Aneka Resipi Sayur Masak Bening Yang Ringkas Mudah Masak
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan resipi-resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis100gm labu | dipotong dadu2 ulas bawang merah | dihiris2 ulas bawang putih | dihiris3 biji cili padi1 liter airGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.Nikmati segera.Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan1 sudu makan udang kering2 ulas bawang putih | dihiris2 ulas bawang merah | dihiris1 hiris haliaGaram secukup rasa3 cawan airCARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.Info Chef: Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris4 ulas bawang merah | dihiris halus2 ulas bawang putih | dihiris halus2 sudu makan udang kering | direndam air15gm suhun | direndam1 biji cili merah | dihiris500ml airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.Kemudian masukkan udang kering dan suhun.Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris1/2 batang lobak merah | dihiris50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasaCARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.Perasakan dengan garam secukupnya.Angkat dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan2 biji bawang merah | dihiris1 ulas bawang putihSegengam udang basah1 biji cili merah | dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.Info Chef: Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAI
BAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan2 batang serai | dititik4 biji cili padi | dipecah sedikit2 ulas bawang merah | dihiris1 liter airGaram dan serbuk pati ikan bilis secukupnyaCARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIR
BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau1 sudu makan ikan bilis2 biji bawang merah | dimayang1 ulas bawang putih | dimayangSedikit suhunGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.Tutup apinya dan angkat.
8. BENING BAYAM HIJAU DAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
2 ikat bayam hijau | dibersihkan2 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris
1 tongkol jagung manis | dipotong kecil
1500ml air
Garam dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air dan jagung ke dalam periuk. Rebus sehingga jagung empuk.Kemudian masukkan hirisan bawang merah, gula serta garam dengan secukupnya. Akhir sekali masukkan sayur bayam. Gaul rata dan dididhkan seketika. Tabur cili merah.Sedia untuk dinikmati. 9. SAYUR PEDAS BETIK BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
3 biji cili padi | dihiris
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan ikan bilis
Sedikit suhun
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Kupas betik dan potong kecil. Celur seketika dan toskan airnya.Tumbuk bawang merah hingga lumat. Ketepikan.Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, ikan bilis, cili padi, bawang putih, suhun dan betik. Biarkan mendidih.Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Masak sehingga betik kelihatan lembut.Angkat dan hidangkan.Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/02/aneka-resipi-sayur-masak-bening-yang.html