Bufet Makan Malam Hujung Minggu Makanan Jepun Di Restoran Kofuku Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah sejak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 3 sekarang ini dah banyak industri mula beroperasi semula. Salah satunya adalah industri perhotelan yang terkesan teruk akibat pandemik ini. Kini mereka dah mula buka hampir keseluruhan operasi dan sedia untuk terima tetamu datang berehat dan menikmati makanan yang sedap-sedap



Maha sendiri pun dah lebih kurang setahun kot tak pergi atau dapat jemputan makan kat hotel-hotel. Dulu tu ada jugalah walaupun tak sekerapnya tapi selepas penutupan PKP hari tu memang langsung tak pergi makan sebab hotel dan restoran dalam tu pun tutup. Demi nak melepaskan kegeraman dah lama tak makan baru-baru ini dapat jemputan untuk mencuba Buffet Japanese Food yang diadakan oleh Restoran Kofuku di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Walau apa pun pematuhan SOP wajib seperti mana yang ditetap oleh kerajaan. Korang kena vaksin penuh dan juga memakai penutup muka dan hidung serta imbas MySejahtera dan suhu. 





Orang kata lepas geram lah memang hari tu makan sepuas-puasnya. Pulak tu dapat makan makanan Jepun yang memang jarang dapat rasa. Menariknya masakan tradisional Jepun kali ini disediakan oleh Chef Hosaini, orang tempatan rakyat Malaysia yang telah menakluk seni masakan Jepun sekian lamanya sangat berpengalaman. Memang masakan Jepun tak terlepas dengan dari hidangan sejuk dan juga yang bakar panas-panas






Kali ini ada beberapa bahagian station yang disediakan iaitu bahagian ala-cart untuk tetamu memilih sendiri menu masakan yang telah siap masak panas. Banyak pilihan seperti Takoyaki, Nasi Goreng, Salted Butter Prawn, Kaki Motoyaki, dan banyak lagi semua enak-enak belaka. Juga ada Miso Soup yang sedap dihirup dalam keadaan panas-panas. Station ini disusun pada bahagian masuk restoran ini sepanjang korang berjalan untuk ke meja yang telah ditempah. 





Kemudian beralih pula ke station untuk Teppanyaki. Kat sini memang menjadi kegemaran semua orang kerana ada pelbagai pilihan daging, ikan, sotong, kambing, udang dan macam-macam lagi. Juga boleh dipaggan panas bersama dengan sayur-sayur segar ada capsicums, cendawan, taughe dan banyak lagi lah. Station ni hanya perlu pilih bahan yang korang nak mereka masak panas-panas kemudian kena tulis nama dan no meja atas kertas kosong dan tinggalkan kepada chef nanti mereka akan masakkan dan hantar terus ke meja korang




Lagi ada bahagian Tempura yang digoreng garing terus daripada kuali dengan minyak panas. Semua ni mereka buat live depan mata tetamu yang datang. Kita hanya ambil sahaja apa yang nak makan berapa banyak tapi ingat jangan membazir ok. Manakala satu lagi station paling menjadi kegemaran Maha adalah bahagian Sushi dan juga pencuci mulut. Kat sini pelbagai jenis sushi yang menjadi kegilaan dan kegemaran boleh dapat. Nak makan berapa banyak pun ikut suka lah. 





Bufet makan malam ini telah bermula bulan Oktober 2021 ini dan hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja dari pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Kalau tanya harga ia sangat berpatutan dengan pilihan makanan yang banyak dan bukan makanan biasa-biasa tau. Harga RM120 bersih untuk satu orang dewasa. Manakala bagi kanak-kanak berumur 5 - 12 tahun dan warga emas di atas 60 tahun, mereka akan menikmati harga istimewa RM60 bersih setiap orang






Ok lah kan boleh bawa satu keluarga dan pastikan semua telah lengkap vaksin. Terdapat juga potongan harga istimewa sebanyak 20% untuk tetamu hotel dan ahli kad kesetiaan. Ini masa kita nak kembalikan semula kerancakkan industri pelancongan dan perhotelan negara. Moga segalanya kembali kepada sedia kala lepas ni. Korang dah cuba nanti tinggalkan komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 
Bagi maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi:-Tel : 03 - 4049 4412 E-mel : [email protected] Laman web : http://www.seripacifichotel.com









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2021/10/bufet-makan-malam-hujung-minggu-makanan-jepun-restoran-kofuku-seri-pacific-hotel-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Weekend Japanese Buffet Di Kofuku Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Weekend Japanese Buffet Di Kofuku Restaurant Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 819 hits
Hi Korang Jom Makan Makan Hujung Minggu Ini Lama betul tak de event makan makan di hotel kan Maklumlah dengan Covid dengan PKP bagai maka bertapa kita di rumah selama setahun lebih kan sampai lah ke hari ini Bila ada kengkawan ajak makan ma...
Come Join Us For The Weekend Buffet At The Kofuku Japanese Restaurant Seri Pacific Hotel

Come Join Us For The Weekend Buffet At The Kofuku Japanese Restaurant Seri Pacific Hotel

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 485 hits
Come Join Us for the Weekend Buffet at the Kofuku Japanese Restaurant Seri Pacific Hotel Everyone is welcomed to feast at the Kofuku Japanese Restaurant of Seri Pacific Hotel By everyone I am referring to those who has completed the two dos...
Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

Rentas Negeri Aliran Trafik Dijangka Meningkat Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 272 hits
Plus menjangkakan aliran trafik meningkat sekitar 30 peratus iaitu 1 1 juta pada hari biasa dan 1 3 juta pada hujung minggu selepas pengumuman kebenaran rentas negeri SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirma...
Ya Allah Kau Permudahkan Semua Urusan Doa Kamal Adli Bride To Be Uqasha Senrose Terlihat Cantik Saat Makan Malam

Ya Allah Kau Permudahkan Semua Urusan Doa Kamal Adli Bride To Be Uqasha Senrose Terlihat Cantik Saat Makan Malam

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 622 hits
Pelakon Kamal Adli menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan perkahwinannya dengan aktres Uqasha Senrose Bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi Hero Remaja 2007 08 ini berkongsi foto terkini bakal permaisuri hatinya itu di Instagram...
6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 420 hits
Dah ada plan hujung minggu nie Jom tenangkan diri dengan menikmati suasana laut Ada 6 pantai di Selangor yang boleh kita terjah di hujung minggu nanti Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Sis yakin ramai yang me...
Dr Pesan Anak Selalu Demam Batuk Selesema Cuba Check Ada Tak Makanan Ini Anak Makan

Dr Pesan Anak Selalu Demam Batuk Selesema Cuba Check Ada Tak Makanan Ini Anak Makan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 242 hits
Cara pemakanan sebenarnya antara salah satu penyebab anak anak kurang sihat Namun ramai ibu bapa masih belum mengetahui hal ini Menurut Dr Mazliana Mazlan jika anda perasan kadang bila anak kita sakit lambat betul dia nak sembuh Atau kadang...
Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

Btc Melepasi Tahap 50k Berapa Nilainya Pada Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 283 hits
Minggu ini telah menjadi tahap baru dalam pertumbuhan cryptocurrency pertama yang berjaya keluar dari saluran selari yang menurun Bitcoin meneruskan pemulihannya sejak seminggu yang lalu dan berjaya melepasi ambang 50k pada 5 Oktober Sekara...
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft S Awesome Afternoon Tea

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 465 hits
Santai Hujung Minggu Menikmati Aloft s Awesome Afternoon Tea Assalamualaikum semua Setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya dapat juga sis bersua muka dengan my partner in crime Siapa lagi kalau bukan Kak Mas Sebenarnya dia ni ex housemate...
Raikan Hari Makanan Sedunia Dengan Mindful Meals Di Hotel Hilton

Raikan Hari Makanan Sedunia Dengan Mindful Meals Di Hotel Hilton

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 295 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hotel Hilton di Malaysia dengan bangganya mempersembahkan pelbagai ciptaan masakan berasaskan tumbuhan menggunakan hasil tempa...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor

Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam

Khai Bahar Kerana Ego Chord