reaksi pengguna Twitter berhubung isu berkenaan isu itu:
- “Sejujurnya ini adalah wake up call. Benar-benar tidak masuk akal untuk membelanjakan wang sebanyak ini untuk makanan."
- “Korang jelas ‘disembelih,’ tiada sepotong daging yang bernilai £ 630 (RM3595.23) dan anda dikenakan harga £ 11 untuk setin Red Bull."
Malah ramai yang tidak puas hati caj perkhidmatan yang dikenakan yang mampu menampung perbelanjaan barang dapur untuk tiga minggu.
Dalam perkembangan berkaitan, restoran Nusret di London dikatakan ‘menghapus’ ulasan buruk dan mengekalkan ulasan mempunyai penilaian yang baik sahaja.
Salt Bae adalah meme internet viral yang meletup pada awal tahun 2017. Lelaki di belakang meme menabur garam itu adalah Nusret Gökçe.
Videonya menyediakan stik meraih lebih daripada 16 juta tontonan. Gökçe yang memiliki 39.3 juta pengikut di Instagram turut dilihat menyediakan hidangan untuk selebriti seperti David Beckham, Leonardo DiCaprio dan DJ Khaled.
Gökçe memiliki empayar bernilai jutaan ringgit melalui 15 cawangan restorannya.
SOURCE: RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/harga-makanan-restoran-salt-bae-cekik.html