Haji 2026 Kos Bantuan Kewangan Bayaran


Haji 2026: Kos, Bantuan Kewangan & Bayaran 
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bahawa Kos dan Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah untuk musim haji 1447H/2026M kekal sama seperti tahun sebelumnya, meskipun kos di Tanah Suci terus meningkat.
Menurut kenyataan rasmi, kos keseluruhan untuk menunaikan ibadat haji bagi seorang jemaah Muassasah kekal pada kadar RM33,300. Ini sekali gus menjadikan ia tahun ketiga berturut-turut TH berjaya mengekalkan kadar tersebut.
Dalam pada itu, TH turut mengumumkan Bayaran Haji kekal untuk semua kumpulan dan pada masa yang sama masih menanggung Bantuan Kewangan Haji:
Sumber: Tabung Haji TH tanggung RM210 juta Bantuan Kewangan Haji
Bagi membantu meringankan beban kewangan bakal jemaah, TH memperuntukkan anggaran sebanyak RM210 juta bagi Bantuan Kewangan Haji untuk musim haji 1447H/2026M.
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, berkata pencapaian ini menunjukkan komitmen berterusan TH dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji Malaysia.
“TH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami berbangga dengan pencapaian anugerah “Diamond Award” Labaytum pada musim lepas yang turut mengharumkan nama Malaysia dan kami akan berusaha untuk terus mengekalkan tahap perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan.
“Bagi musim haji 1447H/2026M, kami telah membuat persediaan untuk menetapkan Kos dan Bayaran Haji lebih awal. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas sokongan beliau terhadap usaha kami. Kami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40,” kata beliau.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Mustakim Mohamad, menjelaskan bahawa TH berjaya mengekalkan kadar kos berkenaan melalui pelbagai langkah strategik.
“TH telah dapat mengekalkan Kos Haji melalui langkah strategik melibatkan tempahan awal dan kontrak penyewaan jangka panjang bangunan penginapan untuk melindungi jemaah haji daripada kesan inflasi di Makkah dan Madinah.
“Beberapa bangunan penginapan yang baharu dengan kemudahan moden telah dikenalpasti untuk memberi lebih keselesaan kepada jemaah haji. Disamping itu, TH juga telah memeterai kontrak penerbangan selama lima tahun bagi mengawal daripada ketidaktentuan harga,” kata beliau.
Untuk info, sejak Bantuan Kewangan Haji diperkenalkan pada 2001, jumlah keseluruhan bantuan yang telah ditanggung TH kini mencecah lebih RM2.72 bilion dalam tempoh 25 tahun.
Bantuan Kewangan Haji secara bersasar selari konsep istito’ah Mulai 2022, TH memperkenalkan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi memastikan bantuan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ini selaras dengan konsep kemampuan menunaikan haji atau istito’ah.
“Bagi jemaah haji Muassasah kumpulan B40 yang menerima bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, kadar Bayaran Haji yang dikenakan hanyalah 45% daripada Kos Haji penuh selepas mengambil kira Bantuan Kewangan Haji daripada TH sebanyak RM17,300 dan bantuan Kerajaan Madani sebanyak RM1,000 seorang. Bantuan dari TH dan Kerajaan Madani adalah lebih separuh (iaitu 55 peratus) daripada Kos Haji.
“Bakal haji Muassasah kumpulan M40 pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji daripada TH berjumlah RM9,800 seorang atau 29 peratus daripada Kos Haji keseluruhan.
“Jemaah Muassasah kumpulan T20 yang berpendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan, perlu menjelaskan bayaran penuh haji sebanyak RM33,300 seorang,” jelas TH.
Sumber: Tabung Haji Kursus Asas Haji bermula Oktober 2025 TH memaklumkan bahawa surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober 2025.
TH menasihatkan semua bakal haji untuk mengemaskini maklumat peribadi. Selain itu, diingatkan untuk menyemak giliran haji melalui aplikasi THiJARI atau di cawangan TH terdekat.
Justeru, bagi memastikan bakal jemaah benar-benar bersedia, TH akan menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 masjid seluruh negara bermula 3 Oktober 2025.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mendalam tentang ibadah haji serta panduan praktikal ketika di Tanah Suci.
Tawaran & rayuan haji 2026 Bagi mereka yang belum menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat bermula 3 November 2025 melalui platform digital THiJARI.
Antara kriteria utama yang diambil kira dalam pemilihan rayuan termasuk:
Tempoh pendaftaran haji Umur Purata baki simpanan di TH Kekerapan permohonan rayuan TH turut mengingatkan bakal haji untuk memastikan simpanan minimum sebanyak RM15,000 bagi melayakkan diri menerima tawaran atau membuat rayuan. Selain itu, bakal haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan.
BACA: Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026, Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci 
Sumber: Tabung Haji
The post Haji 2026: Kos, Bantuan Kewangan & Bayaran  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/22/haji-2026-kos-bantuan-kewangan-bayaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Haji 2026 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

Kos Haji 2026 Kadar Bayaran Untuk B40 M40 T20 Rayuan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 163 hits
Kos Haji 2026 bagi musim haji 1447H 2026M dikekalkan pada kadar RM33 300 seorang jemaah Muassasah sama seperti tahun lalu Bayaran Haji 2026 turut kekal bagi semua kumpulan B40 M40 dan T20 Bagi membantu jemaah B40 dan M40 Tabung Haji memperu...
Kos Haji 2026 Diumum 22 Okt

Kos Haji 2026 Diumum 22 Okt

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 216 hits
Surat tawaran pula akan diedarkan kepada bakal jemaah haji selepas pengumuman oleh Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain TH ambil langkah proaktif memastikan jemaah haji yang mendapat giliran tahun ini tidak menolak termasuk mengenal pasti kebe...
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 302 hits
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Pesara 2026 Belanjawan 2026 Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak Bantuan ini akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitr...
Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 289 hits
Semakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih ATAU portal rasmi MySTR di pada tarikh yang dimaklumkan kelak SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membe...
Gaji 2026 Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam

Gaji 2026 Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 228 hits
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2025 yang menetapkan jadual rasmi Gaji 2026 bagi semua penjawat awam di bawah Kerajaan Persekutuan Pekeliling yang dikeluarkan pa...
Syarat Kesihatan Haji 1447h 2026 Ini Yang Perlu Anda Tahu

Syarat Kesihatan Haji 1447h 2026 Ini Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 152 hits
Syarat Kesihatan Haji 1447H 2026 Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Kerajaan Arab Saudi kini mengambil langkah lebih tegas dalam memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah haji di seluruh dunia Bagi musim haji 1447H 2026 Kementerian Haji dan...
Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 156 hits
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025 Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut Untuk tahun 2026 bayaran STR untuk isi rumah berkahwin dikurangkan sebanyak RM300 berbanding sebelum ini Namun pengurangan...
Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

Bantuan Penghargaan Sara Rm100 Untuk Semua Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 259 hits
Perdana Menteri mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026 Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang...
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 227 hits
Belanjawan 2026 Kerajaan Perluas Bantuan Am Persekolahan Kepada Murid Miskin Sehingga Tingkatan 5 KUALA LUMPUR 10 Okt Kerajaan bersetuju memperluas Bantuan Am Persekolahan kepada murid miskin sehingga tingkatan lima dengan jumlah peruntukan...
Drama Bad Cop

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila