Hamil Lewat Usia Sarimah Ibrahim Kekal Cergas






Siapa sangka pada usia mencecah 41 tahun, pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim telah diberikan peluang untuk hamil anak sulung selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Mengakui pernah hampir berputus asa bagi memiliki zuriat, namun berkat keputusan yang diambil dua tahun lalu untuk berehat daripada aktiviti seni demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga akhirnya membuahkan hasil.

Kata pelantun lagu Kini Kau Tiada itu lagi, sebagai anak seni yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam industri, beliau mengaku komitmen pada kerjaya membuatkan impian bergelar ibu tiba pada usia yang agak lewat.

Namun, setelah dinasihatkan oleh doktor untuk membuat pilihan sama ada untuk bergelar ibu atau terus bekerja, Sarimah memilih keluarga kerana mahukan zuriat yang turut didamba oleh suaminya, cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47.

“Doktor memberitahu, saya mengalami tekanan yang sangat tinggi ketika masih aktif bekerja dan itu antara faktor yang membuatkan peratusan untuk hamil menurun.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk berehat dan beri sepenuh tumpuan kepada keluarga. Alhamdulillah, saya berasa sangat tenang, gembira dan akhirnya doa kami dikabulkan dengan kehamilan ini,”katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi alat soleknya, Thrill By Sarimah Ibrahim di platform e-dagang Shopee di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tersendiri

Bagi sesiapa yang mengikuti Sarimah dalam media sosial pastinya tahu betapa beliau seorang yang suka bersenam dan aktiviti tersebut tidak dihentikan biarpun sedang sarat berbadan dua.

Kata pelakon filem Puteri Impian 2 itu lagi, beliau telah menerima kritikan daripada netizen apabila beliau berkongsi mengenai rutin senamannya sewaktu hamil. Tidak kurang ada juga menasihatinya supaya lebih banyak berehat dan memberi amaran bahawa senaman boleh membahayakan anak dalam kandungan.

Menurut Sarimah, sebelum melakukan sebarang aktiviti, beliau pasti akan meminta nasihat dan pandangan doktor pakar terlebih dahulu.

“Senaman banyak membantu sepanjang kehamilan terutama saat trimester pertama apabila saya mengalami alahan yang sangat teruk. Saya memang sudah biasa bersenam maka, doktor memberitahu tiada masalah untuk meneruskannya.

“Ramai yang menasihati supaya saya duduk berehat sahaja, bagaimanapun itu bukan diri saya. Bagi saya, kehamilan bukan satu penyakit, jadi selagi saya mampu untuk menjaga kesihatan dengan bersenam, bukankah cara itu lebih baik,” tegasnya yang masih melakukan senaman pada usia kandungan lapan bulan.

Tambahnya lagi, dia juga menjaga pemakanan sepanjang kehamilan dan tidak pernah makan berlebihan kerana enggan berat badannya naik mendadak. Sehingga sekarang, berat badannya hanya bertambah sebanyak tujuh kilogram (kg).

Aktif

Menyentuh tentang kariernya yang kini diletakkan pada fasa rehat, Sarimah mengakui dirinya tidak sabar untuk kembali bekerja, namun masih belum menentukan tempoh cuti bersalin.

Mengakui sudah menerima tawaran mengacara pada bulan Oktober depan, beliau belum memberi sebarang kata putus lagi kerana mahu fokus untuk menyambut kelahiran puteri sulungnya pada Julai ini terlebih dahulu.

“Saya memang rindu untuk kembali aktif, tetapi sebagai individu yang bakal pertama kali bergelar ibu, saya tidak tahu lagi bagaimanakah keadaannya selepas bayi ini lahir kelak.

“Oleh yang demikian, saya tidak berani untuk berjanji untuk bekerja, buat masa sekarang doakan dahulu segala urusan bersalin dipermudahkan,” jelasnya lagi.

Sebelum mengakhiri bicara Sarimah sempat memberitahu, anaknya kini berada dalam posisi melintang yang membuatkan peluang untuk bersalin normal itu agak tipis.

“Saya akan cuba untuk bersalin normal jika bayi berpusing ke posisi yang betul tepat pada waktunya. Jika tidak, tidak kisahlah normal atau pembedahan, yang penting anak dan ibu sihat,” luahnya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/hamil-lewat-usia-sarimah-ibrahim-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarimah Ibrahim Kekal Aktif Hingga Bersalin

Sarimah Ibrahim Kekal Aktif Hingga Bersalin

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 529 hits
Meski hamil tujuh bulan pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim 41 masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan Bagaimanapun Sarimah berkata dia perlu memperlaha...
Double The Joy Double The Thrill For Che Puan Sarimah Ibrahim

Double The Joy Double The Thrill For Che Puan Sarimah Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 403 hits
27 May 2019 marks a grand day for Che Puan Sarimah Ibrahim as she launched her official store on Shopee that will be featuring her makeup collection Thrill by Sarimah Ibrahim which is available exclusively on Shopee The glowing mom to be wa...
Sering Letih Walaupun Bersahur Amalkan Ini Untuk Kekal Cergas Ketika Puasa

Sering Letih Walaupun Bersahur Amalkan Ini Untuk Kekal Cergas Ketika Puasa

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 481 hits
Di bulan Ramadan ini pasti ramai yang sedang memikirkan tips tips untuk kekal cergas dan bertenaga dalam bulan puasa Kali ini kami akan The post appeared first on
Sarimah Ibrahim Bakal Timang Anak Perempuan

Sarimah Ibrahim Bakal Timang Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 395 hits
Sarimah mendirikan rumah tangga bersama Nadzimuddin pada tahun 2016 Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim bakal menimang cahaya mata sulung perempuan yang dijangka dilahirkan pada Julai ini Sarimah 41 mengumumkan perkara tersebut pada majli...
Hamil 7 Bulan Berat Hanya Naik 6 5 Kilogram Sarimah Jaga Pemakanan Aktif Bersenam

Hamil 7 Bulan Berat Hanya Naik 6 5 Kilogram Sarimah Jaga Pemakanan Aktif Bersenam

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 536 hits
Sedang sarat hamil tujuh bulan pelakon dan pengacara cantik Sarimah Ibrahim 41 masih aktif bersenam malah nekad meneruskan aktiviti sihat itu sehingga menjelang kelahiran bayi sulungnya Julai depan Bagaimanapun Sarimah berkata dia perlu mem...
Fasha Sandha Kongsi Saat Diumumkan Hamil Rupanya Ini Usia Kandungan Fasha

Fasha Sandha Kongsi Saat Diumumkan Hamil Rupanya Ini Usia Kandungan Fasha

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 617 hits
PELAKON Fasha Sanda sempat merakam kejutan istimewa untuk memaklumkan berita kehamilannya yang berusia tiga minggu kepada suaminya Aidil Aziz Fasha Sandha kongsi saat diumumkan hamil Rupanya ini usia kandungan Fasha
96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 251 hits
Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dibalas dengan sindiran oleh presidennya Ibrahim Ali Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayu ditubuh...
Apa Agenda Undi Pada Usia 18 Tahun

Apa Agenda Undi Pada Usia 18 Tahun

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 268 hits
Oleh Ab Jalil Backer Tindakan seorang belia berusia 16 tahun di Sarawak membunuh diri kerana tekanan perasaan menimbulkan satu tanda tanya penting 69 peratus rakan instagramnya menyokong beliau membunuh diri Apakah yang sedang berlaku kepad...
Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

Selepas Berbuka Baby Masih Tak Bergerak Doktor Sahkan Bayinya Meninggal Di Usia Kandungan 38 Minggu

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 345 hits
Baru baru ini selebriti Hanis Zalikha berkongsi mengenai pengalamannya berpuasa ketika hamil di mana bayi dalam kandungannya mengeras membuatkan pasangan itu bimbang dan suaminya Hairul Azreen terus menyuruh dia berbuka puasa nbsp Masuk tri...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization