Hanya Sokong Belanjawan 2021 Kalau Ia Benar Benar Mengenai Covid 19 Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Terlampau  banyak persoalan yang berbangkit daripada Belanjawan 2021, sedangkan ia  sepatutnya memberi fokus kepada usaha menangani COVID-19, kata Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli  Parlimen Port Dickson itu berkata, antara perkara yang menimbulkan  kegusaran ialah, unjuran pendapatan yang mengelirukan, pemindahan wang  untuk dijadikan pendapatan kerajaan, dan tumpuan yang tidak sepatutnya  kepada perbelanjaan pembangunan (CapEx)
Ketika  membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan  Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia seakan-akan  tersasar daripada apa yang sering diperkatakan Kerajaan sebelum ini,  iaitu fokus Belanjawan adalah untuk mengawal pandemik itu
“Pandangan  saya, kita akan hanya sokong kalau ia benar-benar Belanjawan COVID-19.  Dalam keadaan sekarang terlalu banyak persoalan, unjuran, peruntukan  COVID-19, pemindahan wang dan peruntukan pembangunan yang bukan jadi  keutamaan
“Saya  usulkan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul  Aziz) benar benar teliti, dengar hujah, supaya hal COVID-19 diberi  keutamaan. Kita (pembangkang) diberitahu, digesa, dinasihat supaya  sokong Belanjawan COVID-19, dan kita hanya akan sokong Belanjawan  COVID-19…bukan yang lain,” katanya lagi		
Antara  perkara yang dibangkitkan Anwar ialah, mengenai unjuran pertumbuhan  ekonomi negara pada 2021, iaitu pada kadar antara 6.5% hingga 7.5%, yang  beliau sifatkan tidak realistik, dan bercanggah dengan ramalan beberapa  badan kewangan
Beliau berkata, unjuran  yang disebut Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, seolah-olah cubaan  untuk mengabui mata rakyat mengenai kedudukan sebenar ekonomi negara
“Dari  mana Menteri Kewangan dapat unjuran begitu hebat. Atau semata-mata  untuk penuhi selera politik, untuk meyakinkan kita boleh capai  pertumbuhan dengan begitu yakin
“Unjuran  saya faham tak semestinya tepat, banyak kali silap. Tapi ia haruslah  bersifat realistik, ada kesungguhan untuk nyatakan yang benar. Bukan  untuk mengelirukan semua pihak,” tegasnya lagi
Dalam  perbahasannya, Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, menyentuh  anggaran kutipan cukai korporat untuk tahun 2021, iaitu sekitar RM64.6  bilion
Beliau berkata, unjuran tersebut  tidak munasabah, selepas mengambil kira kesan hebat COVID-19 ke atas  ekonomi negara seperti penutupan syarikat-syarikat, pembuangan pekerja  dengan jumlah yang banyak dan sebagainya. - Astro
MR: Kritikan Anwar dan menyatakan strategi alternatif sedemikian rupa dalam ucapannya sebenarnya memberikan kekuatan dan mempertahankan Muhyidin dan PN walaupun sebelum, dinyatakan bahawa PN telah kehilangan majoriti dan sokongan. Adakah Anwar lupa dia mengiyakan Muhyiddin sebagi PN dengan perbahasan kritikan ini?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/hanya-sokong-belanjawan-2021-kalau-ia.html