Hadi Tak Dimaklum Perjanjian Tpm Bukan Isu Besar Tidaklah Sampai Pas Berpecah Kata Pemimpin Veteran


 
PAS sejak dulu tidak pernah meminta-minta jawatan dalam kerajaan sebaliknya membantu mencalonkan pihak di parti lain untuk memimpin negara, kata Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat Mahfodz Mohamed. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Akar umbi PAS tidak menganggap isu perbincangan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri (TPM) yang hangat diperkatakan ketika ini – termasuk kononnya tidak dimaklumkan kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang – sebagai isu besar yang mampu membawa perpecahan serta kekeliruan dalam kalangan ahli parti.
Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat Mahfodz Mohamed bagaimanapun mengakui isu jawatan TPM itu juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan pusat atau Majlis Syura Ulama.
Katanya, sekalipun benar ia berlaku, perjanjian bagi jawatan TPM mungkin hanya melibatkan beberapa pimpinan parti bersama rakan komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk kerajaan campuran pimpinan Ismail Sabri Yaakob. Sehubungan itu, ia tidak dihebohkan kerana lebih menjurus isu strategi politik.
“Isu soal pemimpin membelakangi presiden dalam membuat perjanjian juga tidak berbangkit sebab pucuk pimpinan atasan semestinya telah dilantik oleh presiden untuk mewakili PAS berunding antara gabungan dalam PN…bagi kami dalam PAS ini semua wala’ dan akur apa juga diputuskan presiden dan pucuk pimpinan,” katanya kepada FMT.

Katanya, PAS sejak dulu tidak pernah meminta-minta jawatan dalam kerajaan sebaliknya membantu mencalonkan pihak di parti lain untuk memimpin negara.
Ini dibuktikan apabila Hadi sendiri telah menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad; seterusnya apabila presiden Bersatu itu pula hilang sokongan, nama Ismail seterusnya dicadangkan untuk jawatan berkenaan.
Mahfodz berkata, tindakan itu bagi memastikan kerajaan campuran yang memerintah Putrajaya kekal berfungsi dan tidak tumbang.
“Jadi tentang perjanjian TPM jika ada pun ia rahsia politik dan tak perlu diheboh. PAS tak akan mencampuri urusan perjawatan kerana kita nak perpaduan ummah dijaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada tindakan beberapa pemimpin PN membuat perjanjian bagi jawatan TPM seperti didedahkan Muhyiddin tanpa pengetahuan Hadi akan membawa perpecahan dan kekeliruan ahli PAS.
Sebelum ini, Muhyiddin meminta Hadi merujuk kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang dikatakan individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian antara bekas perdana menteri itu dan Ismail.
Beliau menjelaskan perkara itu selepas Hadi memaklumkan tidak wujud perjanjian sebegitu dalam PN.
Susulan itu, Takiyuddin mengakui membuat draf perjanjian tersebut, namun dalam kapasitinya sebagai menteri di jabatan perdana menteri ketika itu, bukan sebagai pemimpin parti. Beliau turut menyatakan ia bukan perjanjian, sebaliknya dipanggil memorandum perjanjian (MoA). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/hadi-tak-dimaklum-perjanjian-tpm-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Duta Besar Indonesia Tajuddin Sendiri Akan Keluar Kenyataan Kata Pm

Isu Duta Besar Indonesia Tajuddin Sendiri Akan Keluar Kenyataan Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 158 hits
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman akan mengeluarkan satu kenyataan...
Rakyat Merana Pemimpin Bn Pn Rebut Tpm

Rakyat Merana Pemimpin Bn Pn Rebut Tpm

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 175 hits
Rakyat merana pemimpin BN PN rebut TPM Posted By on July 09 2022Kesensaraan rakyat sewajarnya didahulukan berbanding perebutan pangkat dan jawatan para pemimpin kerajaan BN PN Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid isu yan...
Pas Kekal Pendirian Tak Perlu Jawatan Tpm Dalam Kerajaan

Pas Kekal Pendirian Tak Perlu Jawatan Tpm Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 173 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata parti itu masih berpegang dengan persetujuan dalam kalangan parti parti Perikatan Nasional bahwa kerajaan yang ditubuhkan bersama tidak memerlukan jawatan timbalan perdana menteri Menurut Hadi ...
Isu Tpm Cetus 1 001 Masalah

Isu Tpm Cetus 1 001 Masalah

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 154 hits
Bagi Isham Jalil ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa lah orang yang mesti tampil menjelaskan isu perjanjian jawatan timbalan perdana menteri yang semakin kusut dan kalut sekarang Ini kerana namanya disebut pemimpin Bersatu sebagai ...
Pas Kata 22 Bulan Bawah Ph Sesak Nafas Islam Terancam Kita Tgk Realitinya Sebenarnya Mcamana

Pas Kata 22 Bulan Bawah Ph Sesak Nafas Islam Terancam Kita Tgk Realitinya Sebenarnya Mcamana

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 249 hits
1 Masa PH Cabutan Khas No Ekor dikurangkan drp 22 kali stahun kepada 8 kali sthun Bila PAS jadi kerajaan ditambah kembali kpd 22 kali sthun 2 Masa PH harga minyak masak hanya RM15 90 5kg Bila PAS jadi Kerajaan harga meningkat kpd RM42 50 5k...
Kenaikan Harga Barang Tak Sepatutnya Jadi Masalah Besar Timbalan Menteri Kata

Kenaikan Harga Barang Tak Sepatutnya Jadi Masalah Besar Timbalan Menteri Kata

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 372 hits
KEPALA BATAS Kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkat...
Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 330 hits
BOB KELANANGLAAA teruk betul la pemimpin UMNO kata menteri PAS adalah tidak membantu langsung masalah negara malah melabel menteri2 PAS sebagai menteri cap ayam WALAUN xmarah ker olamak2 PAS dihina sedemikian apa nak kisah sangat asalkan da...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi