Rakyat Merana Pemimpin Bn Pn Rebut Tpm


 
Rakyat merana pemimpin BN – PN rebut TPM?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 09, 2022
ShareKesensaraan rakyat sewajarnya didahulukan berbanding perebutan pangkat dan jawatan para pemimpin kerajaan BN – PN.
Bagi Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, isu yang utama perlu diberi perhatian ketika ini adalah kenaikan harga barang, bukannya pemimpin mana yang perlu diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagaimana diperdebatkan.
“Apa yang berlaku ialah kesensaraan rakyat tetapi apa yang dihitung ialah siapa nak jadi TPM atau mendesak PRU dibuat segera. Masalah pokok tak selesai pasal apa desak nak jadi TPM? Yang kalut desak pasal apa?
“Rakyat hidup susah tetapi yang ditumpu, parti saya perlukan jawatan TPM. Bila orang cakap bangang, marah,” katanya dalam siri Borak Dahsyat bertajuk “Nadi Rakyat: Beban Tak Tertanggung, Apa Rakyat Perlu Buat?” malam tadi.
Tambah Jurucakap Parlimen bagi Pekerjaan dan Hak Pekerja KEADILAN itu, rakyat ketika ini tidak mahu tahu siapa yang mahu memimpin atau jawatankuasa apa perlu ditubuhkan kerana mereka berhadapan kos kehidupan yang amat membebankan.
Katanya, rakyat hanya mahu bebanan itu diturunkan oleh sesiapa sahaja yang memegang kuasa.
“Rakyat sudah susah, kos sara hidup meningkat 60% – 110%. Tak fikirkah bagaimana rakyat boleh dibantu dengan mengurangkan derita mereka? Bukan kita beri lagi tekanan untuk keselesaan kita,” katanya.
Mengulas serangan balas pemimpin Umno apabila Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperli pemimpin kerajaan dengan perkataan ‘bangang’ dalam ceramah minggu lalu, Abdullah berkata, hal itu berlaku akibat amarah Presiden KEADILAN itu melihat gaya pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Bila Anwar menyebut perkataan bangang, itu kemarahannya memuncak atas penderitaan rakyat. Pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan 1992 diiktiraf kebolehan beliau sehingga ke peringkat antarbangsa.
“Bila Noh Omar kata Anwar tak faham, saya pun kata apa standard dia kata Anwar tak faham? Derita rakyat ini apa kau buat?
“Tan Sri Annuar Musa jadi pegerusi jihad lawan inflasi tetapi dia jaga kementerian komunikasi? Apa yang dimaksudkan Anwar kenapa sekarang nak dibuat (jawatankuasa) sedangkan derita telah berlaku dua tahun lepas,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah menegaskan isu kos sara hidup meningkat boleh diselesaikan pada peringkat kementerian sekiranya menteri mempunyai cara bertindak yang betul dan tidak perlu menubuhkan banyak jawatankuasa.
“Ini boleh diselesaikan oleh kementerian. Tak perlu jawatankuasa. Menyampah ornag tengok. Berlaku satu, tubuh jawatankuasa, keputusannya tak tahu. Nak panggil semua orang. Nak panggil apa, cari apa?
“Sepatutnya pengilang itu kena kontrol, kemudian pengedar. Apa kamu buat kau, kita dah ada Mardi, GLC yang jadi pengedar untuk diserahkan kepada peruncit. Peruncit dapat harga rendah.
“Ini nak kena bincang dengan pemain besar. Kita kerajaan, dasar kita buat tetapi kita biarkan mereka ini remehkan,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/rakyat-merana-pemimpin-bn-pn-rebut-tpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 225 hits
Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat hanya sibuk bergaduh dan bertelagah kata AsmuniJuly 5 2022 Dalam keadaan yang semakin tidak menentu pada hari ini baik dari aspek politik ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia seolah ola...
Pemimpin Penjajah Baru Rakyat

Pemimpin Penjajah Baru Rakyat

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 311 hits
Cerita menteri buat Rakyat Julai 2022 Peristiwa Hitam Buat Rakyat Seronok jadi orang politik tipu sana tipu sini jadi kaya PEMIMPIN PENJAJAH BARU RAKYAT Senangkan nak kaya di sini Masuk politik tipu org kampung org susah dan org yg kurang p...
Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

Bodo Kalau Masih Mengharap Pemimpin Politik Selesaikan Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 237 hits
Berdikari DIY Jangan harap pemimpin politik selesaikan masalah rakyat Kalau ada ITU melepas batuk ditangga Mereka sensiri tidak stabil boleh hilang jawatan pangkat kuasa gaji besar adakah merka akan beri masa untuk fikir masalah rakyat Mere...
Rakyat Tertekan Pemimpin Sibuk Menafikan

Rakyat Tertekan Pemimpin Sibuk Menafikan

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 252 hits
Rakyat tertekan pemimpin sibuk menafikanPosted By on July 03 2022Pemimpin kerajaan BN PN dilihat berada dalam sindrom penafian berkenaan kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini Presiden ABIM Mohd Faisal Abdul Aziz berkata...
Hiburan Patut Kena Sodok Lori Rakyat Merana Hadap Jam Vip Selamba Potong Barisan Bikin Netizen Panas

Hiburan Patut Kena Sodok Lori Rakyat Merana Hadap Jam Vip Selamba Potong Barisan Bikin Netizen Panas

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 419 hits
Sedia maklum sejak beberapa hari yang lalu kesesakan lalu lintas berlaku dan ia difahamkan kerana ramai yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga Dalam kesesakan yang ditempuhi oleh ramai masya...
Hadi Tak Dimaklum Perjanjian Tpm Bukan Isu Besar Tidaklah Sampai Pas Berpecah Kata Pemimpin Veteran

Hadi Tak Dimaklum Perjanjian Tpm Bukan Isu Besar Tidaklah Sampai Pas Berpecah Kata Pemimpin Veteran

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 271 hits
PAS sejak dulu tidak pernah meminta minta jawatan dalam kerajaan sebaliknya membantu mencalonkan pihak di parti lain untuk memimpin negara kata Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat Mahfodz Mohamed PETALING JAYA Akar umbi PAS tidak menganggap is...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material