Pekerja Gagal Daftar Mysejahtera Restoran Hameediyah P Pinang Dikompaun Rm10 000
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Polis merakam percakapan seorang  peniaga wanita yang didakwa menyebar berita palsu melalui pesanan suara  berhubung penularan wabak Covid-19 di Sungai Bakap, Pulau Pinang.
															 																					 									 							 					 						Restoran nasi kandar tertua di  Pulau Pinang, Hameediyah didenda RM10,000 kerana didakwa melanggar  prosedur operasi standard (SOP).
Premis di Jalan Campbell itu didenda  RM10,000 selepas polis mendapati empat pekerjanya gagal mendaftar masuk  melalui aplikasi MySejahtera sebelum memulakan kerja, lapor portal Free  Malaysia Today.
Pengarah restoran, Muhammad Riyaaz Syed  Ibrahim berkata, sekurang-kurangnya 15 anggota polis bersama tiga  kenderaan tiba di restoran itu kira-kira jam 3 petang, selepas  pekerjanya kembali daripada berehat dan menunaikan solat Jumaat.
Beliau yang kesal dengan cara polis  menyerbu restoran itu berkata, ketika serbuan ia dipenuhi pelanggan  sehingga menyebabkan mereka berasa kurang selesa. 
“Kami mengakui terlepas pandang perkara  itu dan segera meminta maaf kepada pegawai bertugas. Tetapi, untuk  datang dengan jumlah anggota yang ramai dalam ruang restoran kecil  sangat mengecewakan,” kata Riyaaz. 
Susulan itu, katanya, mereka memutuskan untuk menutup kedai segera.
Bagaimanapun, ramai pelanggan yang sedang menunggu dan meminta restoran tetap dibuka kerana ada yang datang dari Kuala Lumpur.
Mereka kemudian memutuskan untuk menutup kedai pada sebelah petang.
Restoran berkenaan mempunyai 20 pekerja,  yang semuanya sudah lengkap divaksin dan ia meliputi separuh daripada  kapasiti restoran.
Kompaun berjumlah RM10,000 dikeluarkan di  bawah Peraturan 16 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan  Pemulihan Nasional) 2021 kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan Ketua  Pengarah Kesihatan .
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP  Soffian Santong berkata, semua pengusaha perniagaan mesti memastikan  pelanggan mematuhi SOP ditetapkan.
“SOP ini bukanlah perkara baharu dan polis akan melakukan pemeriksaan di semua kedai dari semasa ke semasa,” kata Soffian.  
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/pekerja-gagal-daftar-mysejahtera.html