Buang Bekas Makanan Botol Minuman Plastik Yang Telah Lama Digunakan Atau Rosak Bercalar Bahaya Untuk Kesihatan


Pada 2 Mac 2011 Kementerian Kesihatan telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu polikarbonat (PC) yang mengandungi Bisphenol A (BPA) di pasaran tempatan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012.

BPA merupakan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan produk plastik PC termasuklah botol susu di mana ia menghasilkan ciri keras dan jernih (transparent). Keselamatan penggunaan bahan kimia ini mula menjadi perhatian umum terutamanya pengguna, media massa dan penyelidik apabila ia didakwa boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan mengganggu fungsi badan. Sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu PC yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh mereka yang berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Kajian oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan European Food Safety Authority (EFSA) juga menunjukkan masih terdapat kekangan dan ketidakpastian dalam kajian saintifik mengenai keselamatan BPA.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah proaktif mengharamkan penjualan botol susu PC yang mengandungi BPA sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi golongan berisiko tinggi terutamanya bayi. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan tindakan beberapa buah negara maju lain seperti Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Keputusan pengharaman ini dapat melindungi keselamatan mereka yang berisiko tinggi sehingga terdapat maklumat yang kukuh dan perkembangan terkini mengenai keselamatan bahan kimia ini.
Bagaimana Hendak Mengenali Botol Susu PC yang Mengandungi BPA
Botol susu PC yang mengandungi BPA boleh dikenali dengan melihat sifatnya yang sangat keras dan lutsinar (jernih). Ini kerana fungsi BPA itu sendiri adalah untuk memberikan ciri-ciri yang keras dan lutsinar kepada plastik jenis PC.
Selain itu, botol susu PC juga boleh dikenali melalui kod atau simbol kitar semula yang boleh ditemui di bahagian bawah atau di tepi botol seperti berikut :

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa nombor 7 bukan merupakan kod bagi PC sahaja, ia juga merupakan kod bagi lain-lain plastik (others) termasuk PC.
Alternatif Botol Susu Bayi yang Bebas BPA
Setelah pengharaman dibuat, peniaga tidak lagi dibenarkan untuk menjual botol susu PC yang mengandungi BPA ini di pasaran. Dengan itu, pengguna tidak lagi boleh membeli botol susu jenis ini di pasaran. Namun begitu, masih terdapat banyak lagi pilihan botol susu lain di pasaran yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan plastik lain dan yang paling utama, ia adalah bebas daripada BPA. Para pengguna khususnya ibu bapa, boleh membuat pilihan botol susu bebas BPA daripada pelbagai jenama dan rekabentuk yang boleh didapati di pasaran sama ada keluaran tempatan mahupun yang diimport mengikut kemampuan masing-masing.
Di antara alternatif botol susu bebas BPA adalah botol susu yang diperbuat daripada bahan plastik selain PC seperti polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. Harga bagi setiap botol susu ini berbeza mengikut jenis bahan yang digunakan, saiz dan sama ada ia diimport atau dihasilkan di Malaysia. Botol susu bebas BPA biasanya boleh dikenalpasti melalui:
Label “BPA-free” yang terdapat pada botol atau pembungkus botol susu. Mempunyai simbol kitar semula nombor 5 bagi botol yang diperbuat daripada polypropylene (PP). Contoh:
Mempunyai simbol kitar semula nombor 7 dengan perkataan PA bagi botol yang diperbuat daripada polyamide atau perkataan PES bagi botol yang diperbuat daripada polyethersulfone. Contoh simbol:
 
Panduan Penggunaan Botol Susu Bebas BPA
Panduan ini juga boleh digunakan untuk semua penggunaan sama ada bekas makanan atau minuman plastik seperti berikut:
Baca arahan pengilang sekiranya ada, bagi memastikan penggunaan adalah betul;
Elakkan pemanasan makanan secara terus di dalam bekas makanan/minuman plastik kecuali bagi plastik yang mempunyai ciri ‘microwaveable’; Elakkan daripada menggunakan bekas plastik untuk meletak/menyimpan makanan atau minuman yang terlalu panas secara terus; Untuk bekas makanan/minuman plastik yang diguna semula, guna peralatan mencuci yang lembut seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan bekas plastik menjadi rosak dan bercalar; dan Sentiasa periksa dan buang bekas makanan/minuman plastik yang telah terlalu lama digunakan atau yang telah rosak atau bercalar. Kredit: Myhealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Buang Bekas Makanan, Botol Minuman Plastik Yang telah Lama Digunakan Atau Rosak & Bercalar. Bahaya Untuk Kesihatan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buang-bekas-makanan-botol-minuman-plastik-yang-telah-lama-digunakan-atau-rosak-bercalar-bahaya-untuk-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

Bahaya Garam Gula Boleh Memudaratkan Kesihatan Bayi Kalau Sayang Anak Elak Letak Garam Gula Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 269 hits
Bila anak dah masuk 6 bulan dah boleh mula makan mama papa tentu excited kan Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba tapi ingat ya Jangan tambahkan garam gula dalam makanan bayi Tapi kenapa Ikuti perkongsian ini KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI ...
Jangan Main Bagi Telur Pada Anak Periksa Dulu Telur Masih Elok Atau Lama Ini Caranya

Jangan Main Bagi Telur Pada Anak Periksa Dulu Telur Masih Elok Atau Lama Ini Caranya

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 324 hits
Anak yang cukup gemar makan telur sememangnya cukup baik Mana tidaknya telur mengandungi cukup banyak khasiat untuk kanak kanak Bila anak menjadi penggemar telur janganlah dilarang kerana terdapat banyak khasiat pada makanan ini khususnya d...
Tiada Istilah Umno Lama Atau Baharu Bezanya Perjuangan

Tiada Istilah Umno Lama Atau Baharu Bezanya Perjuangan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 135 hits
UMNO adalah UMNO UMNO tidak pernah salah kerana UMNO hanya wadah politik tetapi yang salah adalah manusia yang memimpin UMNO rakus tamak sanggup hancurkan parti demi kepentingan diri Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Jum...
Hiburan Bagitahu Sebab Ada Yang Diganggu King Coco Akui Dah Lama Bercerai Bersama Bekas Suami

Hiburan Bagitahu Sebab Ada Yang Diganggu King Coco Akui Dah Lama Bercerai Bersama Bekas Suami

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 391 hits
Tentu ramai yang masih ingat lagi dengan selebriti media sosial King Coco yang beberapa tahun lalu terkenal dengan video pelat Mat Saleh dan lots of mix ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKali ini dia baru sahaja memaklumkan kepada orang ramai ...
Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

Tiada Umno Baru Atau Umno Lama Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 480 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang bermesyuarat bersama sekumpulan veteran Umno bagi membincangkan usaha mewujudkan Umno lama semalam Kam...
Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down

Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 188 hits
MENGAMALKAN diet yang sihat adalah amat penting bagi kesihatan tubuh badan dan dapat mengelakkan daripada menghidap pelbagai jenis penyakit Bukan itu sahaja makanan dan minuman yang kita ambil juga dapat mempengaruhi perasaan dan emosi sert...
Saya Tidak Tahu Ph Boleh Sabar Atau Tidak Untuk Teruskan Persefahaman Ini

Saya Tidak Tahu Ph Boleh Sabar Atau Tidak Untuk Teruskan Persefahaman Ini

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 165 hits
SURI LAILAKejatuhan kerajaan Negeri Melaka sehingga menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri mengundang rasa tidak senang pada Pakatan Harapan yang telah membuat perjanjian persefahaman dan kestabilan politik dengan Perdana Menteri Datu...
Prn Melaka Boleh Atau Tidak

Prn Melaka Boleh Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 133 hits
Dr Musa Mohd Nordin7 Oct 2021Ada beberapa indikator kesihatan awam yang asas yang harus dipenuhi sebelum kerajaan membenarkan piliharaya diMelaka Kesemua data kesihatan awam ini mesti dinilai secara integratif supaya memberi petunjuk yang h...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Eugene Levy S Toronto

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Kenal Pasti Potensi Pembangunan Sekitar Stesen Ecrl



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Makan Makan Bersama Adik Adik Tersayang

Kenapa 9 Mei Digelar Hari Bodoh Semalaysia Ini Kah Sebabnya

Pelamin Anganku Musnah

How Niacinamide Benefits To Your Skin

Old Town White Coffee Old Town Asam Laksa Sedap

Nostalgia Raya Di Legoland Malaysia Resort