Bn Sokong Belanjawan 2021 Dengan Bersyarat Najib

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membuat  pendirian sokongan mereka ke atas Belanjawan 2021 adalah secara  bersyarat.
Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN), Datuk Seri Najib  Razak berkata, syarat itu adalah kerajaan perlu meluluskan pengeluaran  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga Jun 2021.
“Saya hendak kata bajet ini dibuat dalam masa yang luar biasa.  Dan kalau hendak pinda, ia wajar dilalukan kerana dalam keadaan luar  biasa.
“Dalam hal ini pendirian BN seperti yang disuarakan Bagan Datuk  (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita hendak pengeluaran KWSP  sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.
“Sokongan dan rakan-rakan dalam bajet ini tertakluk kepada kedua-dua perkara ini.
“Jadi, sokongan kita kepada bajet ini Yang Di-Pertua adalah  bersyarat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan  2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan beliau  telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  bagi menzahirkan beberapa perkara menjelang Belanjawan 2021.
Antara perkata itu adalah ahli-ahli Parlimen BN bersetuju supaya  kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium untuk  tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang  berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.
Jelasnya, ia juga meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada  Akaun 1 KWSP bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu. –  MalaysiaGazette
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/bn-sokong-belanjawan-2021-dengan.html