Kenaikan Harga Barang Tak Sepatutnya Jadi Masalah Besar Timbalan Menteri Kata


 

KEPALA BATAS - Kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, selain memberi subsidi, kerajaan turut menghulurkan bantuan tunai terus kepada golongan sasar.
"Kerajaan telah memberikan rakyat bantuan kewangan secara langsung untuk membantu mereka mengatasi kenaikan kos barangan keperluan.
"Oleh demikian, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna). Berbanding dengan rakyat dari negara lain, mereka di sana lebih teruk keadaannya daripada kita.
"Dalam kes kita, kerajaan kita masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat dan kita akan terus mencari jalan untuk membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu di sini pada Jumaat.
Nik Muhammad Zawawi berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mengkaji semula harga siling ayam standard yang ditetapkan ketika ini pada RM9.40 sekilogram.
Pada Khamis, Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata, harga siling ayam standard yang ditetapkan kerajaan dengan harga RM9.40 dilihat sangat tinggi untuk golongan B40.
Pegawai pendidikannya, NV Subbarow berkata, harga tersebut akan membebankan golongan tersebut berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan semula harga tersebut bagi meringankan beban pembeli terutamanya golongan B40.
Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau ini yang memperuntukkan sejumlah besar wang untuk memberi subsidi bagi membantu rakyat.
"Kami masih memberi subsidi untuk ayam dan telur yang mana, untuk kos sara hidup yang semakin meningkat, kerajaan menyediakan bantuan tunai.
"Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kenaikan harga ayam dan telur, kita kena sebut juga tentang subsidi yang diberikan oleh kerajaan," katanya.
Tambahnya, tidak ada satu negara di dunia yang mampu menghalang kenaikan kos barangan yang turut berlaku di seluruh dunia.
Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).
Laporan dipetik dari Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/kenaikan-harga-barang-tak-sepatutnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfuz Kata Cara Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Melucukan Macam Maharaja Lawak

Mahfuz Kata Cara Kerajaan Tangani Kenaikan Harga Barang Melucukan Macam Maharaja Lawak

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 267 hits
July 4 2022 Cara kerajaan menangani isu kenaikan harga barangan yang kini membebankan rakyat bukan sahaja dilihat melucukan malah menunjukkan kerajaan ketika ini tidak berupaya untuk mentadbir negara dengan baik Naib Presiden Amanah Datuk M...
Hiburan Rakyat Keluh Pasal Minyak Ayam Menteri Ekonomi Dikritik Buat Tinjauan Harga Barang Tapi Pergi Bahagian Sayur

Hiburan Rakyat Keluh Pasal Minyak Ayam Menteri Ekonomi Dikritik Buat Tinjauan Harga Barang Tapi Pergi Bahagian Sayur

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 194 hits
Kenaikan harga barang terutamanya makanan dan minuman tidak dinafikan sangat dirasai buat rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar Meskipun harga siling bagi barangan seperti ayam dan minyak masak telah ditetapkan oleh kerajaan nam...
Ismail Sabri Kenaikan Harga Barang Kerajaan Difitnah Pembangkang

Ismail Sabri Kenaikan Harga Barang Kerajaan Difitnah Pembangkang

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 314 hits
Haspaizi ZainIsmail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjadi mangsa fitnah pembangkang apabila didakwa tidak mengambil peduli soal kenaikan harga barangan yang membelenggu orang ramai ketika ini Mengulas mengenai demonstrasi yang diad...
Fahami Keluhan Rakyat Perdana Menteri Turun Padang Buat Tinjauan Mengejut Harga Barang

Fahami Keluhan Rakyat Perdana Menteri Turun Padang Buat Tinjauan Mengejut Harga Barang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 199 hits
PENAFIAN GAMBAR HANYA SEBAGAI HIASAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara Bercakap kepada pemberita sel
16 Julai Flashmob Besar Besaran Bantah Kenaikan Harga

16 Julai Flashmob Besar Besaran Bantah Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 285 hits
16 Julai flashmob besar besaran bantah kenaikan hargaPosted By on July 05 2022Flashmob secara besar besaran akan diadakan di setiap Parlimen di seluruh negara pada 16 Julai ini bagi mendesak kerajaan menurunkan harga barang Menurut Pengarah...
Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 283 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan sebagai bangang apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang Mema...
Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

Umno Vs Ameno Perdana Menteri Lemah Dalam Sejarah Negara Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 214 hits
Kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam kabinet menunjukkan kedudukan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang lemah kata Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed Bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yan...
Kritik Harga Barang Satu Kesalahan

Kritik Harga Barang Satu Kesalahan

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 216 hits
Kritik harga barang satu kesalahan Posted By on June 29 2022Tindakan menahan dan menyiasat mantan Senator Siti Aishah Shaik Ismail kerana video TikToknya kelmarin dikecam keras oleh Peguam Muda Amanah Pengerusi Peguam Muda Amanah Fadhli Uma...
Sotong Berkemungkinan Besar Makhluk Dari Angkasa Lepas Jatuh Di Bumi Ratusan Juta Tahun Dahulu Kata Pakar

Sotong Berkemungkinan Besar Makhluk Dari Angkasa Lepas Jatuh Di Bumi Ratusan Juta Tahun Dahulu Kata Pakar

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 203 hits
Bentuk sotong memang nampak pelik Makhluk ini kelihatan seperti ketulan jeli berlendir dengan dua mata dan tentakel yang menonjol Mungkin kerana rupa sotong seperti itu ada yang mengesyaki ia adalah makhluk asing Dipetik dari laman berit
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya