Hanya Pelajar Cukup 2 Dos Vaksin Layak Ke Kampus



PUTRAJAYA: Hanya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan kembali menyambung pengajian di kampus selepas ini.
Pelajar yang baru menerima satu dos dan yang belum mene­rimanya tidak dibenarkan mengikuti pengajian secara hib­rid di kampus, sebaliknya mereka perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PDP) secara dalam talian.
Mengikut rekod Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), lebih 195,000 pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.
Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding pelajar IPT swasta yang tiada rekod pendaftaran imunisasi iaitu lebih 51,000 atau 10.2 peratus sahaja setakat ini.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kumpulan pelajar ini hanya dibenarkan kembali ke kampus bagi mengikuti pe­ngajian secara hibrid, selepas mereka menerima vaksin lengkap.
Menurut beliau, arahan itu terpakai kepada semua termasuk universiti swasta, politeknik dan kolej komuniti sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“KPT akan mengadakan kempen bagi menggalakkan pelajar mengambil vaksin dalam usaha untuk mewujudkan satu persekitaran selamat di dalam kampus,” katanya di sini semalam.
Noraini berkata, berdasarkan rekod semasa Kementerian Pengajian Tinggi, sekitar 37.5 peratus pelajar IPT tidak mempunyai rekod status vaksinasi.
Justeru, beliau meminta pengurusan universiti menyediakan data status vaksin pelajar terkini dengan kadar segera.
Bagaimanapun, beliau berkata, dalam proses mempercepatkan proses vaksinasi kepada pelajar, pihaknya mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin minggu lalu.
“Alhamdulillah, kerajaan ber­setuju supaya pelajar IPT yang masih belum divaksin, boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di PPV terbuka.
“Pelajar sedia ada hanya perlu menunjukkan kad matrik pelajar, manakala bagi pelajar baharu, mereka perlu membawa surat tawaran kemasukan ke IPT,” katanya.
Pada masa ini, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menerima rekod daripada KPT yang menunjukkan seramai 547,595 pelajar IPT awam dan swasta di seluruh negara sudah pun lengkap vaksinasi.
Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, pihaknya yakin universiti yang mempunyai mekanisme tersendiri tahu bagaimana untuk menangani isu pelajar yang belum divaksin.
KPT pada masa sama menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pengurusan Covid-19 pasca kemasukan pelajar yang dianggotai semua naib canselor dan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian sebagai langkah proaktif pada peringkat makro.
Dalam pada itu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengemukakan 11 tuntutan berhubung rancangan pembukaan semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi sesi akademik 2021/2022, Oktober ini bagi melancar serta memudahkan proses kemasukan semula mahasiswa ke kampus.
KMUM menegaskan, kemasukan itu hanya boleh dilakukan jika data vaksinasi terkini menunjukkan ramai mahasiswa sudah lengkap vaksinasi dan data berkenaan perlu ditunjuk dan dipamerkan secara umum.
Status kemasukan mahasiswa diutamakan kepada yang berkeperluan dan telah divaksin sepenuhnya dan kelonggaran perlu diberi kepada mahasiswa baharu yang bukan berkeperluan, untuk membuat permohonan pengecualian pendaftaran fizikal.
Antara tuntutan lain ialah penyediaan kit ujian calitan bagi setiap mahasiswa yang akan mendaftar masuk secara fizikal di kampus, klinik universiti atau Pusat Perubatan UM (PPUM) digunakan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mahasiswa universiti itu dan membenarkan pelajar yang sudah menerima suntikan dos pertama di ne­geri asal untuk mengambil dos kedua di PPV UM.
Tuntutan lain ialah memberi notis lebih jelas kepada pelajar antarabangsa mengenai status kemasukan mereka kerana golongan itu memerlukan tempoh lebih sebulan untuk pemprosesan visa, ujian calitan dan proses kuarantin. – UTUSAN
Hanya pelajar cukup 2 dos vaksin layak ke kampus
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam Bencana Gunung Jerai akibat aktiviti khurafat dan pemujaan? 10 Akhlak Rasulullah s.a.w. Yang Harus Diteladani Cuepacs: Tommy Thomas amat jelik Muhyiddin memang fighter, tapi jenis manipulator Muhyiddin begitu terdesak – Khaled PM yang calonkan nama saya – Ahmad Maslan Pembangkang patut terima janji Ismail, letak syarat rencat reformasi Dana politik: Saya jadi mangsa Muhyiddin Nano mist spray, tak ada guna pun – Dr Izzar Resepi Daging Masak Merah Confirm Terliur Layari Laman Facebook MYKMU
195000 ribu ‘Mahasiswa IPTA’ tak daftar vaksin sebab ambil mudah!

The post Hanya pelajar cukup 2 dos vaksin layak ke kampus appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/12/hanya-pelajar-cukup-2-dos-vaksin-layak-ke-kampus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Sudah Lengkap Dos Vaksin

Alhamdulillah Sudah Lengkap Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum Agak lama tak kemaskini blog kesayangan ini sampai penuh dengan habuk dan sawang serta komen Spam Ok berbalik keapada tajuk pada hari ini pada 18 Ogos 2021 yang lepas Temujanji untuk vaksin kedua Untuk Dos pertama tu boleh b...
Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 338 hits
Masidi berkata terdapat kelewatan untuk pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran restoran serta pasar raya dalam menerima dos kedua khususnya jenis vaksin AstraZeneca Foto BERNAMA KOTA KINABALU Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua peke...
Hiburan Lengkap Dua Dos Vaksin Anzalna Nasir Tiba Tiba Jadi Watak Rosalinda

Hiburan Lengkap Dua Dos Vaksin Anzalna Nasir Tiba Tiba Jadi Watak Rosalinda

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 358 hits
Pelakon jelita Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila dia kini sudah lengkap suntikan pelali COVID 19 sebanyak dua dos ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementJelas kelihatan ceria setelah menerima vaksin itu Anzalna dalam pada itu memaklumkan...
Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 448 hits
Alhamdulillah MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM Mereka terima vaksin untuk corona virus ini pada 22 Jun 2021 untuk dos pertama manakala terima vaksin Covid 19 pada 24 Ogos 2021 untuk dos kedua MAK DAN AB...
Johor Bakal Terima 1 9 Juta Dos Vaksin Bulan Ini

Johor Bakal Terima 1 9 Juta Dos Vaksin Bulan Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR Johor akan menerima sebanyak 1 9 juta dos vaksin Covid 19 bulan ini
Tiga Dos Vaksin Beri Perlindungan Penuh Kata Dr Anthony Fauci

Tiga Dos Vaksin Beri Perlindungan Penuh Kata Dr Anthony Fauci

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 310 hits
AGENDA DAILY Pentadbiran Ubat Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat hanya memberi kelulusan penggunaan kecemasan dos penggalak kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun dan ketahanan tubuh badan Dengan peningkatan jangkitan Covid 19 ...
Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 409 hits
Foto untuk tujuan Ilustrasi KOTA KINABALU Kerajaan negeri akan melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin kepada pekerja dan pelanggan restoran dan pasar raya bermula pada 21 September ini Maka semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor ...
Pm Singapura Terima Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

Pm Singapura Terima Dos Ke 3 Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 293 hits
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerima dos ketiga vaksin Covid 19 di Hospital Besar Singapura pada 17 September MCI Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mendapatkan suntikan booster iaitu dos ketiga vaksin Covid 19 di Hospital Besar Sing...
Hanya 20 Minit Selesai Suntikan Dose Pertama Vaksin Covid 19

Hanya 20 Minit Selesai Suntikan Dose Pertama Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 363 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah penantian cucuk vaksin Covid 19 untuk dose yang pertama telah pun selesai pada kelmarin petang 3 September 2021 Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersesak dengan ...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan