Hanya 20 Minit Selesai Suntikan Dose Pertama Vaksin Covid 19
Assalamualaikum dan salam sejahtera .
HANYA 20 MINIT SELESAI SUNTIKAN DOSE PERTAMA VAKSIN COVID-19 Alhamdulillah penantian cucuk vaksin Covid-19 untuk dose yang pertama telah pun selesai pada kelmarin petang 3 September 2021 . Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersesak dengan orang ramai .
Appoiment untuk dose yang pertama pukul 3 petang . Alhamdulillah 5 minit sebelum pukul 3 CCL sudah berada di tempat PPV . Sebenarnya ada PPV tempat CCL vaksinkan ini amat jauh juga jaraknya dari rumah dalam 30 minit dari rumah sampai lah ke PPV Dewan Sri Melati, Beseri Perlis . Sedangkan ada sahaja PPV yang paling berhampiran dengan rumah CCL , tetapi dapat PPV yang jaraknya amat jauh sedikit . Tetapi syukur alhamdulillah dapat vaksin di PPV Dewan Sri Melati walaupun jauh tetapi orang tak ramai semuanya berjalan dengan lancar hanya 20 minit sahaja CCL siap divaksinkan .
Kaunter pertamaTepat pukul 3 petang CCL mula melaporkan diri pada ahli-ahli sukarelawan MyVac dan dibantu boleh anggota badan beruniform JPAM dan juga anggota RELA . Setibanya di PPV , korang mesti get ready dengan aplikasi MySejahtera dan paling penting Identitiy Card korang . Jangan terlupa bawa yer . Daftar di kaunter satu, anggota sukarelawan myVac hanya check Identity Card dan juga MySejahtera untuk mengesahkan kehadiran pada waktu dan tarikh yang betul .
Kaunter kedua
Tak sampai beberapa minit CCL dipindahkan ke kaunter kedua . Di situ CCL terpaksa menunggu selama 1 minit untuk mengikut giliran masing-masing . Setibanya giliran CCL anggota MyVac juga perlukan Identity Card , mySejahtera untuk diisi ke dalam 1 borang . Masa kaunter dua ni CCL ditanya beberapa soalan oleh anggota sukarelawan MyVac, contohnya ada mengalami gejala yang tidak sihat , ada mengalami penyakit seperti jantung , darah tinggi dan sebagainya . Alhamdulillah setakat sekarang CCL masih lagi diberikan kesihatan yang sihat sejahtera .
Baca juga :tak sampai sebulan daftar vaksin , dah dapat tarikh . Apa tipsnya ?
Kaunter ketiga
Setelah selesai di kaunter kedua, CCL dipindahkan pula ke kaunter yang terakhir iaitu kaunter ketiga bahagian suntikan vaksin . Agak gementar juga . Orang pun tak ramai , so CCL memang tak perlu tunggu lama . Apabila nama CCL dipanggil oleh nurse , bermakna sudah tiba giliran CCL untuk divaksinkan oleh nurse . Mujur kena nurse yang sangat sporting . Nurse tersebut siap tunjuk botol vaksin, tunjuk semasa vaksin dimasukkan dalam picagari . Sebab nervous punya pasal sehinggakan terlupa nak tangkap gambar semasa nurse cucuk vaksin . InsyaAllah next dose kedua CCL akan tangkap gambar untuk kenang-kenangan .
Selesai vaksin , Identity Card dan juga Kad Vaksin perlu diberi pada anggota JPAM dan CCL diminta berehat selamat 15 minit di tempat yang disediakan . Alhamdulillah 15 minit berehat tidak ada kesan seperti pening-pening segera anggota JPAM memberi Identity Card beserta Kad Vaksin dan tiba gilirannya untuk bergambar di platform sebagai kenang kenangan .
Kesan setelah vaksin
Alhamdulillah sepanjang semalam dan hari ini , CCL tidak mengalami sebarang effect yang teruk melainkan effect lenguh-lenguh bahu pada tempat cucuk . Effect lain seperti pening, demam itu alhamdulillah tiada .
Alhamdulillah syukur hanya 20 minit sahaja CCL selesai vaksin dengan rasa selesa tanpa perlu bersesak dengan orang ramai . Semua urusan berjalan dengan lancar .
Next dose kedua semoga urusan CCL dipermudahkan segalanya . Aamiin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2021/09/hanya-20-minit-selesai-suntikan-dose.html